Wednesday, November 4, 2009

KEDAH SEJAHTERA- PENINGKATAN HASIL HUTAN 205%! : TAHNIAH USTAZ AZIZAN DAN PEGAWAI


Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 bagi negeri Kedah Darulaman. Laporan audit bagi tahun pertama pemerintahan Ustaz Azizan amat penting sebagai pembakar semangat kepada tahun-tahun seterusnya. Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf dasar jimat cermat Kerajaan Ustaz Azizan.

Laporan Ketua Audit Negara adalah satu mekanisma kerajaan untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan kerajaan negeri menggambarkan kedudukan yang benar atau saksama ataua sebaliknya. Ia juga memberikan pendapat terhadap rekod perakaunan mengenainya diselenggarakan mengikut peraturan atau tidak. Yang lebih penting ialah ia adalah cara kerajaan untuk mengawal dan mengenalpasti ketirisan atau rasuah yang berlaku. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam pengurusan harta rakyat dalam laporan bagi kementerian yang dikesan pada tahun 2008.

LEGASI BNFokus saya ialah Kedah. Secara umum kedudukan kewangan Kedah memuaskan. Namun perlu diingat ustaz Azizan dan pegawainya mewarisi legasi hutang zaman sebelumnya berjumlah 2 Billion!! Ia juga terpaksa mendepani dan memikul beban kesilapan kerajaan BN sebelum ini. Inilah yang dikatakan sumber yang kita gunakan pada hari ini merupakan pinjaman kita dari generasi akan datang. Perlu dicatatkan bahawa hasil kerajaan negeri didapati daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

PENGURUSAN HUTANKetika saya menjejak kaki semula ke Padang Terap selepas berkelana menuntut ilmu selama 20 tahun, saya dapati padang Terap berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Bukit-bukaunya botak, ditarah segala balak. Berlaku ketidakseimbangan ekosistem, berlaku banjir yang jarang berlaku, air sungai amat keruh yang satu ketika dulu adalah tempat saya berkelah dan mencari ikan. Bukit yang dulunya tempat saya dan keluarga mencari buah berangan, petai dan menahan ciding sudah berubah wajah.

Pemimpin terdahulu meluluskan balak tanpa kawalan. Balak ditebang sehingga hampir ke gigi empangan Muda Pedu yang membekalkan air ke seluruh Kedah. Yang paling malang ialah balak didiluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang. Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencecah puluhan ribu, hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan.

Ustaz Azizan amat memahami permainan ‘politik balak’ ini. Duit yang sepatutnya sampai kepada rakyat ‘hilang’ atau tiris di tengah jalan. Ustaz Azizan dengan penuh keberanian mengubah senario ini. Beliau membuka tender balak. Tender terbuka melonjakkan pendapatan kerajaan negeri. Paling menarik ialah peningkatan hasil hutan ini meningkat 205.5% berbanding sebelumnya.

Pendapatan negeri bagi 2007 hanyalah berjumlah RM9.21 juta melonjak menjadi RM28.14 juta. Bagi sebuah negeri seperti Kedah, ia adalah satu jumlah yang amat besar yang boleh digunakan bagi manfaat rakyat Kedah. Saya percaya pengurusan hutan yang baik, bermula dengan polisi yang penuh rasa kebertanggungjawaban kepada Allah serta disambut dengan rasa amanah oleh para pegawai yang berdedikasi pasti akan mengundang rahmat Allah.

Apapun ia adalah permulaan cemerlang bagi Ustaz Azizan. Tahniah. Firman Allah “Dan sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan bukakan kepadanya pintu berkat dari langit dan bumi…” Surah al-A’raf 96

Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Ahli Parlimen Padang TerapShare
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget