Sunday, March 4, 2012

Umno cakap tak serupa bikin - ahli baru PAS

                     (Yunus menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Ustaz Idris)

PADANG TERAP, 5 Mac: Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36,  Pedu, Mohd Yunus Harun, 36.

Beliau berkata demikian  sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada  Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini.

“Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat.

“Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan  rakyat  terhimpit  dengan masalah hidup,” katanya.

(Yunus berucap menceritakan pengalamannya dalam Umno)

Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini.

“Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.

“Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada  dalam perjuangan Umno.

Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet,” ujarnya.
Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget