Tuesday, January 3, 2012

LIPUTAN TALIAN TELEFON MUDAH ALIH SERTA KEMUDAHAN WiFi PERCUMA DALAM KAWASAN DI PARLIMEN PADANG TERAP

PERNYATAAN MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BAGI MENJAWAB PERTANYAAN YANG BERHORMAT TUAN MOHD NASIR BIN ZAKARIA ( PARLIMEN PADANG TERAP )

Di bawah Program Time 3, sebanyak 17 menara baru yang terletak di Parlimen Padang Terap akan dibina. Dengan pembinaan menara-menara ini, kebanyakan kawasan tersebut dijangka akan dapat menikmati kemudahan telefon selular. Ia dijangka siap dilaksanakan menjelang penghujung suku keempat tahun 2012.

Projek Kampung Tanpa Wayar ( Kampung WiFi ) yang menyediakan kemudahan WiFi dengan caj yang minimum iaitu RM10 sebulan sedang dilaksanakan secara berperingkat di 3,100 kampung-kampung terpilih di seluruh negara sehingga penghujung tahun 2012.

Sebanyak 24 buah Kampung Tanpa Wayar ( Kampung WiFi ) telah siap dilaksanakan di kampung-kampung di sekitar Parlimen Padang Terap melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ( PPS ). Pemasangan WiFi di kampung-kampung tersebut adalah di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan penduduk seperti di dewan orang ramai, sekolah dan pusat kemasyarakatan bagi membolehkan kemudahan WiFi tersebut dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh masyarakat setempat.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...