Monday, December 5, 2011

GANGGUAN AIR SELESAI 2013


Masalah gangguan air yang sering dialami penduduk Padang Terap akan dapat diatasi menjelang 2013, apabila projek naik taraf sistem pembekalan air diluluskan oleh kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bahawa Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM89.5 juta bagi melaksanakan Projek Bekalan Air Padang Terap dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK).

"Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman pelaksaan projek itu diteruskan dibawah Rolling Plan Pertama MalaysiaKe-10 (RMK 10), berjumlah RM3 juta yang dilaksanakan sendiri oleh Kerajaan Negeri dan Syarikat Air Darul Aman (SADA)", kataya.

Menurutnya, projek ini akan memberi manfaat kepada sembilan perkampungan yang sering mengalami masalah gangguan bekalan air, iaitu Kampung Pong Selatan, Kampung Lamdin Dalam, Kampung Tandop Dalam, Kampung Puncak Janing, Kampung Paya Terap, Kampung Lembah Permai, Kampung Padang Setol Lapan, Kampung Tanah Merah dan Kampung Sungai Long.

"Berdasarkan maklumat Sada, kawasan perkampungan itu mengalami masalah gangguan bekalan air disebabkan tekanan air rendah dan kedudukannya di kawasan tanah tinggi", katanya.

Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri kedah berkata, projek ini antara lain bertujuan membina muka sauk, loji rawatan air berkapasiti 50 juta liter sehari, tangki rumah pam, dan pemasangan paip air di Padang Sanai, Durian Burung, Sintok dan Bukit Kayu Hitam.

"Bagi projek muka sauk dan loji rawatan air Padang Sanai, pembinaannya telah siap dibawah RMK9) , manakala tangki rumah pam dan pemasangan paip air disiapkan pada Mei 2011", katanya.

Menurutnya, beberapa projek turut dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), membabitkan Kampung Pong Selatan, Kampung Lamdin, dan Kampung Tandop Dalam.

"Kawasan ini dijangka mendapat bekalan air setelah projek di Dun Sungai Tiang siap tahun hadapan.

Manakala Kampung Puncak Janing, Kampung Paya Terap, Kampung Lembah Permai, Kampung Padang Setol Lapan, dan Kampung Tanah Merah akan mendapat bekalan air selepas projek menaik taraf Loji Rawatan Air Kuala Nerang Fasa 1B siap menjelang 2013", katanya.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...