Wednesday, July 7, 2010
Pengilang Beras Dianiaya!!! Kerajaan Kena Segera Selesaikan.
Tunggakan Bayaran Subsisi: Kerajaan Perlu Selesaikan Segera
Pihak saya memandang serius masalah tunggakan yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia berhubung tunggakan bayaran subsidi beras ST15 berjumlah melebihi RM6 juta. Dakwaan persatuan bahawa bayaran sejak Disember 2009 belum diterima juga adalah amat mengejutkan.
Bagi saya, sekiranya benar apa yang dibangkitkan oleh persatuan, tindakan tersebut adalah satu bentuk kezaliman yang akan berakhir dengan pihak pengilang Melayu terpaksa menghentikan operasi mereka.
Saya menuntut pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
1.Menyelesaikan seluruh tunggakan kepada pihak yang terlibat serta merta.
2.Memastikan dengan apa cara sekalipun pihak pengilang beras Melayu boleh meneruskan operasi musim kedua.
3. Memberi penjelasan bertulis dan pro aktif terhadap aduan yang dibangkitkan berkenaan dengan tindakan kerajaan.
4. Membuka lebih banyak ruang kepada pengilang-pengilang Melayu untuk terlibat di dalam pengeluaran padi dan membantu pengilang Melayu supaya lebih berdaya saing dengan pengilang swasta.
5.Membantu pengilang Melayu untuk mendapat pasaran yang lebih luas memandangkan pasaran dikuasai oleh swasta.
Sehubungan dengan itu saya menuntut pihak Kementerian menyelesaikan isu ini dengan segera. Pihak saya akan terus memantau perkembangan isu ini dan bersedia untuk bertemu pihak kementerian bagi membantu menyelesaikan masalah ini.
Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS KedahShare
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)