Sunday, July 29, 2012

Desak Myanmar beri laluan bantu etnik Rohingya



KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menggesa supaya agensi antarabangsa mendesak Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan di Arakan yang menjadi kawasan etnik Rohingya paling terdedah kepada penindasan sangat kejam.

Wakil jawatankuasa tersebut, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria berkata, penghapusan etnik Rohingya di bumi Arakan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah satu kezaliman yang tidak boleh diterima. 

Katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, pihak junta Myanmar nampaknya tidak mahu tunduk kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak asasi golongan etnik minoriti, oleh itu pihak berkuasa kerajaan Myanmar terus menerus melaksanakan operasi pembunuhan beramai-ramai (genocide) ke atas etnik Rohingya.

Tambahnya, pihak agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Asean gagal bertindak membela dan melindungi ratusan ribu nyawa Rohingya yang ditindas.

Ekoran tindakan rakus junta Mynamar Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa-Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menghantar memorandum kepada Setiausaha Pertama Ibu Pejabat PBB  H.E Mr Bankimon di Petaling jaya, tengah hari tadi.


"Kita menyesali operasi penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sudah berlalu lebih lima dekad yang mengakibatkan ratusan ribu yang terbunuh, puluhan ribu ditahan dan diseksa, ribuan yang dirogol, ratusan perkampungan yang dibakar, ratusan masjid yang dimusnahlan, ribuan dipaksa tukar agama, tanah dan harta etnik Rohingya yang dirampas," katanya ketika ditemui.

Turut bersama dalam penyerahan memorandum itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid. Seramai 13 NGO turut menyokong memorandum itu antaranya, Shura, Sekretariat For Ulamak Assembly Of Asia, dan PKPIM.

Bagaimanapun, jawatankuasa berkenaan turut menegaskan pendirian, supaya sebuah badan bebas antarabangsa dilantik untuk melakukan siasatan ke atas pihak yang bertanggungjawab menjalankan proses 'genocide' ke atas etnik Rohingya dan mereka yang didapati bersalah didakwa di mahkamah antarabangsa manakala segala kerugian harta benda etnik Rohingya dibayar pampasan sewajarnya.

Mereka juga, menyokong perjuangan politik Rohingya di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia untuk mendapatkan keadilan dan hak asasi mereka sebagai warga negara yang sah di Myanmar.

Jawatankuasa itu juga menyokong tuntutan etnik Rohingya untuk mendapatkan semula kewarganegaraan dan memperoleh hak yang saksama dari segi politik, ekonomi dan sosial di negara Myanmar.

"Bersedia untuk memberi sokongan semaksimanya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan penghapusan etnik Rohingya oleh pihak tentera junta Myanmar," tegas mereka.

Justeru, mereka juga menyokong agar penilian semula mengenai kedudukan Myanmar sebagai anggota Asean dibincangkan jika penghapusan etnik Rohingya tidak dihentikan.Share

Saturday, July 28, 2012

Umat Islam harus bangkit bela saudara Rohingya

Sumber: HarakahDaily


KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit menyatakan bantahan terhadap kekejaman Junta Myanmar melakukan kezaliman berterusan terhadap saudara Islam Rohingya di negara itu.

Sehingga kini dianggarkan puluhan ribu maut ditembak, disembelih dan dibakar manakala masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.

"Apakah kita hanya mahu melihat mereka disembelih, dibakar dan dizalimi sebegitu rupa. Mana pemimpin Islam, mana kekuatan Umat Islam?

"Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela nasib mereka jika bukan kita," kata Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap di himpunan aman Rohingya di perkarangan Masjid Masjid al-Syarif, Gombak sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Hampir 200 orang menyertai himpunan itu bagi membantah tindakan kejam pemerintah Myanmar terhadap kaum Rohingya di negara itu.

Turut berucap pada himpunan itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad, Pengerusi Shura Abdul Ghani Shamsuddin, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Suhaimi Abdul Aziz serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som.

Kamruzzaman berkata, himpunan hari ini juga merupakan tanda sokongan dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap warga Rohingya yang dizalimi.

"Atas semangat persaudaraan, kita perlu bangkit menentang kekejaman junta yang menindas rakyat.

"Jika kita bangkit membantah, kita harap kuasa-kuasa besar dunia membuka mata dan mendesak pihak junta menghentikan kezaliman mereka," katanya.

Selain di Kuala Lumpur, himpunan aman Rohingya anjuran Dewan Pemuda PAS hari ini turut diadakan di seluruh masjid terpilih di seluruh negara.

Di Sabah, Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi tujuan sama.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain.

“Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun.

“Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa,” jelasnya.

Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar.

“Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana,” ujar Lahirul.

Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah.

Di negeri Terengganu, himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berlangsung di Masjir Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain.

Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

Beliau berkata, PAS kesal dengan sikap talam dua muka ‘double standard’ Pertubuhan Bangsa-bagsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (PIC) dan Kerajaan Malaysia yang hanya menutup mata dengan penyembelihan umat Islam Rohingya

Menurut beliau seramai tidak kuran 500 orang uat Islam menyertai bantahan aman tersebut sebaik selesai solat Jumaat dan solat sunat hajat.

Katanya, sebanyak RM2000 derma Berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan kepada pihak Dewan Pemuda Malaysia untuk dihantar ke Arakan.
Share

Saturday, July 14, 2012

Makan Malam YDP dan TYDP Pas Padang Terap Bersama Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Yb Ust Nasir dan Tuan Syed Ibrahim menyambut ketibaan Tan Sri Kadir dan rombongan.

Mempersilakan Tan Sri Kadir masuk ke Kediaman YDP PAS Padang Terap, Ust Zawawi Hj Ahmad.
Tan Sri Kadir sempat bersalaman dengan Senator Hj Yusof yang akan ke tempat ceramah.

Ust Zawawi menyambut kedatangan Tan Sri Kadir di muka pintu rumah.

Makan malam bersama Tan Sri Kadir di Kediaman YDP PAS Padang Terap.

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...