Tuesday, July 5, 2011

Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap Di Puncak Janing Berjaya Walaupun Ada Halangan











PADANG TERAP, 4 Julai: Biarpun berdepan sekatan pihak polis, program Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap tetap mendapat sambutan luar jangkaan.

Program anjuran Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan itu adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Bagaimanapun, ia sedikit terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya dipercayai ada kaitan dengan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Setiap motosikal dan kereta peserta digeledah pihak polis bagi mencari sebarang bahan yang ada kaitan dengan Bersih.

Namun polis gagal menemui sebarang benda yang berkaitan dan tidak ada seorang pun ditahan dalam sekatan tersebut.

Sekatan itu juga menyebabkan lebih separuh dari peserta terpaksa berpatah balik.

"Mungkin cari barang yang berkaitan bersih. Ada maklumat bahawa ada pihak ketiga buat laporan ada sepanduk dan poster bersih. Sedangkan tiada rampasan," kata Nasir yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beberapa tokoh anak muda turut dipanggil termasuk Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tokoh indusitri muzik Pak Long (Selagi Ada Rindu), tokoh sukan bolasepak Radhi Mat Din (bekas pemain bola kebangsaan) dan tokoh sukan motor Yasir Said (bekas juara Cub Prix Asia).

Bagi meraikan kehadiran ribuan anak muda itu, seekor kerbau turut ditumbangkan.

Perseta diraikan dengan konvoi terbesar dalam sejarah Padang Terap yang dipimpin oleh Yasir dan Radhi dan Salahudin.

Mereka dikawal dengan kehadiran 20 marshal dengan motorsikal berkuasa besar mewakili KTM Owners Club Malaysia.

Himpunan itu turut disifatkan menjangkaui sasaran biarpun separuh dari mereka berpatah balik.--harakahdailyShare
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...