Monday, September 19, 2011

HIMPUNAN AIDILFITRI BERSAMA BAKAL CENDIAKIAWAN HARAPAN BANGSA







Buat tahun ketiga berturut-turut, ratusan mahasiswa diraikan dalam perjumpaan 'Idul Fitri bersama kepemimpinan Dewan Pemuda dan YB Ustaz Nasir Zakaria. Perjumpaan peringkat parlimen Padang Terap ini biasanya diisi dengan Pengucapan Awam Perdana oleh YB Ustaz serta dialog terbuka dengan para mahasiswa. Ia berkisar tentang idea-idea baru, perkembangan politik mahasiswa, nasional dan antarabangsa. Polemik-polemik akedemia serta harapan YB Ustaz yang ingin melihat anak Padang Terap meneroka bidang-bidang baru serta menguasai segala ilmu ditekankan di dalam Ucapan Perdana beliau. Kritis, peka dan responsif kepada perkembangan semasa serta penyertaan di dalam program-program kemasyarakatan khususnya di Padang Terap adalah antara tema penting di dalam perjumpaan dengan mahasiswa. Perkongsian pengalaman YB Ustaz yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa peringkat nasional juga disampaikan. Terima Kasih Mahasiswa. Hidup Mahasiswa.Share

Saturday, September 17, 2011

Jamuan Hari Raya Bersama Geng Muda Bukit Tembaga Selatan



Bestnya. Geng muda Kg Bukit Tembaga Selatan memang sempoi. Sambil belah lemang dan makan laksa serta pelbagai juadah bikinan sendiri anak-anak muda. Tahniah anak muda. Boleh jadi contoh kepada yang lain..Share

MANSUH ISA: SYABAS DAN TAHNIAH PEMUDA UMNO


Tiadalah manusia yang bertamadun di dalam dunia yang rela diri mereka dizalimi, dihina, dikurung, ditangkap, ditahan tanpa bicara, tidak boleh diwakili peguam dan diperlakukan sesukanhatinoleh orang lain. Itulah yang berlakundengan wujudnya akta zallim seumpama Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Pernah dalam perbahasan di Dewan Rakyat, bermati-matian ahli parlimen Barisan Nasional mempertahankan akta lapuk dan zalim itu. Sebahagian ahli parlimen itu berhujah, semua tahanan akta zalim itu ada sebabnya termasuklah tahanan itu melakukan kesalahan. Termasuklah yang berhujah itu ialah ahli parlimen Pasir Salak yang pernah ditahan.

Apabila pimpinan pembangkang termasuk Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar menjawab, bahawa beliau bersetuju bahawa sekiranya seseorang yang ditahan dibuktikan bersalah, dibawa ke mahkamah, tetapi beliau tidak dibuktikan bersalah atau diberitahu, jadi kenapa beliau ditahan? Kenapa tidak dibicara di mahkamah terbuka? Terduduk ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Seingat saya, Datuk Zaid Ibrahim bekas Menteri meletak jawatan akibat penentangan beliau terhadap akta itu yang pada ketika itu dipertahan habis-habidan oleh pemimpin tukang angguk Barisan Nasional.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah Saudara Badrol Hisham Hashim di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 17 haribulan September 2011 berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah atas pengakuan yang berani dan jujur beliau mewakili kepemimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah. Beliau secara tidak langsung mengakui beberapa perkara.

1. Akta itu tidak demokratik, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ketika akta ini yang bertujuan mengekang pergerakan komunis dan unsur-unsur subversif, kebanyakan kepemimpinan UMNO pertahankan habis-habisan. Namun, mereka cepat-cepat menjustifikasikan semula apabila keputusan memansuhkan akta ini diumumkan.

2. Pemansuhan itu membuktikan bahawa selama hampir 50 tahun parti pemerintah sememangnya zalim. Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah yang mengatakan bahawa pemansuhan akta itu "demi memastikan amalan demokrasi yang lebih telus dan terbuka dapat dilaksanakan di negara ini" membuktikan kezaliman parti pemerintah. Saya mengalukan pengakuan ikhlas daripada saudara ketua pemuda UMNO Kedah. Demokrasi yang tempang itulah yang menyelamatkan UMNO.

3. Pengakuan beliau "rakyat negara ini juga tidak harus terburu-buru membuat spekulasi negatif terhadap langkah pemansuhan ISA dan pemindaan beberapa akta kerana keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat". Saya ingin persoalkan kenyataan ini, adakah beliau memperakui bahawa dengan hampir 50 tahun berjalannya akta ini menunjukkan parti pemerintah tidak mengambil kira kepentingan rakyat? Setelah beribu-ribu mangsa dizalimi, puluhan ribu ahli keluarga yang dihina, anak-anak yang membesar tanpa bapa di sisi, isteri yang menjadi janda bercerai-berai akibat kesalahan yang tidak dibuktikan, saya gembira apabila mendengar pengakuan ikhlas pemimpin UMNO.

4. Soal bahawa pemansuhan akta ini tiada kena mengena dengan desakan pembangkang adalah satu kenyataan yang menghina keputusan yang dibuat oleh rakyat memilih pemimpin. Saya dan rakan-rakan ahli dewan rakyat secara konsisten membantah akta ini. Malah, kami berdepan dengan cemuhan dan sindiran. Malah saudara Ketua Pemuda UMNO sendiri pernah mempersoalkan perbahasan saya yang katanya membela tahanan ISA. Saya cadangkan bahawa beliau memetik ucapan saya diluar konteks dan menyalahertikan ucapan saya. Sedangkan pembelaan saya dalam ucapan saya ialah berkaitan dengan pembelaan kepada manusia yang dizalimi yang tidak dibuktikan secara proses perundangan.

5. Apapun saya percaya, ketakutan kepada janji Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga menyebabkan Barisan Nasional menjadi hilang punca. Respon kerajaaan Barisan Nasional antara lain ialah menghapuskan akta-akta zalim

Apapun sekali lagi tahniah atas keberanian dan kelantangan saudara.

Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap
Share

Thursday, September 15, 2011

Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis PadangTerap





Gambar ketika Yb Nasir menghadiri Majlis Rumah Terbuka IPD Padang Terap. Turut hadir ialah beberapa Ahli Majlis Daerah Padang Terap. Kelihatan dalam gambar Adun Kuala Nerang, Yb Dato' Syed Sobri...Share

Tuesday, September 13, 2011

50 Ahli PAS Sertai UMNO Di Padang Terap: UMNO Gagal Buktikan




Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno.Sila Rujuk : Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap.. GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut. Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13. Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y. Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv di sembah sebagai sumber utama berita.

Ada beberapa teori kegagalan :


1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong


2.Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis. Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..? Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap. Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan.

4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd. Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku". Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini.

6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya.

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang TerapShare

Rumah Terbuka di Tualak

Kelihatan kaum muslimat sedang menjamu selera di majlis hari raya tersebut.

Kaum muslimin mengambil juadah raya pada jamuan tersebut

Kaum hawa mengambil juadah untuk disantap.


Mengadakan tahlil dan doa yang diketuai sendiri oleh Yb. Nasir.

Bersama Ust Azam setiausaha PAS Kawasan, beramah mesra dengan para hadirin.

Gambar diambil semasa Rumah Terbuka Pengarah MTD Kuala Nerang yang juga setiausaha Pas Kawasan pada 2 September 2011. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Yb. Nasir Zakaria, Pengarah MTD Pedu, Saudara Shukri Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Padang Terap, En.Abd Gafar Yahaya, Ahli-ahli Majlis Padang Terap, dan Pimpinan Pas dari semua peringkat. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua hadirin.
Share

Friday, September 9, 2011

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP : ISU 50 AHLI PAS LOMPAT PARTI DI PADANG TERAP PROTES MOHAMAD SABU , UMNO MENIPU

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.


2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.
2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.
3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.
4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.
5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00


Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)


YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP

AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.
Share

Wednesday, September 7, 2011

gambar ketika mengedar buletin di bazar raya kuala nerang





Menyantuni anak muda.Share

gambar-gambar program sumbangan raya padang terap

kenderaan untuk membawa barang sumbangan ke destinasi

Tempat penerima sumbangan berkumpul.lokasi UPU Tandop Besar

Barang-barang untuk disumbangkan.

Menyampaikan sedikit ucapan sebelum memberikan sumbangan

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...