Thursday, October 22, 2009

YB Ketua Pemuda PAS PAdang Terap (DPPPT) - MEMPERJUANGKAN NASIB PEKEBUN KECIL GETAH DI PARLIMEN


Hari pertama sidang, kali ini tanpa disangka saya berpeluang membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sudah lama saya ingin bercakap isu ini. Isu rakyat kawasanku yang tercinta Padang Terap. Saya dilahirkan dalam keluarga penoreh getah, ibu dan bapa saya penoreh, saya mengasuh adik kedua saya yang sekarang adalah seorang jurutera di dalam kebun getah milik orang dan saya menoreh sehingga saya menjejaki menara gading

Ada beberapa perkara penting yang saya bangkitkan

1. Rakyat yang memiliki tanah yang kecil saiz yang mendapat manfaat besar pada awal 1980-an melalui mini estet. Saya mencadangkan agar program ini diinisiatifkan semula.

2. Pekebun kecil yang mempunyai dan mengusahakan tanah yang belum bergeran. Mereka mempunyai keinginan tinggi untuk mengusahakan tanah sehingga mempunyai peluang untuk mendapat bantuan semula. Saya mencadangkan agar RISDA menggalakkan mereka memohon geran, manakala premiumnya dibayar oleh RISDA yang mana manfaatnya adalah untuk negara. Ini disebabkan kekangan kewangan walaupun mereka sudahpun mengusahakan tanah tersebut dalam tempoh sehingga puluhan tahun.

3. Tanah bergeran yang tidak mendapat bantuan tanam semula, tetapi tetap dikenakan cukai ses. Saya memohon dan meminta kerajaan mengkaji perkara tersebut kerana perkara tersebut membebankan petani miskin.

4. Memohon kerajaan memikirkan insentif yang sesuai kepada pekebun kecil seperti yang diberikan kepada nelayan, petani dan lain-lain. Ini adalah amat perlu terutamanya apabila harga getah jatuh menjunam dan musim hujan yang menyebabkan mereka tidak boleh menoreh.

5. Subsidi untuk tanam semula dalam bentu baja dan benih. Subsidi hanya diberi kepada pemilik tanah yang bergeran. Saya menimbulkan persoalan bagaimana subsidi ini boleh dilebarkan kepada pemilik tanah yang belum bergeran. 6. Tanah yang ditanam semula yang memerlukan masa sehingga 7 tahun sebelum boleh ditoreh. Saya mencadangkan agar diberikan insentif seumpama insentif untuk tanaman kontan sementara menunggu pokok boleh ditoreh.

Rujuk mukasurat 76-78 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...