Monday, September 3, 2012

Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Padang Terap Berjaya Menghijau Di Kawasan Ketua Pembangkang DUN Kedah

Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS Sedang Menyampaikan Ceramahnya Di Pentas Ekspo
Sebahagian Hadirin Yang Mendengar Ceramah Penerangan Di Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap 
Sebahagian Pengunjung Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap
Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap Mengadakan Pertandingan Kerusi Berirama Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap
Salah Seorang Peserta Daripada Pelajar PASTI Sedang Menyampaikan Sajak  Untuk Pertandingan Sempena Ekspo
Pertandingan Karom Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap 
Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Padang Terap Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap Yang Dikepalai oleh YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria , pelakon filem Leftenan Adnan saudara Hairi Othman dan Leman Raja Lawak berjaya menarik ratusan anak muda.
Sebahagian Peserta Konvoi Berada Di Depan Pentas Ekspo Untuk Sessi Bersama Selebriti
Salah Seorang Peserta Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Padang Terap Menerima Hadiah Cabutan Bertuah Daripada Selebriti Hairi Othman

Anak Muda Bergambar Bersama Pelakon Terkenal "Leftenan Adnan"
Saudara Mutalib Leman Ahli UMNO Cawangan Kg Padang Kerasak ( Cawangan  Kubu Kuat Ketua Pembangkang Kedah) Menyerahkan Borang Keahlian PAS Kepada YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria , Ketua Pemuda PAS Padang Terap Setelah Beliau Kali Pertama Mengikuti Ceramah PAS Sempena Ekspo Ini.Bersama Beliau Hampir 50 Orang Menyertai PAS.

Expo Hijau Merdeka Menuju Putrajaya Padang Terap Berjaya

Pekan Naka : Selama empat hari empat malam berturut-turut Pas Kawasan Padang Terap menganjurkan Expo Hijau Merdeka  Menuju Putrajaya. Semangat sambutan idulfitri masih terasa panas, bermula 30 Ogos dan berakhir 2 September 2012 bertempat di Markas Besar Majls Tindakan DUN Pedu mendapat sambutan luarbiasa. Segenap lapisan masyarakat di lihat memberi sokongan kepada penganjuran ekspo ini.

30 Ogos, tapak ceramah mula dibanjiri pengunjung bagi mendengar ucapan Tamrin Ghafar anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang Timbalan Presiden Umno Tun Ghafar Baba berucap. Ucapan yang begitu baik diperkuatkan dengan kehadiran bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia Datok Fauzi Shaari. Beliau kelihatan sangat yakin tentang penyelesaian secara Islam terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat Malaysia. Program ceramah diakhiri dengan bacaan doa sempena merdeka disusuli dengan tembakan bunga api sempena 31 Ogos sambutan Kemerdekaan Negara.

31 Ogos. Program muslimat mengambil tempat dengan perasmian penutup oleh YB Siti Aishah Ghazali Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah. Malamnya Ceramah Perdana oleh Timbalan Presiden PAS Pusat. Tuan Haji Mohamad Sabu mengulas mengenai sejarah Merdeka dengan begitu mantap. Menepis segala tohmahan hanya Umno sahaja yang perjuangkan kemerdekaan dengan mengenepikan peranan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain. Lautan manusia membanjiri dataran juga mendengar ucapan Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg Petani yang menceritakan pengalaman beliau sebagai pemimpin Umno.
1 September. Hari Expresi Anak Muda mengambil tempat.Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Hijau Merdeka Menuju Putrajaya menggamit ratusan anak muda. i. Seterusnya tepat jam 3 petang, bertempat di Kompleks Pas Kawasan Padang Terap, Kg Barokhas Konvoi Terbesar Padang Terap bermula. Pemuda Kawasan Padang Terap hanya menyasarkan penyertaan 200 biji motor. Namun, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Hampir 700 motorsikal dianggarkan terlibat. Belum lagi termasuk kereta. Konvoi diketuai oleh 3 orang anak muda tempatan yang cukup terkenal iaitu Hairi Othman, Leman Raja Lawak dan Ketua Dewan Pemuda Pas Padang Terap yang juga Ahli Parlimen Padang Terap. Malamnya diisi dengan ceramah sulung Hairi Othman dan Leman Raja Lawak yang dihadiri oleh ribuan anak muda.

Walaupun selebriti seperti Leman Raja Lawak sering ditohmah dan di caci oleh UMNO terutama di dalam facebook , ianya tidak mematahkan semangat artis yang berhijrah ini untuk terus berusaha menumbangkan kezaliman. Niat yang ikhlas, nekad dan semangat artis ini terpancar pada ceramah ditempat beliau sendiri di Padang Terap sehingga menggamit hati para hadirin seterusnya menarik minat ahli UMNO menyertai PAS.

Selain itu , antara yang mengkagumkan khalayak ialah ceramah yang disampaikan oleh Hairi Othman pada malam tersebut mampu membuatkan ribuan hadirin yang mendengar tidak berganjak sedikit pun walaupun ceramah beliau melangkaui masa yang biasa di tetapkan iaitu berlarutan sehingga jam 12.30 pagi. Aura yang dimiliki beliau disamping hujah-hujah yang beliau sampaikan membuatkan hadirin seolah-olah terpukau.

2 September. Malam kemuncak. Kemunculan ulamak terkenal yang juga Speaker DUN Kelantan , YB Ustaz Datuk Nasarudin Daud menggegarkan ribuan pengunjung. Hujah ilmiah berselang seli dengan Hadis dan ayat al-Quran menjelaskan ucapan Dr Mahathir "Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali" menjawab segala kekeliruan. Beliau juga menjelaskan tema Merdeka  "Janji Ditepati" dalam konteks janji BN di Kelantan yang songsang.

Pada malam ini juga menyaksikan kemasukan ahli UMNO ke dalam Parti PAS. Apa yang paling menarik, menurut saudara Mutalib Bin Leman ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak Naka yang merupakan cawangan Ketua Pembangkang Kedah, beliau tertarik menyertai PAS selepas mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Leman Raja Lawak dan Hairi Othman di dalam ceramah mereka pada malam ketiga ekspo tersebut berlangsung. Menurut beliau, sebelum ini beliau belum pernah mengikuti mana-mana ceramah PAS. Beliau mewakili hampir 50 ahli baru menyerahkan borang keahlian kepada YB Ustaz Datuk Nasaruddin Daud. 

Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...