Monday, September 3, 2012

Keluar UMNO Masuk PAS Setelah Dengar Ceramah Artis



Pekan Naka : Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap benar-benar " menghijau " di bumi Padang Terap apabila bukan sahaja dapat menarik ribuan penduduk tempatan dan luar mengikuti program-program yang disusun sepanjang ekspo , bahkan dapat membuka hati ahli-ahli UMNO tempatan menyertai perjuangan Islam.

Pada hari ke tiga ekspo , ceramah pada sebelah malamnya menampilkan selebriti sebagai penceramah utama iaitu pelakon filem Leftenan Adnan saudara Hairi Othman dan Leman Raja Lawak.Ekspo  yang bermula 30 Ogos dan berakhir pada 2 September 2012 di Markas MTD Pedu Pekan Naka menyaksikan kemasukan ahli UMNO ke dalam Parti PAS.Apa yang menariknya , menurut ketua mereka yang mewakili hampir 50 orang ahli baru tersebut , saudara Mutalib Bin Leman ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak Naka yang merupakan kawasan Ketua Pembangkang Kedah , beliau tertarik menyertai PAS selepas mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Leman Raja Lawak dan Hairi Othman di dalam ceramah mereka pada malam ke tiga ekspo tersebut berlangsung.Menurut beliau , sebelum ini beliau belum pernah mengikuti mana-mana ceramah PAS.

(Gambar : Saudara Mutalib Menyerahkan Borang Keahlian Kepada Ketua Pemuda PAS Padang Terap, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria )

Walaupun selebriti seperti Leman Raja Lawak sering ditohmah dan di caci oleh UMNO terutama didalam facebook , ianya tidak mematahkan semangat artis yang berhijrah ini untuk terus berusaha menumbangkan sebuah kezaliman.Niat yang ikhlas ,nekad dan semangat artis ini terpancar pada ceramah ditempat beliau sendiri di Padang Terap sehingga menggamit hati para hadirin seterusnya menarik minat ahli UMNO menyertai PAS.

Selain itu , antara yang mengkagumkan khalayak ialah ceramah yang disampaikan oleh Hairi Othman pada malam tersebut mampu membuatkan ribuan hadirin yang mendengar tidak berganjak sedikit pun walaupun ceramah beliau melangkaui masa yang biasa di tetapkan iaitu berlarutan sehingga jam 12.30 pagi.Aura yang dimiliki beliau disamping hujah-hujah yang beliau sampaikan membuatkan hadirin seolah-olah terpukau.

Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah.Seperti didalam firmanNya  didalam Surah Al-Qasas , 56 yang bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)"


Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it