Monday, October 15, 2012

Struktur semula subsidi IPP elak tarif elektrik naik

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membuat penstrukturan semula subsidi yang diberikan kepada penjana tenaga bebas (IPP) untuk mengelakkan berlakunya kenaikan kadar tarif elektrik.

Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria berkata, pemberian subsidi sebanyak RM19 billion kepada IPP itu perlu dilihat semula oleh kerajaan.

Malah katanya, melalui penswastaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjadi penyumbang wang tunai kepada IPP yang membuat keuntungan besar.

Akibat tekanan itu, katanya, TNB telah merayu kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif bagi mengatasi kedudukan kewangannya yang terjejas.

"Akhirnya, TNB akan menaikkan tarif elektrik di mana pengguna akan terus menjadi mangsa," katanya dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat.

Beliau turut membangkitkan soal pembahagian dan penghantaran tenaga yang dimonopoli oleh TNB perlu dipecahkan agar wujudnya persaingan bagi mengelakkan berlakunya kenaikan tarif elektrik sewenang-wenangnya.

"Pemonopolian perlu dipecahkan, supaya ada persaingan. Persaingan ini bukan sahaja ianya sihat yang penting dapat mengurangkan beban yang ditanggung pengguna akibat kenaikan tarif elektrik," katanya.

Sebelum itu dalam sesi soal jawab, Nasir mengemukakan soalan asal yang meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan tarif terkini elektrik untuk semua katagori pengguna dan bagaimana pelarasan tarif dilakukan oleh TNB dan nyatakan tahun pelarasan di lakukan. Share

Kembalikan bantuan Sekolah Agama Rakyat

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...