Monday, January 11, 2010

LENSA- Sukarelawan Pemuda PAS













BERITA DARIPADA http://dppnkedah.blogspot.com

Himpunan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah telah sempurna dilancarkan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu. Majlis yang diadakan pada 9 Jan 2010 bertempat di Markaz PAS Pekan Kodiang telah berjaya menghimpun 1500 orang pemuda PAS seluruh Kedah. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta dari jam 9.00 pagi tamat jam 1.30 petang. Antara pimpinan yang berucap ialah Ust Azman Shafawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Ahmad Yahya, ketua Pemuda PAS Kedah, YB Ust Izzat Shauki, Pengarah Program, Ust Abu Kassim Abdullah, Pengerusi Tetap PAS. Bacaan Ikrar oleh Sukarelawan Pemuda PAS Kedah telah diketuai oleh Ust Osman Abd Hamid, Ketua Pemuda PAS Kawasan Baling. Sementara sebagai gimik pelancaran Hj Mohaamd Sabu telah menyerahkan streamer kempen Sukarelawan Pemuda PAS kepada semua wakil DPP Kawasan. Selepas jamuan tengahari semua sukarelawan telah dihantar ke 17 UPU dalam DUN Kota Siputeh untuk mengedar risalah penerangan Kerajaan negeri Kedah.

Selain sukarelawan yang hadir, orang ramai juga turut memenuhi tempat program bagi mendengar ucapan pimpinan PAS. Semoga dengan program ini akan menyemarakkan semangat Pemuda PAS Kedah untuk mempertahan kemenangan.BERITA DARIPADA http://dppnkedah.blogspot.comShare

"Orang Muda Geng Kita"








Mengambil tema "Orang Muda Geng Kita" , Dewan Pemuda PAS Padang Terap telah mengambil inisiatif mengaktifkan pemuda dengan melancarkan Program Santai BBQ bersama Pemuda peringkat UPU.Program yang bermatlamat menghidupkan cawangan pemuda dan menyemarakkan kekuatan ukhwah dikalangan pemuda serta menarik anak - anak muda daerah Padang Terap ini dilancarkan di UPU Berlukar Luas pada 7 Jan 2010.4 cawangan pemuda telah terlibat dibawah UPU terbabit.Hampir 200 orang telah memeriahkan majlis yang penuh santai dan berukhwah itu. Program ini akan berterusan setiapm minggu sehingga Julai 2010 dengan melibatkan semua UPU di Parlimen padang Terap.Share

KONVOI PEMUDA PADANG TERAP








31 Disember 2009 yang lepas Dewan Pemuda PAS Padang Terap telah berjaya menghimpunkan hampir 100 orang pemuda daripada daerah Padang Terap untuk berkonvoi mengiringi Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sempena cermaha beliau pada malam tersebut.Konvoi yang bermula daripada Muassasah Darul Ulum menghala ke Naka itu bermula jam 5 petang.
Turut bersama menyertai konvoi dan memberi sokongan ialah Ketua Dewan Pemuda Kedah Ustaz Ahmad Bin Yahya.Dalam ucapanya beliau mahu pemuda pemuda bersedia mempertahankan kemenangan dan mengembeleng tenaga dalam menggerakkan usaha mempertahankan ukhwah dan kemenangan di PR di Kedah kerana sokongan dan dokongan anak muda adalah teras kekuatan sesebuah jamaah.
YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria yang turut menaiki motorsikal kelihatan sangat bersemangat bersama pemuda pemuda berkonvoi hingga ke Markas MTD Naka.
Diakhir destinasi para peserta dihidangkan bukan setakan makanan dan minuman bahkan hidangan rohani iaitu penyampian kuliah oleh Dato Tuan IBrahim Tuan Man.Selepas solat insyak semua peserta konvoi bergerak ke Kompleks PAS Padang Terap bersama Naib Presiden PAS untuk program ceramah.Share

Wednesday, December 23, 2009

Sunday, December 20, 2009

Konvensyen Bloggers PAS 2009-Blog tidak akan mati-Abu Hassan

www.harakahdaily.net


KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.

Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

"Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

(Gambar: Antara peserta muslimat yang turut meyertai konvensyen blogger)

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...