Wednesday, January 11, 2012

PERJUANGKAN HAK MAHASISWA


YB Ustaz Mohd Nasir Bin Zakaria, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menuntut kerajaan UMNO-BN bertindak menghapuskan serta merta Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).Share

Tuesday, January 10, 2012

Semoga Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipanjangkan usia.

  Di usia panjang ini saya kerja untuk agama - Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Jan: “Saya bekerja ni untuk itulah, untuk meluaskan bingkai agama, jadi melalui usia yang panjang inilah saya boleh melakukannya,” kata Tuann Guru Datuk Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily selepas majlis meraikan harijadi beliau ke 81 hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu hari ini begitu terkejut apabila majlis keraian diadakan untuknya sempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-81, yang jatuh pada 10 Januari semalam.
Mursyidul Am itu juga tidak menduga acara itu dibuat sedemikian rupa yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu padanya sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas menjamu selera sempena majlis keraian itu yang diadakan di pejabatynya hari ini.
Majlis itu diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini. Semalam Nik Aziz berpuasa tanda kesyukuran ekoran pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat.
“Saya hanya diberitahu oleh setiausaha saya hari ini ada jamuan, itu sahaja,”ujarnya sambil tersenyum ceria.

Menurutnya, beliau tidak pernah menyambut hari ulangtahunnya sendiri selama ini.

Tambahnya, hanya setiap hari beliau berdoa semoga usia yang diberikan Allah setiap hari itu dapat dimanfaatkan dengan baik khususnya untuk berdakwah semoga rakyat Kelantan termasuk Malaysia menggunakan Islam yang syumul, bukan hanya separuh sahaja.

Katanya, Islam separuh hanya disebarkan oleh orentalis barat seperti agama dan politik perkara yang berasingan yang akhirnya ditelan oleh umat Islam pelbagai bangsa di dunia ini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman, Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Turut meraikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Fauzi Che Mamat dan lain-lain pimpinan.
Share

Secebis Cerita Pendek OKU

Share

Tuesday, January 3, 2012

LIPUTAN TALIAN TELEFON MUDAH ALIH SERTA KEMUDAHAN WiFi PERCUMA DALAM KAWASAN DI PARLIMEN PADANG TERAP

PERNYATAAN MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BAGI MENJAWAB PERTANYAAN YANG BERHORMAT TUAN MOHD NASIR BIN ZAKARIA ( PARLIMEN PADANG TERAP )

Di bawah Program Time 3, sebanyak 17 menara baru yang terletak di Parlimen Padang Terap akan dibina. Dengan pembinaan menara-menara ini, kebanyakan kawasan tersebut dijangka akan dapat menikmati kemudahan telefon selular. Ia dijangka siap dilaksanakan menjelang penghujung suku keempat tahun 2012.

Projek Kampung Tanpa Wayar ( Kampung WiFi ) yang menyediakan kemudahan WiFi dengan caj yang minimum iaitu RM10 sebulan sedang dilaksanakan secara berperingkat di 3,100 kampung-kampung terpilih di seluruh negara sehingga penghujung tahun 2012.

Sebanyak 24 buah Kampung Tanpa Wayar ( Kampung WiFi ) telah siap dilaksanakan di kampung-kampung di sekitar Parlimen Padang Terap melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ( PPS ). Pemasangan WiFi di kampung-kampung tersebut adalah di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan penduduk seperti di dewan orang ramai, sekolah dan pusat kemasyarakatan bagi membolehkan kemudahan WiFi tersebut dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh masyarakat setempat.Share

2 Ceramah Hangat Awal Bulan Jan 2012 Di Padang Terap!





Share

Monday, January 2, 2012

Dewan Pemuda PAS Padang Terap Ucap Tahniah


Pihak Dewan Pemuda PAS Padang Terap melalui ketuanya Yang berhormat Ustaz Nasir Zakaria merakamkan tahniah atas usaha yang tepat oleh Kerajaan Negeri Kedah. Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri mengharapkan lebih banyak programyang langsung ke sasaran akan diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Dato Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak.Share

Sunday, January 1, 2012

Suka Duka Kejohanan Motocross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah

















Share

Kemeriahan Kejohanan Motocross Peringkat Negeri Kedah Ambang 2012 Pada Hari Kedua.

Ketibaan Exco Pelancongan Negeri Kedah, Yb S. Manikumar di Tapak Kejohanan Motocross.

 Kanak-kanak turut tidak melepaskan peluang untuk menonton Perlumbaan Motocross

 Aksi lompatan seorang peserta kategori Expert.
 Peserta tunggal wanita Kejohanan motocross.
 Peserta Kejohanan sedang mendengar ucapan daripada Yb Nasir dan Yb S. Manikumar pada majlis perasmian penutupan Motocross.
 Yb Ust Nasir menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian penutupan Motocross.
 Yb S. Manikumar semasa menyampaikan ucapan perasmian penutup Kejohanan tersebut. 
 Peserta Kejohanan mengambil tempat masing-masing untuk memulakan perlumbaan.
 Yb S. Manikumar mengibarkan bendera sewaktu melepaskan peserta perlumbaan tersebut.
 Aksi lompatan peserta Motocross.
Sempat bergambar berlatar belakang lompatan peserta Kejohanan Motocross.
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...