Thursday, September 16, 2010

JATUH RANKING LAGI!!!! UNIVERSITI MALAYA ( UM ) KEDUDUKAN KE 207 RANKING UNIVERSITI TERBAIK DUNIA



SUMBER : HARAKAHDAILY :

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Keguguran Universiti Malaya (UM) daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia wajar diberi perhatian oleh mahasiswa, pentadbir universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

UM jatuh daripada kedudukan ke-180 universiti terbaik dunia pada tahun 2010, kepada kedudukan ke-207 pada tahun 2010.

Setiausaha Agung Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Aizat Bin Mohd Salleh berkata, Datuk Ghauth Jasmon, Naib Canselor UM suatu ketika dahulu pernah membentangkan pelan tindakannya kepada para kakitangan serta pemimpin pelajar bahawa dalam tempoh lima tahun mahu meletakkan universiti itu dalam senarai seratus universiti terbaik dunia.

Baginya, mungkin masih ada masa lagi kepada Ghauth untuk merealisasikan matlamat itu sekiranya kontraknya disambung oleh kerajaan.

“Sepanjang pengalaman, saya melihat Datuk Ghauth merupakan antara Naib Canselor yang begitu gigih membangunkan universiti tidak kira dari aspek fizikal mahupun akademik,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sasarannya, kata beliau adalah UM perlu menyertai di kalangan universiti-universiti bertaraf dunia supaya mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa.

Menurutnya, apa yang paling penting dinilai oleh TIME World University Ranking selain daripada tinjauan akademik sebanyak 40 peratus, tinjauan keboleh pasaran graduan sebanyak 10 peratus dan perbandingan pelajar di fakulti-fakulti serta kursus sebanyak 20 peratus, ia juga mengambil kira produktiviti penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Seperti mana Perdana Menteri, UM juga turut menganjurkan pelan transformasi, antaranya menetapkan standard sasaran pencapaian akademik.

Sebagai memberi galakan, para pelajar atau staf akademik yang menduduki PhD, insentif diberikan sebanyak seribu ringgit apabila menamatkannya kurang dari empat tahun.

“Apa yang menjadi perhatian di sini, UM adalah di antara universiti yang bagi saya sudah mencapai sebahagian autonomi apabila telah diberi status SWA-Akreditasi yang membolehkan mereka mengakreditasi program pengajiannya sendiri.

“Dan untuk mencapai status itu, memerlukan penilaian kursus yang baik, sumber pendidikan dan pelajar yang berkualiti serta misi dan visi universiti yang ke hadapan,” ujarnya.

Justeru itu, katanya agak mengejutkan juga apabila mendengar beberapa kejayaan itu tidak dapat lagi mengangkat UM mencapai lebih baik dari 2009.

“KPT perlu memikirkan perkara ini,” ujarnya.Share

1 comment:

  1. IJM Corporation Berhad bakal dianugerahkan sebagai ‘Total Sub Contractor’ Kampus Baru KUIN, di Kuala Ketil oleh Bina Darulaman Berhad (BDB)?.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...