Thursday, September 3, 2009

PROGRAM PASTI KEDAH DI BULAN RAMADHAN


Jabatan PASTI Kedah telah merancang beberapa program sempena Ramadhan ini. Program ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat Ehya Ramadhan di kalangan warga PASTI Kedah khususnya guru-guru dan aktivis PASTI. Antara program yang akan dilaksanakan :

1. 4 September 2009, Tadarus Al-Quran guru-guru PASTI Kedah bersama Muslimat Kedah. Program yang bermula seawal jam 3 petang ini dan akan berakhir selepas tarawikh, anjuran DMPN Kedah dan Majlis Guru PASTI Kedah. Seluruh guru-guru Pasti Kedah diminta hadir.

2. Pada 7 september 2009 (Isnin) sempena Nuzul Al-quran seluruh PASTI di Kedah akan bercuti dan satu program dirancang sebagai memasyarakatkan PASTI. Tadarus guru-guru bersama staff SP Inn akan diadakan di SP Inn bermula jam 9.30 pagi. Program akan dimulakan dengan taujihat daripada Ketua DPPN Kedah, Al-fadhil ustaz Ahmad bin Yahya dan diikuti tadarus serta majlis khatam Al-quran. Program dijangka berakhir jam 1.00 petang. Program ini juga terbuka kepada muslimat sahaja.

3. Majlis berbuka Puasa bersama Kepimpinan Pemuda, ALP PASTI Negeri dan Ibu tunggal (guru pasti) dan anak yatim. Program ini akan diadakan pada 12 September 2009. Majlis ini dapat dilaksanakan hasil sumbangan dermawan yang melakukan kebajikan di Bulan Ramadhan yang berkah ini.

4. PASTI Kedah juga telah mengarahkan semua lajnah PASTI kawasan untuk mencari dana, bagi tujuan sumbangan kepada guru-guru di peringkat kawasan masing-masing. Antara sumbernya adalah jualan Taqwim Ramadhan, derma umum dan lain-lain sumber.

5. PASTI kedah sekali lagi berhasrat untuk memberikan bonus hari raya kepada seluruh guru-guru PASTI negeri Kedah. Jumlah kewangan dianggarkan RM 153,000.00 bagi tujuan tersebut. Setakat ini, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana dana yang masih tidak mencukupi. Kepada penderma yang budiman, di Bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala, marilah kita berlumba-lumba melakukan kebajikan. Mereka yang mempunyai hasrat tersebut boleh hubungi pejabat DPPN Kedah 04-7481120 atau salurkan di akaun BIMB atas nama PASTI Kedah 02011010047132.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...