Wednesday, December 16, 2009

KENYATAAN MEDIA: MP PADANG TERAP PERTIKAI NAIB CANSELOR UM


Universiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

isu e-voting, isu Akademi Islam, sijil, International Scintific Index, kepala babi, tindakan kepada 8 pelajar dan lain-lain yang dibangkitkan. Berikut ialah kenyataan penuh Sidang Akhbar.

'; writethis(jsval);//-->

Kenyataan Akhbar

“Mempertikai Kredibiliti Naib Canselor Universiti Malaya



10 Disember 2009


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

2 Hari ini, saya Ahli Padang Terap mahu membangkitkan beberapa isu berkaitan Universiti Malaya. Berdasarkan isu-isun yang akan saya sebut selepas ini, saya mempersoalkan kredibiliti Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon memimpin universiti terbaik di Malaysia ini sebagai Naib Canselor

3. Di sini, saya memohon Kementerian Pengajian Tinggi dan Dr. Gauth sendiri menjelaskan asas perlantikan: dua kakitangan Universiti –

(1)Dr. David Ngo Chek Leng sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat (FSKTM); dan

(2)Dr. David Asirvatham sebagai Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM).


4. PERTAMA – Saya persoalkan kelayakan, Dr. David Ngo Chek Leng bagi menyandang jawatan PROFESOR kerana:

i. Beliau tidak mempunyai kelayakan minimum – iaitu kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau kelulusan yang setaraf dengannya sebagaimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2008.

5. Berhubung jawatan Dr. David Ngo Chek Leng sebagai DEKAN pula, saya mahu mempersoalkan:-

i. Adakah tidak ada langsung pensyarah UM sendiri atau suara dari dari fakulti dipertimbangkan sehingga Dr. Gauth perlu membawa pensyarah luar. Saya difahamkan sebahagian besar ahli akademik fakulti tersebut menyatakan rasa tidak puashati dengan menghantar surat bantahan bertarikh 30 Jun 2008 dan diikuti dengan keputusan undi tidak percaya kepada Naib Canselor, namun ia tidak mendapat maklumbalas.

ii. Saya mendapat maklumat bahawa beliau tidak mampu bertutur dalam bahasa Malaysia, sedangkan amalan sepatutnya mesyuarat di agensi kerajaan termasuk IPTA dikendalikan dalam bahasa Malaysia. Saya mendapat maklumat, beberapa mesyuarat rasmi di fakulti tersebut beberapa kali dibatalkan disebabkan masalah tersebut.


6. Soalan saya, adakah KPT dan Naib Canselor tidak profesional dalam perlantikan Dr. David Ngo Chek Leng, atau Dr. Gauth sebenarnya mengamalkan kronisme dalam perjawatan Universiti? Dr. Gauth daripada Universiti Multi Media (MMU) dan Dr. David Ngo Chek Leng juga dari Universiti yang sama sebelum menjadi sebahagian dari kakitangan UM.


7. KEDUA - Perlantikan Dr. David Asirvatham bagi menyandang jawatan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) juga saya persoalkan kerana:

i. Bagaimana beliau boleh menjawat jawatan tersebut, sedangkan rekod Universiti menunjukkan beliau tidak melalui proses temuduga; sama ada oleh Universiti atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri? Adakah cukup memadai beliau ditemubual oleh Naib Canselor (Dr. Gauth) dan TNC (Pembangunan) sahaja sebagaimana yang dilaporkan Disember tahun lepas? Tender tertutup? Peribadi yang istimewa? Kronisme?

ii. Saya juga meragui berkenaan tawaran gajinya yang Universiti berikan – RM18 000 sebulan; suatu angka di luar kebiasaan tangga gaji kakitangan Universiti hatta kakitangan dalam JPA sendiri.

iii.Saya lebih terkejut, bagaimana Dr. David Asirvatham boleh dilantik sebagai Pengarah PTM sedangkan kepakaran atau disiplin pengajiannya dalam ­e-Learning, bukannya pakar dalam Sains Komputer. Kalau perjawatan tidak berdasarkan kepakaran atau disiplin pengajian, atas asas apa Universiti melantik beliau? Adakah disebabkan Dr. Gauth bekas Naib Canselor MMU, maka boleh dilantik kakitangan MMU langsung menjadi kakitangan UM?

8. Untuk perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), suatu surat aduan berhubung dua perlatikan ‘misteri’ terbabit telah dihantar kepada Kementerian pada 3 Julai 2009, namun sehingga sekarang tiada jawapan profesional oleh pihak berwajib. Adakah Menteri atau Timbalan Menteri atau KPT sendiri terlibat dalam dua perlantikan ‘misteri’ terbabit?

10. Adakah dengan hujah untuk menaikkan ranking universiti Malaya, maka segala amalan dan tindakan Dr Ghauth perlu dibenarkan.

Berdasarkan pendedahan ini, saya mempertikai kredibiliti KPT dan Dr. Gauth sendiri sebagai Naib Canselor UM. Jangan jadikan Universiti medan kronisme dan tender jawatan secara tertutup kerana ia akan menghakis kebebasan akademik dan autonomi Universiti.

MOHD NASIR ZAKARIA


MP Padang Terap

MUHAMMAD BIN HUSAIN

MP Pasir PutehShare
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...