Thursday, February 25, 2010

Program BBQ bersama Pemuda UPU Tong Pelu










Tarikh : 18 Feb 2010
Tempat Markas PAS Tong Pelu
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Padang Terap dengan kerjasama pemuda peringkat UPU Tong Pelu dan ajk UPU Tong Pelu.

BBQ peringkat pemuda UPU ini adalah program berkala Dewan Pemuda PAS Padang Terap yang menetapkan beberapa sasaran yang mahu dicapai di dalm program ini.Selain bertujuan mengerakkan UPU dan para pemudanya, BBQ ini juga bertujuan agar pemuda peringkat UPU dapat mebentuk dan memantapkan jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan.Antara mekanisma yang di laksanakan di dalam setiap program BBQ ini ialah pendaftaran SUKARELAWAN, pendaftaran daftar pemilih dan semakan dafatar pemilih.Selain itu melalui BBQ ini juga diadakan tayangan LCD bagi menyalurkan maklumat dan informasi berguna dan terkini samada daripada Kerajaan Negeri Kedah ,Dewan Pemuda dan maklumat - maklumat serta isu-isu semasa terkini.

Program ini juga bersifat santai dan tidak terlalu esekutif dan beprotokol bagi memastikan penglibatan semua pemuda di pelbagai peringkat.Disamping itu program ini turut menekankan soal tarbiah dengan pengisianya iaitu bacaan tahlil ringkas , bacaan doa dan ucapan para pemimpin.

Antara UPU yang telah terlaksana program BBQ ini ialah UPU Belukar Luas, Upu Kurong Hitam, UPU Labi dan UPU Kg Masjid.Program BBQ ini yang paling terdekat akan diadakan pada 28 Feb ini di UPU Bukit Tembaga.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...