Tuesday, August 9, 2011

Program bersama JKJR





Pada 21 Mei 2011 yang lalu, YB Nasir Zakaria telah menyertai Program JKJR yang diadakan di Pekan Kuala Nerang. Didalam program tersebut, peserta turut mengedarkan risalah tentang Keselamatan Jalan Raya kepada orang ramai. Dalam ucapan perasmian program tersebut, YB Nasir berharap supaya orang ramai sedar dan mengambil berat tentang keselamatan di jalan raya. Beliau juga mengingatkan kepada para pelajar sekolah supaya tidak mengabaikan aspek-aspek keselamatan diri di jalan raya kerana golongan pelajar selalu mengambil mudah semasa di jalan raya.
Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...