Salam sejahtera..
Pedu.. hasil persempadanan semula telah memberikan seorang ADUN kepada penduduk .. jika sebelumnya hanya ada seorang MP dan ADUN di Padang Terap tetapi persempadanan itu membolehkan dua ADUN wujud iaitu Pedu dan Kuala Nerang (KN)..Melihat kepada KN .. pembangunan fizikal sedang rancak dijalankan.. dengan projek perumahan juga perkembangan pekan KN sendiri yang bakal memilik terminal bas sedikit canggih berbanding sebelumnya.. KN juga telah mempunyai Kolej MARA bagi menjana daya beli dan merangsangkan pertumbuhan ekonomi penduduk sekitarnya.. dengan kata lain ..adanya manusia maka akan bermulalah perkembangan ekonomi setempat..Berlainan pula dengan PEDU..biarpun namanya ADUN Pedu tetapi pembngunan banyak tertumpu kepada pekan Naka yang juga termasuk dalam persempadanan DUN Pedu.. hasilnya rakyat Pedu masih gitu-gitu biarpun telah bertukar kepimpinan ..sebelumnya Pedu diwakili UMNO ..1999 oleh PAS ..2004 hingga 2008 oleh UMNO.. gelombang reformasi dilihat turut memberi kesan kepada penduduk di Pedu... namun kehadiran Mahadzir Khalid selaku orang kuat PM yang di bawa khas oleh Ghazali Ibrahim untuk diperkenalkan kepada rakyat Pedu telah menyebabkan perubahan kembali kepimpinan kepada UMNO tahun 2004..
Analisis umum mendapati Padang Terap dengan kedua-dua ADUNnya merupakan kubu kuat BN.. perpecahan ADUN itu untuk membolehkan BN terus berkuasa di Kedah.. keadaan ini turut dibuktikan dengan kemenangan kedua-dua DUN UMNO di Pedu dan Kuala Nerang..Kemenangan MP Pas pula dilihat banyak dibantu oleh 'salam berkait' penyokong dan ahli UMNO pada hari-hari sebelum pilihanraya dan hari pilihanraya.. penolakan ahli UMNO kepada Ghazalii Ibrahim telah membenihkan 'salam berkait' yang bermaksud satu untuk UMNO dan satu untuk PAS.. ADUN untuk UMNO dan MP untuk PAS..ketika itu ..tiada yang berupaya untuk menduga PAS akan mengambilalih negeri .. dengan kata lain .. ramai pengikut UMNO berpendirian ..kat parlimen kita ramai ..tak pa bagi kat PAS padan muka ..sapa suruh letak Ghazali.. kat ADUN kita ambik..kita kuasai kerajaan negeri..'salam berkait' ini kemudian diterjemahkan keseluruh PT dan hasilnya dua ADUN BN menang dan MP Pas berjaya mengalahkan Ghazali.. sokongan ahli UMNO ini dapat dibuktikan dengan menjumlahkan undi yang diperolehi Mahadzir Khalid dan Syed Sobri.. sekiranya undi keduanya dijumlahkan ..amat pasti sekiranya ahli UMNO tidak 'salam berkait', calon PAS mungkin tidak akan ke Parlimen.. namun ..mungkin juga salam berkait itu merupakan asbab kepada kemenangan calon PAS .. tersirat dalam perancangan besar Allah s.w.t.Namun, penulisan ini bukan untuk menghurai isu yang telah lalu itu. Cumanya.. penulis ingin membawa perhatian umum terutama pemimpin PR di Kedah amnya dan PT serta Pedu khususnya..agar tidak dibuai mimpi indah .. ohoohhh kita menang kerana rakyat telah mula mengalih arah menyokong kita..hasil kerja kuat kita rakyat mula sedar untuk tidak memilih UMNO lagi.. dan pasti pada PRU 13 nanti kita tetap akan menang..Berbicara soal Pedu.. Mahadzir Khalid (MK) sebagai bekas MB sebenarnya mempunyai peruntukan yang cukup banyak ..ditambah pula sebelumnya beliau merupakan Ketua Perhubungan UMNO (KPU) negeri .. KPU baru juga pastinya akan menyalurkan bantuan melalui beliau ..Namun, MK gagal untuk membawa sebarang pembangunan kepada Pedu..walaupun dia mewakili Pedu dan orang Pedulah yang menaikkan beliau sehingga menjadi MB.. mengapa bekas YB Latif dikorbankan dan Ghazali ditarik ke Parlimen untuk membuka laluan kepada beliau .. ini kerana Pedu merupakan kawasan putih bagi UMNO satu ketika.. kawasan yang kebanyakan dihuni oleh peneroka asal Pedu.. warga emas yang hidup dan matinya hanya untuk UMNO.. kerat-kerat pemuda yang ada kurang mampu untuk menggoncang kedudukan UMNO sementara kebanyakan yang lain telah ditarbiyah bahawa perjuangan sebenar membela agama bangsa dan negara hanyalah UMNO.. ramai pemuda yang berjiwa besar, terdedah kepada aliran maklumat yang pelbagai dan terbuka dalam pergerakan politik semasa berada di luar .. sama ada diangkut keluar untuk bekerja di SP, Penang atau Butterworth.. ini menyebabkan yang tinggal hanyalah totok UMNO (kebanyakannya)..mungkin atas strategi inilah maka Pedu tidak mahu dibangunkan..??? sekiranya Pedu dibangunkan maka lebih ramai pemuda berjiwa besar akan berkampung di laman sendiri tanpa perlu keluar (tidak bermakna yang tinggal tidak berjiwa besar).. ini membahayakan UMNO.. kerana mereka inilah yang akan melemah dan melumpuhkan UMNO dengan maklumat yang lebih tepat dan jitu..Pengalaman saya mengikuti mesyuarat UMNO cawangan dengan dirasmikan oleh mereka yang hanya bertaraf Bahagian .. telah menunjukkan bagaimana penduduk kampung telah ditipu hidup-hidup... isu yang disampaikan sama sebiji dengan Buletin Utama dengan tokok tambah emosi sebagai penyedap rasa.. mereka yang mendengar terangguk kepala sambil pekena kopi O.. tanpa ada sesiapa yang sanggup menyanggah..Dengan itu, strategi untuk tidak membangunkan Pedu sebenarnya telah memenangkan UMNO sekian lama.. sehubungan itu, adalah wajar bagi PR untuk menghadapi PRU13 nanti ..bangunkan Pedu !!! kembalikan anak-anak muda yang berhijrah ke bandar dan negeri lain mencari rezeki di laman sendiri..Walaupun, Pedu kini diwakili oleh UMNO (MK) tetapi tidak harus pembangunannya dilupakan begitu sahaja.. MP harus segera merancang pembangunan Pedu.. MB juga harus tidak memandang sebelah mata hanya kerana diADUNkan oleh UMNO..Banyak yang boleh dilakukan bagi memajukan Pedu ..fizikal dan spiritual .. antara cadangan tercepat yang boleh memajukan Pedu dalam masa kurang lima tahun (tempoh pilihanraya) adalah dengan memperbanyakkan kuasa beli dalam Pedu.. memperbanyakan kuasa beli membolehkan penduduk Pedu menjual hasil tanaman mereka .. mengusahakan tanah dengan lebih produktif, mengoptimumkan kegunaan tanah dan proses jual beli produk menjadi lebih rancak.....Ok nanti sambung lagi part 2..... macamana nak rancakkan ekonomi kat Pedu nie....
ADMIN - KedahLaNie TIME - 5:41 PM
Labels: Kuala Nerang, Pedu, Penulis Tamu - IbnuhassanShare