Bukan salah Kerajaan Negeri Kedah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI24 Disember 2012
ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menolak projek penebangan hutan di Kedah seperti yang didakwa oleh media, baru-baru ini.Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan projek penebangan hutan di Kedah, sebaliknya hanya menolak sekiranya pembangunan di tanah tersebut.
Ku Azmi berkata, pihaknya juga tidak bersetuju sekiranya kawasan tersebut dibangunkan dengan perladangan.“Pembalakan bukan satu isu yang besar kerana perkara ini sudah diluluskan pihak kita, termasuk juga Exco Kerajaan Negeri. Ia meliputi secara menyeluruh dan bukan tertumpu hanya pada satu tempat.“Ia juga sebenarnya tidak akan merosakkan kawasan perhutanan dan tidak akan mengakibatkan banjir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Ku Azmi turut menegaskan bahawa, ia bukan salah Kerajaan Negeri sekiranya berlaku sebarang ancaman bencana alam, sebaliknya salah pemaju kerana tidak patuhi arahan yang digariskan.“Memang ada kebenaran yang diberikan Exco Kerajaan Negeri. Dalam hal ini Kerajaan Negeri tidak salah, mereka hanya meluluskan projek.“Kalau ada pihak yang nak menyaman, saman pemaju sebab mereka tidak ikut garis panduan. Ini semua hanya agenda pihak tertentu untuk memutar belitkan berita sebab pilihan raya umum kian hampir.
Mereka saja buat isu.“Kenapa harus salahkan Kerajaan Negeri sahaja dengan projek penebangan hutan.“Kalau nak cari isu projek penebangan hutan banyak lagi ada contohnya Felda, dan Felcra.
Kenapa tidak kepada mereka,” katanya.Terdahulu, sebuah akhbar harian melaporkan, Kerajaan Pas Kedah tetap meneruskan projek penebangan hutan di negeri itu, walaupun rancangan tersebut ditolak oleh Jabatan Perhutanan negeri.Ku Azmi, pendirian itu dinyatakan Jabatan Perhutanan Kedah semasa mesyuarat bersama Exco Kerajaan Negeri dan agensi berkenaan adalah penasihat rancangan pembangShare
Sunday, December 23, 2012
Pembohongan TV3 : Sekolah Agama Rakyat Di Kedah Tidak Dibantu Kerajaan Negeri?
Monday, December 24, 2012 / Kedah La

Oleh: Hafeez Azimi
Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS.
Untuk makluman seluruh rakyat 1Malaysia, Sekolah Agama Taufikiah Padang Lumat pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88 sen (seratus sembilan puluh enam ribu, tujuh ratus empat puluh lapan dan sen lapan puluh lapan) setahun.
Di Kedah, selain dari Maktab Mahmud (milik penuh kerajaan negeri) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) terdapat 62 institusi yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah Islam, Maahad Tahfiz dan pondok. Mereka ini bergabung dalam badan yang dinamakan Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA). Di zaman BN memerintah Kedah dahulu, sebahagian besar dari institusi tersebut tidak pernah menerima walau satu sen pun dari kerajaan negeri. Hakni baru betul... 1 sen pun tak terima!
Namun di bawah pentadbiran PAS/Pakatan Rakyat, daripada 2008 hingga 2012; kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM3.58 juta kepada kesemua institusi yang bergabung di bawah SAR tersebut.
Jika ada pihak mendakwa SAR (sekolah rendah/menengah Islam, tahfiz, pondok) tidak pernah terima satu senpun dari kerajaan negeri maka itu PEMBOHONG BESARnamanya... adapun bohong/fitnah itu tidak layak dibuat oleh orang Islam. Ia menjadi Rukun Nombor 1 kepada sebuah pertubuhan politik yang mengambil syaitan dikenali sebagai rakan.
Ingat tak tahun lepas, PM Najib umum nak beri bantuan RM100 seorang kepada setiap pelajar sekolah. Tapi janji itu tak ditepati kerana eramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Pusat BN (yang ni tak masuk TV3). Kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM504,800 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh BN Pusat itu.
Itu baru cerita SAR yang bukan milik kerajaan negeri, kerajaan negeri hanya membantu. Kalau yang menjadi milik penuh kerajaan negeri iaitu Maktab Mahmud yang terdapat di setiap daerah, kecuali Kubang Pasu, peruntukannya adalah seperti berikut:
2009 – RM26.5 juta
2010 – RM28.5 juta
2011 – RM30 juta
2012 – RM34.5 juta
Pembohongan Media UMNO Isu Pembalakan Di Pedu
Utusan Melaporkan :
Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:
"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."
Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusex Meloya 22 Disember 2012. Pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Memang musykil jugaklah macam mana pengarah hutan boleh menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.
Abih tu kenyataan sebenar Pengarah Perhutanan Kedah macam mana. Ini dia surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatanganinya sendiri. Adakah dokumen ini akan disiarkan oleh Utusex Meloya? Mustahil!
Share

Kredit To Kedah La
Friday, December 7, 2012
Isu STDC: Pemuda PAS Padang Terap lapor polis
Harakahdaily,
07 Dis 2012
PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno.
Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin.
Dalam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno.
Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta.
Selain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64.
Duit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150.
Selain itu duit turut digunakan untuk:
1) Membeli kemeja T dan wang saguhati kepada aktiviti konvoi Pemuda Umno padang Terap sbeanyak RM4 ribu.
2) Meberi sumbangan RM5 ribu kepada Umno Cawangan Padang Kerasak
3) Menaja kalendar Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak RM8 ribu
4) Pemasangan billboard mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu
5) Sebanyak RM10 ribu dikeluarkan untuk membiayai lawatan sambil belajar Pemuda Umno KEdah
6) Lawatan sambil belajar Puteri Umno Kedah sebanyak RM5 ribu
7) Menyumbang sebanyak RM200 ribu kepada Umno negeri
8) Membayar sewa khemah dan meja untuk mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu
9) Membeli tudung untuk Puteri Umno RM20 ribu
10) Membayar sebanyak RM21,700 untuk tujuan makan minum mesyuarat Umno Padang Terap
Share
Tuesday, October 16, 2012
Monday, October 15, 2012
Struktur semula subsidi IPP elak tarif elektrik naik
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membuat penstrukturan
semula subsidi yang diberikan kepada penjana tenaga bebas (IPP) untuk
mengelakkan berlakunya kenaikan kadar tarif elektrik.
Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria berkata, pemberian subsidi sebanyak RM19 billion kepada IPP itu perlu dilihat semula oleh kerajaan.
Malah katanya, melalui penswastaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjadi penyumbang wang tunai kepada IPP yang membuat keuntungan besar.
Akibat tekanan itu, katanya, TNB telah merayu kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif bagi mengatasi kedudukan kewangannya yang terjejas.
"Akhirnya, TNB akan menaikkan tarif elektrik di mana pengguna akan terus menjadi mangsa," katanya dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat.
Beliau turut membangkitkan soal pembahagian dan penghantaran tenaga yang dimonopoli oleh TNB perlu dipecahkan agar wujudnya persaingan bagi mengelakkan berlakunya kenaikan tarif elektrik sewenang-wenangnya.
"Pemonopolian perlu dipecahkan, supaya ada persaingan. Persaingan ini bukan sahaja ianya sihat yang penting dapat mengurangkan beban yang ditanggung pengguna akibat kenaikan tarif elektrik," katanya.
Sebelum itu dalam sesi soal jawab, Nasir mengemukakan soalan asal yang meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan tarif terkini elektrik untuk semua katagori pengguna dan bagaimana pelarasan tarif dilakukan oleh TNB dan nyatakan tahun pelarasan di lakukan. Share

Subscribe to:
Posts (Atom)