Sunday, May 24, 2009

INGATAN BUAT PEMUDA

Ingatan Buat Pemuda Dan Pemudiku..

Oleh Aris Awang

Pemuda dan Pemudi ku.

"BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan ALAMRU BIL MAKRUF WAN NAHYU 'ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SE MALAYSIA"

Petikan di atas adalah muqadimah yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS sejak 1951.Dan fasal-fasal yang dipetik dibawah juga adalah petikan dari Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS), untuk sentiasa kita baca dan teliti, mana tahu kita sudah dilihat tidak ikut asas yang telah dipacak kukuh oleh Ulamak sejak 1951, atau paling tidak takut tergelincir dari landasan yang dibina itu.Fasal 3.
Dasar PAS ialah ISLAM
Fasal 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR
Fasal 5.i. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allahii. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6. Usaha-usaha. Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.ii. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah sertakan menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
Usaha-usaha yang tercatat dalam perlembagaan PAS ada sehingga 10 perkara, jika nak tahu beli buku Perlembagaan PAS di mana-mana pejabat PAS Kawasan dan baca.
Pemuda dan Pemudiku...Kamu orang muda, kamu boleh dan akan dididik dan ditabiyyah oleh mereka yang sudah tua dan lama berjuang di dalam PAS ini yang telah menghayati asam garam perjuangan ini. Kamu masih lagi berkesempatan untuk menimba berbagai ilmu secara teori dan praktikal dari ustaz dan ustazah atau dari abang dan kakak yang lebih tua. Oleh itu timbalah ia dimana sahaja kamu berada di atas planet bumi ini dan selepas itu bersiaplah untuk memimpin generasi seusia kamu pada masa akan datang, selagi dunia ini belum kiamat. Bukan setakat menjadi pemimpin PAS malah bersedia untuk menjadi Khalifah Dunia dengan memutar kembali haluan sejarah kepada pemerintahan mengikut acuan Junjungan Besar Muhammad saw.
Untuk kamu menjadi pemimpin PAS, maka asas utama perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang telah termaktub itu mestilah digarap dan hayati dengan penuh kesungguhan untuk menunaikan kehendaknya, jika tidak lemparlah sahaja perlembagaan tersebut dan kamu berjalanlah mengikut haluan kamu dan cita rasa semasa.
Pemuda dan pemudiku....Perkara utama yang mesti diusahakan dengan bersungguh-sungguh ialah melaksanakan usaha-usaha yang termaktub didalam perlembagaan PAS. Kamu sebagai pemuda dan pemudi yang mungkin masih tiada penyakit unsur-unsur kepentingan diri dan sebagainya boleh menjadi penggerak kepada gelombang ke 3, untuk mentajdidkan kembali PAS untuk terus berada dilandasannya yang asalnya. Apakah maksud tajdid? tajdid yang aku maksudkan disini ialah memperbaharui tekad agar usaha-usaha yang terdapat di dalam perlembagaan PAS dapat diusahakan secara bersungguh, samada di negeri yang belum diperintah dan di negeri yang telah di perintah.
Cuba renung dalam-dalam dan fikir dengan penuh keimanan terhadap usaha pertama yang telah digariskan di dalam perlembagaan PAS iaitu:-"Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
"Tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan ikhlas kepada Allah swt.
1. Telahkah ianya kita usahakan secara bersungguh-sungguh untuk menjelaskan kepada umat manusia?
2. Telahkah ianya kita usahakan secara bersungguh-sungguh untuk memahamkan kepada umat manusia?
3. Telahkah ianya kita usahakan secara bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dengan penuh keadilan kepada umat manusia?
4. Telahkah kita sendiri yakin dan menghayati dengan penuh kesedaran usaha pertama yang dianjurkan itu?
5. Apakah sekarang ini usaha itu telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada ahli-ahli baru PAS, terutama mereka yang masuk bukan melalui program kuliah, tetapi masuk atas kecewa, marah, tak puashati dan ada berbagai gelaran besar pulak dipangkal namanya?
6. Adakah aku (jika yang menjadi pimpinan PAS) sekarang ini dimana-mana peringkat sudah benar-benar menghayati keperluan melaksanakan usaha pertama itu secara bersungguh-sungguh dan konsisten sebagai amanah Allah yang akan disoal di akhirat nanti?
7. Apakah sudah lama kita meninggalkan usaha tersebut sekarang ini, kerana terlalu asyik menumpu dalam perkara yang lain?
Banyak lagi persoalan yang perlu ditimbul oleh kita sendiri dan kita jawablah sendiri jika kita yakin bahawa perjuangan kita ini bukan setakat didunia, tetapi menjangkau sehingga ke hadapan Rabbul Jalil.Pemuda dan pemudiku....
Tahun ini adalah tahun pemilihan, tahun ini adalah tahun PAS sudah diterima masyarakat, tahun ini adalah tahun PAS banyak memerintah negeri, tahun ini adalah tahun habuan dunia makin mudah dikecapi, tahun ini adalah tahun pangkat dalam kerajaan banyak bersepah, tahun ini adalah tahun kena smart, tahun ini adalah tahun ramai musang berlagak ayam, tahun ini adalah tahun menunggu pilihanraya ke 13 yang ada macam-macam habuan lebih besar.Oleh itu wahai pemuda dan pemudiku pastikan jika kamu menjadi perwakilan diberbagai peringkat Mesyuarat Agung Tahunan atau Muktamar Tahunan pastikan agar mereka yang terpilih adalah mereka yang telah menghayati Perlembagaan Parti dalam bentuk teori dan praktikal dalam kehidupan sehariannya. Jangan mudah terpesona, kaget, terpukau dengan imej luaran, tetapi hampas fikrah perjuangannya. Ini adalah penting demi kesinambungan perjuangan cita-cita kita meruntuhkan jahilliyyah dan menegakkan Islam atas runtuhan jahilliyah tersebut.Itulah harapan ahli PAS, seperti Hj Mail Kopi Arab (Hj Ismail Wan Teh) yang duduk sebelah aku ketika Kuliah Hj Mohd Sabu, 8 April baru-baru ini di surau Tambak Bunga, Alor Setar dan telah menghantar SMS kepada aku berbunyi,"Perjuangan kita adalah meruntuhkan jahilliyah. Iaitu ditegakkan Islam di atas runtuhan itu. BUKANNYA menegakkan jahilliyah baru di atas runtuhan jahilliyah lama!"Aku pun tidak faham mana jahilliyah baru yang telah ditegakkan di atas runtuhan jahilliyah lama, mungkin beliau ada maklumatnya. Tetapi yang paling penting, itulah harapan ahli PAS agar usaha-usaha PAS yang termaktub dalam perlembagaan PAS terus nampak jelas diusahakan secara serius oleh mereka yang diamanahkan sebagai kepimpinan.Pemuda dan pemudiku...Gunakan hak kamu sebagai pemilih dengan memilih pemimpin diberbagai peringkat dan terutamanya pemimpin peringkat tertinggi yang mampu menggalas amanah kepimpinan terdahulu seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan parti kita.Dan kepada yang bercita-cita menawar khidmat sebagai pimpinan PAS hayatilah dulu perlembagaan PAS dalam tempoh matang yang munasabah, kerana kamu akan mengemudi sebuah bahtera yang akan belayar bukan sekadar lautan dunia, tetapi menyeberangi sehingga ke alam Barzhah dan Mahsyar.
Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget