Thursday, October 22, 2009

BANK RAKYAT KE PADANG TERAP- PERBAHASAN YB USTAZ NASIR DI PARLIMEN

Alhamdulillah. 20 haribulan saya berpeluang berbahas dalam bidang yang menjadi minat dan perhatian saya. Bidang kewangan dan perbankan Islam. Saya pernah bertugas sebagai pensyarah kontrak di Kolej Perbankan dan Kewangan Islam suatu ketika dahulu. Kali ini akta untuk meminda Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978.

Adalah menarik melihat latar sejarah bank ini. Sebuah bank yang berkembang pesat daripada aspirasi rakyat marhain. Ia berkembang menjadi 121 cawangan dewasa ini. Saya memahami secara umum sedari dulu bahawa bank ini adalah dari rakyat untuk rakyat. Bank yang pastinya memfokuskan operasinya di kalangan rakyat yang memerlukan dan rakyat biasalah kekuatan bank ini dan menjadi pelanggan utamanya. Bank rakyat kini sudah begitu maju. Aset yang hampir RM50 billion dengan unjuran keuntungan RM1.3 billion bagi tahun 22009 adalah satu pencapaian yang hebat. Saya mengucapkan juga tahniah seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan saya.

Semasa di Universiti Malaya, saya terlibat dengan kertas projek (tesis) berkaitan koperasi. Fokus saya ialah sebuah koperasi yang terlibat mengeluarkan produk halal. Asas koperasi Islam ialah berdasarkan ayat ke 2 Surah al-Maidah mafhumnya "Tolong-menolonglah kamu di atas dasar kebaikan dan juga takwa, jangan kamu bekerjasama untuk melakukan dosa dan juga permusuhan sesama kamu”.

Dalam Bahasa Inggeris koperasi berasal dari perkataan cooperation. Justeru itu, kerjasama antara sesama ahli atau pemegang saham inilah yang menjadikan Bank Rakyat maju seperti hari ini. Saya menyeru agar bank ini diperluaskan lagi peranannya agar ia lebih menyentuh rakyat khususnya di pedalaman. Mereka adalah petani, pekebun kecil, penternak, peniaga kecil dan lain-lain. Golongan ini kadangkalanya tidak mampu access kepada kemudahan kerana tidak memiliki kelayakan minimum yang disyaratkan oleh bank ini. Saya mengambil kesempatan untuk mencadangkan penyelesaiannya melalui sistem Islam. Saya akan bicarakan dalam tulisan akan datang.

Saya mengambil kesempatan untuk memohon daripada Kementerian dan pengurusan tertinggi Bank Rakyat untuk mempertimbangkan pembukaan sebuah Bank Rakyat di Padang Terap. Saya mendengar dan menunggu janji menteri dalam jawapan penggulungannya bahawa Bank Rakyat akan tiba di Padang Terap. Rujuk muka surat 84 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-20102009a.pdShare
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget