Tuesday, September 14, 2010

Kedah telah laksana lebih 80% manifesto PRU 12


SUMBER : HARAKAHDAILY

ALOR SETAR, 14 Sept: Dalam tempoh hampir 30 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di negeri Kedah, lebih dari 80 peratus manifesto dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) telah berjaya dicapai.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad berkata, sehingga Julai 2010 sebanyak 80.7 peratus dari manifesto yang mempunyai 57 perkara yang disenaraikan dalam PRU 12 telah berjaya mencapai matlamatnya.

"Daripada 57 perkara tersebut, 46 daripadanya telah pun dilaksanakan. Sementara itu 11 perkara lagi atau 19.3 peratus masih lagi berada di peringkat kajian.

"11 perkara yang belum dilaksanakan itu merangkumi bidang pentadbiran, pertanian, pembangunan Insan, hal ehwal Islam, hal ehwal wanita, sukan dan rekreasi serta pihak berkuasa tempatan," katanya lagi.

Dalam pada itu, manifesto yang telah dilaksanakan secara total ialah Pembangunan Sosial, Belia serta Alam Sekitar dan Pelancongan.

Selain dari itu, katanya perkara yang berkaitan dengan Hak dan Kepentingan Bukan Islam, Ekonomi, Tanah dan Hasil Negeri,Pembangunan Sosial, Belia serta Alam Sekitar dan Pelancongan turut telah berjaya dilaksanakan.

Bagi bidang Pembangunan dan Keperluan Kemudahan Asas serta Kebajikan turut telah sempurna dijayakan dalam tempoh tersebut.

Tambahnya, antara manifesto yang belum ditunaikan adalah yang berkaitan dengan pentadbiran seperti penyediaan kemudahan pinjaman tanpa faedah bagi kakitangan kerajaan, menubuhkan Institusi Imam atau (Maahad Imamah), Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan, kemudahan sukan khusus bagi golongan kurang upaya serta pemberian cuti bersalin selama tiga bulan bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa mengehadkan bilangan anak.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam yakin sebahagian dari manifesto tersebut mampu untuk ditunaikan oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...