Saturday, August 8, 2009

NASIHAT DARIPADA ARIS AWANG BUAT PARA PEJUANG DAN PARA AMILIN

http://arisawang.blogspot.com

Wahai pemuda dan pemudi ku.........

Akhlak adalah nombor wahid............... teknikal tidak berguna lagi setelah akhlak tercemar.

1. Kerjalah elok-elok untuk Kerajaan dan Rakyat setelah kamu memilih profesion itu. Jangan otak dok pusin ligat pikiaq pasai lain banyak sangat.

2. Tak payah lah dok pikiag nak cari duit kat PAS, cari lah duit kat kamu secara halal dan selepas itu duit gaji kamu sedekahlah kat PAS, itu lebih berkat dan terelak fitnah.

3. Jangan mudah percaya dan ikut arahan kepada mereka yang bergelar 'pimpinan' secara membuta tuli terutama bila membabitkan hal Maddiyyah , fikirlah dengan sebaik-baik tanyalah sahabat lama yang lebih mengetahui sejarah lama.

4. Elakkan dari melakukan perkara yang syubahat.

5. Kadang-kadang kena bijak dan kena sedar adakah kita telah bekerja untuk jamaah atau bekerja untuk individu.

6. Buat kerja biarlah terang, jelas dan tidak teragak-agak untuk menghebahkan kalau kita buat betul. Kerja suk-sik dalam gelap terutama melibat 3 perkataan yang 2 huruf belakangnya ada .............. it.

7. Bila kamu telah memilih jadi pejawat awam........ jadilah penjawat awam yang baik, jangan masa yang sama itu dok pulun nak berniaga........... silap-silap pulun berniaga lebih dari bertugas sebagai penjawat awam. Itu orang panggil tak dak etika.

8. Bagi pemuda-pemuda yang nak dapat kontrak dari kerajaan, pergilah usaha macam masa UMNO memerintah dulu, gunalah kepakaran yang ada, kalau dapat......... dapatlah kalau tak dapat bukan rezeki, tak payahlah dok sendai perkataan hawar ini..............berbunyi "Bagi la projek tu kat saya......... nanti saya sumbang lah kat PAS".

9. Jadikan Islam sebagai Panduan dalam segala hal................ tanyalah diri sendiri sebelum membuat perkara yang dirasakan meragukan............. fekahnya macam mana? Lulus lepas itu kena tanya pula............. akhlaknya macam? kurang baik............ maka jangan buat, bahaya bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk keluarga, masyarakat, jamaah dan negeri............ kalau buat perkara yang kurang akhlaknya.

10 Detailkan perkataan retorik masa belum memerintah dulu, untuk menjadi garis panduan kamu antaranya ialah :-
a. Kami Benci Rasuah - tetapi kita buat rasuah kerana tak tahu secara terperinci apa itu rasuah.
b. Kami Anti Salahguna kuasa - tetapi kita melakukan perbuat salah guna kuasa kerana tidak faham secara terperinci apa itu salah guna kuasa.
c. Kami menentang diskriminasi - tetapi kita juga melakukan diskriminasi kerana tidak menghayati erti diskriminasi.

Aku mengerti pemuda dan pemudiku............ kita bukan maksum.

Tetapi awasilah diri kita dari fitnah dunia......... yang akan mengkaburi mata dan hati kita. Fikirlah sedalam-dalamnya tidak ada apa untungnya........... jika kerja yang kita buat tidak berkat, dilihat tidak beretika............. lebih-lebih lagi apabila dipercakapkan sebagai tidak berakhlak..............Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget