Thursday, October 28, 2010

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009: KEDAH TERUS SEJAHTERA BN TERUS SENGSARA


Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Negeri Kedah Darulaman. Bagi saya, laporan ini sudah cukup untuk memadamkan retorik pemimpin Barisan Nasional

dan Umno bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu memerintah negara atau Negeri Kedah. Fakta yang ada di hadapan kita jelas menunjukkan betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terus berada di landasan yang betul. Di sebalik parahnya hutang yang ditinggal oleh Kerajaan BN di Kedah sebagai 'hadiah' kepada rakyat Kedah, Kerajaan PR terus cemerlang melangkah gagah dan sepatutnya terus diyakini rakyat.


Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.


1.Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan BN tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan BN mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.


2.Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.

3 Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.

4. Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.


Prestasi kewangan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Laporan ini sudah cukup memberikan gambaran bahawa dongeng bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu mentadbir sudah berakhir. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh BN yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh Umno dan Barisan NasionaL.

http://www.nasirzakaria.com/ver3

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan DPP KedahShare
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...