Friday, September 11, 2009

UNIKNYA DIALEK BAHASA DAERAH PADANG TERAP

DIPETIK DARI :

http://arriesfamily.blogspot.com/2009/02/uniknya-bahasa-daerah-padang-terap-part.html

Artikel ini ditulis khusus untuk mengenal pasti istilah-istilah dan penggunaan bahasa yang unik bagi penduduk asal daerah Padang Terap, Kedah. Pembaca boleh berkongsi istilah kiranya berasal dari daerah utara juga....

Kita mulakan mengikut abjad dari perkataan 'air'.
Air disebut 'A' seperti sebutan huruf 'A'.

1) Penambahan 'H' di depan perkataan dari A
Angin disebut ' Hangin '. Terdapat penambahan 'H' didepan perkataan angin.
Anjing disebut ' Hanying' juga penambahan 'H'.
Angkut disebut 'Hakuit', atap disebut 'Hatap'
Angkat disebut 'Hakit'
Kebanyakan sebutan ada penambahan 'H'.

2) Pertukaran huruf 'm' menjadi 'nn'

Asam disebut 'asann'
Ayam jadi 'ayann' , malam jadi 'malann'
Ulam disebut 'ulann' . Istilah ni jarang diguna pakai bagi generasi muda...

Awak atau kamu disebut 'mu' sahaja.
Awak semua - 'kume' atau 'muha'

Abjad B
Bagus/baik/cantik disebut 'molek', amat jarang perkataan bagus digunakan. Sebutan 'molek' kerap digunakan.

3) Hilangnya sebutan 'l' dihujung perkataan
Bakul disebut 'bakuo' antara bunyi u dan o
Awal jadi awaa, kawal jadi kawaa, dodol jadi dodoo..

4) Hilangnya sebutan 'hu' dihujung perkataan
Bahu disebut 'buu'
Tahu jadi 'tuu',
Mahu tak disebut 'muu' tapi disebut 'moh' untuk dibezakan dengan perkataan awak tadi.
Kerap juga disebut 'tak bohi' untuk 'tak mahu' yang diambil dari perkataan 'tak berahi'.

Baling/lontar disebut 'punggei'
Bangang/bodoh disebut 'bengong - sedikit persaan dengan bahasa daerah pantai Timur.

5) Sebutan 'ng' di tengah hilang

Bangkai disebut 'bakee'
Bangku jadi 'Baaku', bongkak jadi 'bokak'
Bangsal jadi 'basee'

Bebel - membebel disebut mengarut

6) huruf 's' dibelakang ditukar sebutan 'h'

buas disebut 'buahh'
panas jadi 'panahh'
luas jadi 'luahh', kurus jadi 'kuruhh'

'Beri' digunakan secara kerap untuk istilah memberi dan amat jarang perkataan 'bagi' digunakan.

Berita atau beritahu disebut 'Haba'dari perkataan 'khabar'.

'Tina' digunakan bagi jantina perempuan atau betina. Tiada beza untuk manusia atau haiwan. Keduanya disebut 'tina'.

7) Sebutan huruf 'ia' ditengah hanya disebut 'ee'

Biar atau 'biarkan lah' disebut 'bee' ataupun 'bee gi'.
Biasa jadi 'beesa', biawak jadi 'beewak'.

Buruk amat jarang disebut. Lebih kepada istilah 'huduh'.
Biji juga jarang digunakan untuk penjodoh bilangan, sebiji durian misalnya disebut 'sebutir durian'.Share
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...