Sunday, December 4, 2011

PROGRAM KHATAN PERDANA PADANG TERAP






















































































Sempena musim cuti persekolahan, ramai dikalangan ibu bapa akan mengambil peluang
untuk melakukan satu ibadah berkhatan sebagai salah satu daripada tuntutan agama.

Dalam kesempatan ini, Pejabat Ahli Parlimen Padang Terap dengan kerjasama NGO Terapcare telah mengambil kesempatan dengan menganjurkan Program Khatan Perdana yang dijalankan di Dewan Pekan Naka pada 3 Disember baharu-baharu ini.

Program ini melibatkan berpuluh-puluh orang kanak-kanak yang berumur anatara 7 hingga 11 tahun di sekitar Padang Terap yang pendaftarannya adalah percuma. Kanak-kanak ini dimandikan dengan pancutan air oleh pihak bomba sebelum masing-masing bersedia untuk dikhatankan secara tradisional.

Ahli Parlimen Padang Terap dalam ucapan aluan beliau mengucapkan tahniah kepada para peserta khatan kerana bakal menempuh alam remaja. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh ibu bapa kerana tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak. Beliau mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program seumpama ini.

Turut hadir pada program tersebut ialah Adun Angkat Dun Pedu, Yb. Ust Mohd Izzat bin Mohd Shauki. Beliau yang juga timbalan Speaker Kedah dalam ucapan perasmian sempena program tersebut berkata, ibadah berkhatan adalah satu tuntutan dalam agama islam dan mempunyai pelbagai kelebihan seperti suci dan dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman. Beliau yang sempat memberikan sedikit wang sumbangan kepada peserta khatan gembira kerana program ini dapat memberikan faedah dan kebajikan kepada rakyat jelata sejajar dengan slogan Kedah Sejahtera.

Antara tetamu yang hadir ialah para pimpinan Pas Padang Terap, pimpinan MTD Pedu dan Pengerusi NGO Terapcare, Ust Hamizan bin Amzah serta ahli jawatankuasa Terapcare.

Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...