Friday, December 31, 2010

2011: AGENDA MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN



2011 membuka tirai baru dalam episod sebuah perjuangan.Dewan Pemuda PAS Padang Terap melangkah tahun baru ini dengan komitmen dan azam untuk mempertahankan kemenangan PR di Kedah agar 'kesejahteraan' rakyat dapat dikekalkan.

Komitmen ini bukan mudah seperti menuturkanya di bibir atau melaungkanya dengan kuat, tetapi ianya menuntut sebuah jihad , pengorbanan dan kesungguhan.Dalam pasca kemenangan , kita menghadapi cabaran hebat iaitu 'menguruskan kemenangan'.Ianya menguji setiap ahli dan pimpinan.Kalau dahulu kita dicabar dengan musuh yang nyata dihadapan kita , namun kini cabaran itu datang dalam pelbagai bentuk yang kadang2 kita tidak menyedarinya..Namun kita yakin dengan perjuangan PAS yang tinggi ini ,kita terus melangkah dan menongkah arus.

Dewan Pemuda PAS Padang Terap menyahut seruan DPP Pusat iaitu Projek 2011: Masa Untuk Berubah..Antara Kandungan projek tersebut ialah HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS yang akan berlangsung di Kedah pada 19 Feb 2011.Pihak DPP Padang Terap melihat usaha ini sangat bermakna dan memberi banyak manfaat khususnya kepada Kedah.Oleh itu pihak kami amat mengharapkan komitmen semua ahli serta penyokong pemuda pas Padang Terap untuk menjayakan HIMPUNAN ini.



Kita amat bertuah dianugerahkan ALlah kemenangan setelah separuh abad Kedah diperintah oleh UMNO yang kita semua sudah melihat dan mengetahui banyak penyelewangan, korupsi, rasuah , pembaziran pemimpin mereka tetapi amat malang bagi kita jika kita meniti hari tanpa berkeringat mempertahankanya.


Ayuh , mari kita berlapang dada , berhati mulia mengenepikan sengketa sesama kita kerana Allah 'juadahkan' kita medan jihad yang terbentang luas...Marilah para pemuda PAS menyinsing baju , berjihad di bumi 'jelapang padi' ini.MAri kita mulakan langkah kita 2011 ini dengan mengerahkan semua ahli kita beramai-ramai ke HIMPUNAN 30 Ribu Pemuda PAS ini agar kita membawa pulang daripada himpunan itu ' roh jihad' dan kekuatan untuk mempertahankan KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA, kita padamkan slogan : BN menang Pemimpin KENYANG!Share

Sunday, November 28, 2010

KHATAN PERDANA DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP

Alhamdulillah , Khatan Perdana anjuran DPPPT & MTD Pedu ini masuk tahun kedua diadakan pada 27 Nov lalu.Seramai 31 orang selamat ' dipotong' oleh Mudim popolar yang dikenali sebagai Pak Ngah Samad.Termasuk dalam senarai peserta ialah anak YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria iaitu adik Iqbal yang semangatnya kuat dan 'hero' seperti abinya.Turut diadakan majlis kesyukuran meraikan para peserta dan para waris.Insyaallah ketulenan khatan tradisional ' batang pisang' ini dapat dikekalkan pada generasi akan datang.Pihak kami juga mengharapkan program begini akan berterusan pada masa akan datang.Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan dan kepada seluruh masyarakat yang memberi sokongan.



















Share

Tuesday, November 16, 2010

KEM PERCUMA UNTUK ANAK PADANG TERAP


KEM BINA INSAN INI PERCUMA UNTUK 50 PESERTA TERAWAL DARI PADANG TERAP YANG MENDAFTAR.SILA HUBUNGI 0179263463Share

Monday, November 1, 2010

RAYUAN BANTU MANGSA BANJIR PADANG TERAP


Rayuan
Bantuan Banjir. Terbaru sudah 295 keluarga dipindah. 25 pusat
pemindahan dibuka dan 981 mangsa. No akaun CIMB Sekretariat Ahli
Parlimen Padang Terap 0206-0000137-100
Share

RAYUAN BANTU MANGSA BANJIR PADANG TERAP

Rayuan
Bantuan Banjir. Terbaru sudah 295 keluarga dipindah. 25 pusat
pemindahan dibuka dan 981 mangsa. No akaun CIMB Sekretariat Ahli
Parlimen Padang Terap 0206-0000137-100
Share

Saturday, October 30, 2010

Bajet 2011 Dan Maqasid Syariah


20 minit berbahas dalam parlimen adalah satu yang meletihkan. Letih maksud saya ialah bagaimana ruang masa sesingkat itu boleh dimaksimumkan dengan membahaskan sejumlah RM 212 bilion pendapatan dan perbelanjaan negara untuk kesejahteraan rakyat.

20 minit berbahas dalam parlimen adalah satu yang meletihkan. Letih maksud saya ialah bagaimana ruang masa sesingkat itu boleh dimaksimumkan dengan membahaskan sejumlah RM 212 bilion pendapatan dan perbelanjaan negara untuk kesejahteraan rakyat.

Tema Bajet 2011 ialah Tranformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Bermatlamat
1. Mendaya kembali Pelaburan swasta
2. Membangunkan modal insan
3. Mensejahterakan Hidup Rakyat
4. Memantapkan Penyampaian Pengangkutan Awam

Saya menyelak-nyelak helaian-helaian berita program kerajaan yang tercerakin di merata-rata. Bermula dengan Wawasan 2020, RMK10 dan Bajet 2011. Seterusnya pelbagai istilah diperkenalkan;KPI, NKRA, GTP, ETP (Economic Transformation Program), EPP (Entry Point Projek), NKEA dan macam-macam lagi. Selepas meneliti semua itu, kesimpulannya semua itu perkara yang sama. Ia hanyalah cara PM Najib untuk menyeronokkan dan mengelabui rakyat.

Semua rancangan pembangunan yang disebut dan diulang-ulang sebut oleh PM Najib adalah sedutan daripada Wawasan 2020. Cuma pembangunan Koridor anjuran PM Pak Lah sahaja yang semakin kabur.

Saya mulakan perbahasan sahaja dengan mengingatkan Firman Allah Surah Al-Anbiya' ayat 107 "Dan tidaklah Kami (Allah), mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam". Ia adalah peringatan kepada diri saya dan seluruh warga Parlimen pada hari itu daripada Speaker, para Ahli Parlimen sampailah kepada staf dan kakitangan kerajaan serta rakyat seluruhnya.

Saya tekankan dalam perbahasan saya tentang Maqasid Syariah. Ia adalah tujuan atau objektif syariat Allah diturunkan kepada manusia yang merupakan pemakmur (khalifah) di muka bumi Allah. Setiap hukum yang Allah tetapkan untuk dilaksanakan oleh manusia mengandungi maqasid yang tujuan besarnya ialah untuk kebaikan atau kemaslahatan manusia itu sendiri. Kemaslahatan itu dicapai apabila semua hukum, undang-undang, arahan atau larangan Allah itu dilaksanakan yang semuanya mengandungi manfaat untuk manusia. Ia juga pada masa yang sama menolak atau mengangkat kemudharatan daripada manusia.

Maqasid Syariah dibahagi kepada tiga. Dharuriyyat (keperluan atau hak asasi), Hajiyat (keperluan atau hajat manusia) dan tahsiniyyat (maslahat dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak). Dharuriyyat adalah maslahah atau kebaikan yang yang mesti dipenuhi untuk menegakkan kemaslahatan agama dan dunia. Hajiyat pula bertujuan untuk menghilangkan kesempitan yang bolehmenyusahkan manusia. Tahsiniyat adalah bersifat penyempurna.

Perbahasan saya menekankan persoalan dharuriyyat. Ia juga disebut dharuriyyat al-khams (lima hak asasi). Ia merangkumi matlamat syariat untuk menjaga kesucian agama, memelihara nyawa, memelihara aqal, menjaga keturunan dan harta. Bajet kali ini dimulakan oleh PM Najib dengan Surah Al-Qasas ayat 77. Walaupun terjemahan bagi saya adalah permulaan yang baik. Ayat itu menyuruh kita mengutamakan akhirat. Juga disebut habuan dunia. Juga suruhan berbuat baik dan larangan melakukan fasad.

Saya meneliti bajet PM Najib yang merupakan peneraju negara dan Ketua Pentadbiran Malaysia. Permulaan bajet yang begitu cantik telah dihodoh dan diconteng dengan beberapa program yang saya umpamakan seperti sebelah tangan kita beri penawar, manakala sebelah lagi menyuap racun. Manakan tidak.. Ketika negara berdepan dengan keruntuhan moral dan akhlak, pembuangan bayi, perjudian, pelacuran malah beberapa hari kemudian diumumkan pula 12 program ETP yang antaranya bakal memusnahkan seluruh sistem nilai dan moral rakyat.

Saya memperingatkan laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara yang mengejutkan,, 257 000 bayi yang dilahirkan tidak berbapa di dalam surat lahir dari 2000 hingga Julai 2008. Walaupun disampuk oleh MP Kulim yang mengatakan maknanya dalam sejam ada dua anak luar nikah, saya meneruskan perbahasan saya mengenai rancangan yang diumumkan oleh PM Najib yang mengenepikan maqasid dalam program-programnya. Termasuk memperkasakan industri pelancongan.

Hasrat kerajaan termasuk mengumumkan menjelang 2014 ada 10 kelab malam besar. Satu kelab malam boleh menampung 900 orang. Tahun 2020 unjuran pendapatan ialah RM 1.8 bilion dengan 8000 peluang kerja. Niat kerajaan untuk mempermudah artis antarabangsa masuk Malaysia dengan syarat minimum juga saya sentuh. Ia hanya akan menjadikan segala program membina modal insan termasuk peruntukan RM 111 juta untuk PERMATA, 95 juta untuk SAR, puluhan juta lagi untuk sekolah bantuan modal dan ratusan juta untuk belia hanyalah satu PEMBAZIRAN.

Tangan kanan kita membina, manakala tangan kiri kita meroboh. Ia tidak mengubah apa-apa. So, apa jadi kepada maqasid.... Ya.. Ia masih lagi di dalam kitab.

http://www.nasirzakaria.com/ver3Share

Thursday, October 28, 2010

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009: KEDAH TERUS SEJAHTERA BN TERUS SENGSARA


Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Negeri Kedah Darulaman. Bagi saya, laporan ini sudah cukup untuk memadamkan retorik pemimpin Barisan Nasional

dan Umno bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu memerintah negara atau Negeri Kedah. Fakta yang ada di hadapan kita jelas menunjukkan betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terus berada di landasan yang betul. Di sebalik parahnya hutang yang ditinggal oleh Kerajaan BN di Kedah sebagai 'hadiah' kepada rakyat Kedah, Kerajaan PR terus cemerlang melangkah gagah dan sepatutnya terus diyakini rakyat.


Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.


1.Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan BN tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan BN mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.


2.Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.

3 Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.

4. Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.


Prestasi kewangan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Laporan ini sudah cukup memberikan gambaran bahawa dongeng bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu mentadbir sudah berakhir. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh BN yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh Umno dan Barisan NasionaL.

http://www.nasirzakaria.com/ver3

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan DPP KedahShare

Thursday, September 16, 2010

JATUH RANKING LAGI!!!! UNIVERSITI MALAYA ( UM ) KEDUDUKAN KE 207 RANKING UNIVERSITI TERBAIK DUNIA



SUMBER : HARAKAHDAILY :

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Keguguran Universiti Malaya (UM) daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia wajar diberi perhatian oleh mahasiswa, pentadbir universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

UM jatuh daripada kedudukan ke-180 universiti terbaik dunia pada tahun 2010, kepada kedudukan ke-207 pada tahun 2010.

Setiausaha Agung Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Aizat Bin Mohd Salleh berkata, Datuk Ghauth Jasmon, Naib Canselor UM suatu ketika dahulu pernah membentangkan pelan tindakannya kepada para kakitangan serta pemimpin pelajar bahawa dalam tempoh lima tahun mahu meletakkan universiti itu dalam senarai seratus universiti terbaik dunia.

Baginya, mungkin masih ada masa lagi kepada Ghauth untuk merealisasikan matlamat itu sekiranya kontraknya disambung oleh kerajaan.

“Sepanjang pengalaman, saya melihat Datuk Ghauth merupakan antara Naib Canselor yang begitu gigih membangunkan universiti tidak kira dari aspek fizikal mahupun akademik,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sasarannya, kata beliau adalah UM perlu menyertai di kalangan universiti-universiti bertaraf dunia supaya mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa.

Menurutnya, apa yang paling penting dinilai oleh TIME World University Ranking selain daripada tinjauan akademik sebanyak 40 peratus, tinjauan keboleh pasaran graduan sebanyak 10 peratus dan perbandingan pelajar di fakulti-fakulti serta kursus sebanyak 20 peratus, ia juga mengambil kira produktiviti penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Seperti mana Perdana Menteri, UM juga turut menganjurkan pelan transformasi, antaranya menetapkan standard sasaran pencapaian akademik.

Sebagai memberi galakan, para pelajar atau staf akademik yang menduduki PhD, insentif diberikan sebanyak seribu ringgit apabila menamatkannya kurang dari empat tahun.

“Apa yang menjadi perhatian di sini, UM adalah di antara universiti yang bagi saya sudah mencapai sebahagian autonomi apabila telah diberi status SWA-Akreditasi yang membolehkan mereka mengakreditasi program pengajiannya sendiri.

“Dan untuk mencapai status itu, memerlukan penilaian kursus yang baik, sumber pendidikan dan pelajar yang berkualiti serta misi dan visi universiti yang ke hadapan,” ujarnya.

Justeru itu, katanya agak mengejutkan juga apabila mendengar beberapa kejayaan itu tidak dapat lagi mengangkat UM mencapai lebih baik dari 2009.

“KPT perlu memikirkan perkara ini,” ujarnya.Share

Tuesday, September 14, 2010

Kedah telah laksana lebih 80% manifesto PRU 12


SUMBER : HARAKAHDAILY

ALOR SETAR, 14 Sept: Dalam tempoh hampir 30 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di negeri Kedah, lebih dari 80 peratus manifesto dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) telah berjaya dicapai.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad berkata, sehingga Julai 2010 sebanyak 80.7 peratus dari manifesto yang mempunyai 57 perkara yang disenaraikan dalam PRU 12 telah berjaya mencapai matlamatnya.

"Daripada 57 perkara tersebut, 46 daripadanya telah pun dilaksanakan. Sementara itu 11 perkara lagi atau 19.3 peratus masih lagi berada di peringkat kajian.

"11 perkara yang belum dilaksanakan itu merangkumi bidang pentadbiran, pertanian, pembangunan Insan, hal ehwal Islam, hal ehwal wanita, sukan dan rekreasi serta pihak berkuasa tempatan," katanya lagi.

Dalam pada itu, manifesto yang telah dilaksanakan secara total ialah Pembangunan Sosial, Belia serta Alam Sekitar dan Pelancongan.

Selain dari itu, katanya perkara yang berkaitan dengan Hak dan Kepentingan Bukan Islam, Ekonomi, Tanah dan Hasil Negeri,Pembangunan Sosial, Belia serta Alam Sekitar dan Pelancongan turut telah berjaya dilaksanakan.

Bagi bidang Pembangunan dan Keperluan Kemudahan Asas serta Kebajikan turut telah sempurna dijayakan dalam tempoh tersebut.

Tambahnya, antara manifesto yang belum ditunaikan adalah yang berkaitan dengan pentadbiran seperti penyediaan kemudahan pinjaman tanpa faedah bagi kakitangan kerajaan, menubuhkan Institusi Imam atau (Maahad Imamah), Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan, kemudahan sukan khusus bagi golongan kurang upaya serta pemberian cuti bersalin selama tiga bulan bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa mengehadkan bilangan anak.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam yakin sebahagian dari manifesto tersebut mampu untuk ditunaikan oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...