Thursday, December 27, 2012

"Isa Samad" Di Rotan? Himpuan Oren Selamatkan Felda :

is 2012

KUALA LUMPUR: 2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.

Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.
Share

Biadap: Terbit kalendar 2013 hina hukum hudud




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan pengeluaran dan penerbitan kalendar 2013 yang cukup jelas menghina agama Islam iaitu hukum hudud.


Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, penerbitan kalendar 2013 di dalam dwibahasa, Cina dan Inggeris, ini secara jelas sebagai satu mesej untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud yang tidak ada kena mengena langsung dengan masyarakat bukan Islam.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras.

“Tindakan ini juga sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan biadap itu ditaja oleh parti perkauman Cina terbesar di Malaysia yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan yang memerintah Malaysia ini kerana selama inipun presiden parti tersebut cukup kuat memusuhi agama Islam dan hukum Islam.

Menruutnya, cukup jelas tindakan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini,” ujarnya.

Tambahnya, Pemuda PAS Selangor turut mendesak dan menuntut supaya semua pihak yang bertanggungjawab di atas pembiayaan, penerbitan, pengeluaran dan pengedaran kalendar itu untuk tampil memohon maaf secara terbuka kerana menghina agama Islam dan menarik semula kalendar ini daripada pasaran.
Share

Awas ! BN Kedah Merbahaya


Share

Tuesday, December 25, 2012

Terbukti ini adalah fitnah jahat budak UMNO Naka



UMNO dan FITNAH ibarat GARAM dan MASIN!


Aktivis UMNO Pekan Naka @ Wan Suhaizi Wan Senu

Share

Sunday, December 23, 2012

Sinar Harian:Pengarah Perhutanan Kedah Jawab Isu Balak Di Pedu

Bukan salah Kerajaan Negeri Kedah

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI24 Disember 2012

ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menolak projek penebangan hutan di Kedah seperti yang didakwa oleh media, baru-baru ini.Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan projek penebangan hutan di Kedah, sebaliknya hanya menolak sekiranya pembangunan di tanah tersebut.

Ku Azmi berkata, pihaknya juga tidak bersetuju sekiranya kawasan tersebut dibangunkan  dengan perladangan.“Pembalakan bukan satu isu yang besar kerana perkara ini sudah diluluskan pihak kita, termasuk juga Exco Kerajaan Negeri. Ia meliputi secara menyeluruh dan bukan tertumpu hanya pada satu tempat.“Ia juga sebenarnya tidak akan merosakkan kawasan perhutanan dan tidak akan mengakibatkan banjir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ku Azmi turut menegaskan bahawa, ia bukan salah Kerajaan Negeri sekiranya berlaku sebarang ancaman bencana alam, sebaliknya salah pemaju kerana tidak patuhi arahan yang digariskan.“Memang ada kebenaran yang diberikan Exco Kerajaan Negeri. Dalam hal ini Kerajaan Negeri tidak salah, mereka hanya meluluskan projek.“Kalau ada pihak yang nak menyaman, saman pemaju sebab mereka tidak ikut garis panduan. Ini semua hanya agenda pihak tertentu untuk memutar belitkan berita sebab pilihan raya umum kian hampir.

 Mereka saja buat isu.“Kenapa harus salahkan Kerajaan Negeri sahaja dengan projek penebangan hutan.“Kalau nak cari isu projek penebangan hutan banyak lagi ada contohnya Felda, dan Felcra.

Kenapa tidak kepada mereka,” katanya.Terdahulu, sebuah akhbar harian melaporkan, Kerajaan Pas Kedah tetap meneruskan projek penebangan hutan di negeri itu, walaupun rancangan tersebut ditolak oleh Jabatan Perhutanan negeri.Ku Azmi, pendirian itu dinyatakan Jabatan Perhutanan Kedah semasa mesyuarat bersama Exco Kerajaan Negeri dan agensi berkenaan adalah penasihat rancangan pembangShare

Kebanggaan Rakyat Kedah


Share

Ceramah Panas Hari Ini 24 Dis Di Tandop Besar Naka


Share

Pembohongan TV3 : Sekolah Agama Rakyat Di Kedah Tidak Dibantu Kerajaan Negeri?


Monday, December 24, 2012 / Kedah La




Oleh: Hafeez Azimi

Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS.

Untuk makluman seluruh rakyat 1Malaysia, Sekolah Agama Taufikiah Padang Lumat pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88 sen (seratus sembilan puluh enam ribu, tujuh ratus empat puluh lapan dan sen lapan puluh lapan) setahun.



Di Kedah, selain dari Maktab Mahmud (milik penuh kerajaan negeri) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) terdapat 62 institusi yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah Islam, Maahad Tahfiz dan pondok. Mereka ini bergabung dalam badan yang dinamakan Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA). Di zaman BN memerintah Kedah dahulu, sebahagian besar dari institusi tersebut tidak pernah menerima walau satu sen pun dari kerajaan negeri. Hakni baru betul... 1 sen pun tak terima!

Namun di bawah pentadbiran PAS/Pakatan Rakyat, daripada 2008 hingga 2012; kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM3.58 juta kepada kesemua institusi yang bergabung di bawah SAR tersebut. 



Jika ada pihak mendakwa SAR (sekolah rendah/menengah Islam, tahfiz, pondok) tidak pernah terima satu senpun dari kerajaan negeri maka itu PEMBOHONG BESARnamanya... adapun bohong/fitnah itu tidak layak dibuat oleh orang Islam. Ia menjadi Rukun Nombor 1 kepada sebuah pertubuhan politik yang mengambil syaitan dikenali sebagai rakan.

Ingat tak tahun lepas, PM Najib umum nak beri bantuan RM100 seorang kepada setiap pelajar sekolah. Tapi janji itu tak ditepati kerana eramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Pusat BN (yang ni tak masuk TV3). Kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM504,800 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh BN Pusat itu.
Itu baru cerita SAR yang bukan milik kerajaan negeri, kerajaan negeri hanya membantu. Kalau yang menjadi milik penuh kerajaan negeri iaitu Maktab Mahmud yang terdapat di setiap daerah, kecuali Kubang Pasu, peruntukannya adalah seperti berikut:

2009 – RM26.5 juta

2010 – RM28.5 juta

2011 – RM30 juta

2012 – RM34.5 juta


Share

Pembohongan Media UMNO Isu Pembalakan Di Pedu

Utusan Melaporkan :

Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusex Meloya 22 Disember 2012. Pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Memang musykil jugaklah macam mana pengarah hutan boleh menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.

Abih tu kenyataan sebenar Pengarah Perhutanan Kedah macam mana. Ini dia surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatanganinya sendiri. Adakah dokumen ini akan disiarkan oleh Utusex Meloya? Mustahil!
















Kredit To Kedah La
Share

Friday, December 7, 2012

Isu STDC: Pemuda PAS Padang Terap lapor polis

Harakahdaily, 07 Dis 2012 PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno. Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin. Dalam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno. Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta. Selain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64. Duit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150. Selain itu duit turut digunakan untuk: 1) Membeli kemeja T dan wang saguhati kepada aktiviti konvoi Pemuda Umno padang Terap sbeanyak RM4 ribu. 2) Meberi sumbangan RM5 ribu kepada Umno Cawangan Padang Kerasak 3) Menaja kalendar Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak RM8 ribu 4) Pemasangan billboard mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu 5) Sebanyak RM10 ribu dikeluarkan untuk membiayai lawatan sambil belajar Pemuda Umno KEdah 6) Lawatan sambil belajar Puteri Umno Kedah sebanyak RM5 ribu 7) Menyumbang sebanyak RM200 ribu kepada Umno negeri 8) Membayar sewa khemah dan meja untuk mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu 9) Membeli tudung untuk Puteri Umno RM20 ribu 10) Membayar sebanyak RM21,700 untuk tujuan makan minum mesyuarat Umno Padang Terap Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...