Friday, December 23, 2011

Program Ziarah Asnaf Zakat


Pada 22 Disember yang lepas, Ahli Parlimen Padang Terap, Yb Ust Nasir Zakaria telah menziarahi Kampung Genting Palas. Beliau turut ditemani Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas, Saudara Shukor Minai dan Setiausaha Dewan Pemuda, Mimbarzubir serta beberapa orang ajk Pas cawangan kampung tersebut. Program tersebut yang dilakukan secara ziarah dari rumah ke rumah untuk melawat dan mendengar keluhan dari penduduk itu sendiri.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Padang Terap turut menyampaikan zakat kepada mereka yang layak seramai 28 orang. Dalam Program Ziarah Asnaf tersebut, beliau melawat golongan miskin, warga emas, orang sakit, dan anak yatim. Menurut Ust Nasir, beliau sangat terharu dengan keperitan yang ditempuhi golongan yang kurang mampu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat walaupun tinggal jauh di pedalaman amat membebankan.
Salah seorang penerima zakat berkata, beliau mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kerana Ust Nasir kerap turun padang menjenguk nasib rakyat walaupun sibuk dengan pelbagai urusan wakil rakyat. Beliau juga gembira kerana walaupun pemberian zakat tersebut tidak besar jumlahnya, tetapi ia amat bermakna kepada mereka. Katanya yang baru mendirikan sebuah pondok kecil tempat dia dan keluarga berteduh.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dipaparkan untuk blog ini.





Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...