Monday, October 12, 2009

SEKITAR MAJLIS UJIBAKAT PASTI PADANG TERAP 2009

Maklumat Program
Nama Program : Program Uji Bakat PASTI Padang Terap

Tarikh : 10 Oktober 2009 / Sabtu bermula jam 2.30-6 petang

Tempat : Kompleks PAS Padang Terap

Jumlah PASTI di Padang Terap : 10 buah

Acara pertandingan uji bakat : Berkhutbah, membaca 3 bahasa(Melayu / Jawi / Inggeris) ,hafazan doa dan surah, nasyid, sajak , azan subuh , bercerita dan mewarna.

Anjuran : Jabatan PASTI Padang Terap.

Penyertaan : Pelajar –pelajar PASTI berumur 4 hingga 6 tahun.


Membentuk generasi muda perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi.Membimbing ,mendidik ,mengasuh dan mengajar dengan ajaran dan nilai-nilai yang baik mesti ditekan sejak mereka lahir ke dunia.Pendidikan secara lansung dan tersusun sangat baik di mulakan ketika mereka berumur 4 tahun.

Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) Padang Terap mengelolakan sebanyak 10 buah cawangan PASTI di Padang Terap dengan jumlah pelajar mencecah hampir 370 orang.Selain di didik dengan akhlak Islam , para pelajar turut tidak ketinggalan daripada arus semasa dengan di ajar pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab..Pelajaran yang lain antaranya ialak sirah nabi, akhlak , jawi, fekah , tauhid dan sebagainya.

Setiap tahun, sebagai pengukuhan dalam melahirkan generasi pelapis yang intelek dan beriman serta bertakwa, Jabatan PASTI Padang Terap menganjurkan program pertandingan mencungkil bakat –bakat terpendam di kalangan pelajar-pelajar PASTI.

Penegrusi Jabatan PASTI PAdang Terap , Saudara Shukor Bin Minai berkata : “ Ada diantara mereka sangat berkebolehan selepas diajar dan dididik.Ada diantara mereka yang tidak kekok membaca khutbah jumaat di khalayak ramai.Ada pelajar perempuan berumur 5 tahun yang sangat petah bercerita kisah-kisah nabi dengan bersemangat dan berani .Kita kagum semangat kerjasama di antara budak-budak kecil ini melalui persembahan nasyid mereka”

“ Melalui pertandingan uji bakat ini kita dapat mengetahui pelajar-pelajar yang berbakat serta berkebolehan dalam pelbagai bidang.Kita berharap bakat mereka terus diasah dan dicungkil apabila mereka menjejakan kaki diperingkat sekolah rendah nanti”

“ Pemenang-pemenang dalam 8 katogeri yang dipertandingkan akan di hantar mewakili kawasan Padang Terap ke pertandingan uji bakat peringkat negeri Kedah yang akan diadakan pada 17 Oktober nanti di Baling”

“ Antara tujuan program ini diadakan ialah kita mahu melahirkan generasi pelapis yang bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu pembelajaran di dalam kelas, malah terampil sebagai pelapis pelajar Islam yang berani dan berkebolehan dalam memimpin”

“ Kita juga mengharapkan melalui program ini para waris terus memberi sokongan kepada institusi pendidikan pra sekolah rendah Islam seperti PASTI khususnya di daerah Padang Terap ini”Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget