Sunday, December 23, 2012

Pembohongan TV3 : Sekolah Agama Rakyat Di Kedah Tidak Dibantu Kerajaan Negeri?


Monday, December 24, 2012 / Kedah La




Oleh: Hafeez Azimi

Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS.

Untuk makluman seluruh rakyat 1Malaysia, Sekolah Agama Taufikiah Padang Lumat pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88 sen (seratus sembilan puluh enam ribu, tujuh ratus empat puluh lapan dan sen lapan puluh lapan) setahun.



Di Kedah, selain dari Maktab Mahmud (milik penuh kerajaan negeri) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) terdapat 62 institusi yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah Islam, Maahad Tahfiz dan pondok. Mereka ini bergabung dalam badan yang dinamakan Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA). Di zaman BN memerintah Kedah dahulu, sebahagian besar dari institusi tersebut tidak pernah menerima walau satu sen pun dari kerajaan negeri. Hakni baru betul... 1 sen pun tak terima!

Namun di bawah pentadbiran PAS/Pakatan Rakyat, daripada 2008 hingga 2012; kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM3.58 juta kepada kesemua institusi yang bergabung di bawah SAR tersebut. 



Jika ada pihak mendakwa SAR (sekolah rendah/menengah Islam, tahfiz, pondok) tidak pernah terima satu senpun dari kerajaan negeri maka itu PEMBOHONG BESARnamanya... adapun bohong/fitnah itu tidak layak dibuat oleh orang Islam. Ia menjadi Rukun Nombor 1 kepada sebuah pertubuhan politik yang mengambil syaitan dikenali sebagai rakan.

Ingat tak tahun lepas, PM Najib umum nak beri bantuan RM100 seorang kepada setiap pelajar sekolah. Tapi janji itu tak ditepati kerana eramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Pusat BN (yang ni tak masuk TV3). Kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM504,800 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh BN Pusat itu.
Itu baru cerita SAR yang bukan milik kerajaan negeri, kerajaan negeri hanya membantu. Kalau yang menjadi milik penuh kerajaan negeri iaitu Maktab Mahmud yang terdapat di setiap daerah, kecuali Kubang Pasu, peruntukannya adalah seperti berikut:

2009 – RM26.5 juta

2010 – RM28.5 juta

2011 – RM30 juta

2012 – RM34.5 juta


Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget