Sunday, February 28, 2010

Konvoi Motosikal & Himpunan SUKARELAWAN Pemuda Padang Terap












23 Feb yang lulu pihak Dewan Pemuda PAS Padang Terap dengan izin Allah telah berjaya melaksanakan satu agenda yang sangat penting dalam menghimpukan golongan belia ke arah matlamat yang bersih dan kebaikan.

Seperti yang dirancang konvoi berarak Naib Presiden PAS Tn Hj Solahuddin Ayub berjaya menghimpunkan hampir 500 orang pemuda daripada cawangan2 pemuda PAS Padang Terap.Manakala penunggang yang terlibat hampir 300 orang. Konvoi tersebut dimulakan dengan solat asar secara berjemaah di masjid Pulau Kijang Kuala Nerang kemudian disusuli dengan ucapan pelepasann konvoi oleh YB Solahuddin Ayub dan Yb Ust Nasir Zakaria.Sebelum Bertolak bacaan doa di bacakan oleh Ust Kyairullah meminta keredhaan Allah semoga selamat dan berjaya program ini.

Konvoi ini melalui pekan Kuala Nerang menuju ke Padang Sanai, Pokka , Kepala Batas Pedu , Kg Barokhas dan berakhir di Kg Berlukar Luas.

Sebaik tiba , Dewan Pemuda PAS Padang Terap menjemput Yb Tn Hj Solahuddin Ayub menyampaikan ucapan seterusnya melancarkan SUKARELAWAN Pemuda PAS Padang Terap.

DAlam ucapan beliau menekankan begitu pentingya semangat sukarelawan ditanam dan disemai dalam jiwa2 belia , berjuang tanpa mengharapkan balasan duniawi serta berkerjasama dan saling tolong menolong dalam mengakkan agama Islam.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget