>

Wednesday, February 15, 2012

Pasar sehari pekan Naka : Isu Kesihatan Bukan Politik


PADANG TERAP, 13 Feb 2012 – Akibat masalah kesihatan seperti Demam Denggi dan Kencing Tikus di Pekan Naka, maka Majlis Daerah Padang Terap mengambil keputusan memberhentikan buat sementara waktu urusan perniagaan di Pekan Nat, Naka sehingga keadaan pulih seperti biasa.
Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Nazri Ahmad, pihaknya telah menerima aduan dari orang ramai yang mengatakan tahap kebersihan di Pekan Nat terbabit kurang memuaskan dan sebahagian peniaga tidak mengambil langkah kebersihan sewajarnya.
“Sebenarnya, pihak kami telah pun menghantar notis peringatan sebanyak dua kali kepada Koperasi Serbaguna Pekan Naka untuk menyelesaikan masalah kebersihan di tapak tersebut, namun tidak mendapat sebarang tindakan dari mereka.
“Oleh itu kita mengambil langkah  memberhentikan buat sementara operasi perniagaan di situ untuk tindakan tertentu terutama berkaitan dengan kebersihan,” jelas beliau ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, pada 24 Februari ini akan diadakan gotong royong di bawah Program Kesihatan COMBI dan pada 15 Februari pula akan diadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Tetap Kebersihan Perlesenan dan Kemudahan Awam. Dalam mesyuarat tersebut satu kertas kerja akan dibentangkan untuk mengambil keputusan samada Pekan Nat berkenaan akan dibuka semua atau disambung penutupnya sehingga keadaan betul-betul memuaskan.
“Terlalu banyak aduan yang pihak kami terima. Tindakan ini sebagai langkah untuk memastikan kebersihan premis-premis jualan seperti ini dipelihara. Bukan di Pekan Nat ini sahaja, malah kami juga akan mengeluarkan notis kebersihan kepada pasar-pasar malam berhampiran,” sambungnya lagi.
Apabila ditanya berkenaan demontrasi yang menuntut agar pihak majlis menyediakan tapak perniagaan gantian, beliau berkata, tuntutan berkenaan adalah tidak wajar kerana tujuan pihaknya mengambil tindakan sedemikian adalah kerana sikap mereka sendiri yang tidak perihatan kepada kebersihan .
“Pihak kami tidak boleh memandang remeh dengan aduan orang ramai dan lebih-lebih lagi masalah kesihatan semakin mendadak di Pekan Naka dan demi kebaikan bersama langkah-langkah tersebut perlu dilakukan.
“Saya juga ada bersama semasa mereka mengadakan demo bantahan itu dan saya dapati ianya diketuai oleh pertubuhan NGO dari Kuala Lumpur iaitu IKHLAS dan yang turut serta berdemo itu bukanlah dari kalangan peniaga-peniaga tetapi orang lain yang tiada sangkutan dengan perkara tersebut,’ ujarnya lagi.
Share

MAJLIS PENGANUGERAHAN BENGKONG SILAT SENI PUSAKA GAYUNG MALAYSIA.


Seluruh masyarakat dijemput hadir pada 18 Februari, Sabtu, jam 2 petang bertempat Stadium Mini Kuala Nerang. Perasmian oleh Yb. Dato' Dr. Hj. Hamdan bin Mohd Khalib, Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Share

Sunday, February 12, 2012

Sambutan Tahun Baru Cina Di Kg Warga Siam Kg Padang, Jalan Nami.
















Jamuan sempena Tahun Baru Cina Anjuran Sekretrariat Pakatan Rakyat Padang Terap. Dihadiri Oleh YB Ust Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap, YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan, YB Ir.HJ Zamri Yusof Pengerusi PKR Padang Terap , Pengarah MTD Pedu, En. Shukri Abdullah dan pimpinan pakatan rakyat serta masyarakat siam & cina tempatan. Sekalung ucapan tahniah kepada seluruh masyarakat yang terlibat.Share

Lawatan Masyarakat Siam Daerah Padang Terap Ke Negeri Kelantan





















Share

Wednesday, February 8, 2012

Nasrudin: Anak muda Islam boleh rai Hari Kekasih jika...




Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang  lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03Menulis tulisannya di Harakahdaily dan turut dimuat dalam blognya, beliau berkata antara adab dan akhlak Islam tersebut ialah:

a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;

b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan

c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama

"Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan," katanya.

Namun, tegas Nasrudin, anak muda Muslim perlu mengelakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka.

"Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan.

"Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka," tambahnya.

Menurutnya lagi, meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, sama ada yang baru dibina ataupun yang sudah lama.

"Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat.

"Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan," katanya.

Nasrudin mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah.

"Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan tiga adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.

"Tidak susahkan? Hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat.

"Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus  jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.

"Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, sama ada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina, akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia.

"Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.

"Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam.

"Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.

"Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara  yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar," jelasnya.Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it