Share
Tuesday, August 9, 2011
- Gambar Ust Azman Syafawi ketika makan sebelum berceramah di Pedu.
- Gambar Pengarah MTD Pedu.. En.Shukri Abdullah
Program bersama JKJR
Pada 21 Mei 2011 yang lalu, YB Nasir Zakaria telah menyertai Program JKJR yang diadakan di Pekan Kuala Nerang. Didalam program tersebut, peserta turut mengedarkan risalah tentang Keselamatan Jalan Raya kepada orang ramai. Dalam ucapan perasmian program tersebut, YB Nasir berharap supaya orang ramai sedar dan mengambil berat tentang keselamatan di jalan raya. Beliau juga mengingatkan kepada para pelajar sekolah supaya tidak mengabaikan aspek-aspek keselamatan diri di jalan raya kerana golongan pelajar selalu mengambil mudah semasa di jalan raya.
Share
pemuda pas padang terap
Program Himpunan 2000 Anak Muda Padang Terap pada 2 Julai lalu yang dihadiri oleh YB Tuan Haji Salahuddin Ayub turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa tokoh anak muda iaitu Saudara Radzi Md Din, bekas pemain bola sepak Kedah dan Saudara Yasir bin Said, bekas Juara Cup-Prix Asia. Dalam program tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Komposer Paklong yang popular dengan nyanyian Selagi Ada Rindu. Pihak penganjur mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakannya.
Wednesday, July 13, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap Di Puncak Janing Berjaya Walaupun Ada Halangan

Program anjuran Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan itu adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Bagaimanapun, ia sedikit terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya dipercayai ada kaitan dengan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Setiap motosikal dan kereta peserta digeledah pihak polis bagi mencari sebarang bahan yang ada kaitan dengan Bersih.
Namun polis gagal menemui sebarang benda yang berkaitan dan tidak ada seorang pun ditahan dalam sekatan tersebut.
Sekatan itu juga menyebabkan lebih separuh dari peserta terpaksa berpatah balik.
"Mungkin cari barang yang berkaitan bersih. Ada maklumat bahawa ada pihak ketiga buat laporan ada sepanduk dan poster bersih. Sedangkan tiada rampasan," kata Nasir yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beberapa tokoh anak muda turut dipanggil termasuk Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tokoh indusitri muzik Pak Long (Selagi Ada Rindu), tokoh sukan bolasepak Radhi Mat Din (bekas pemain bola kebangsaan) dan tokoh sukan motor Yasir Said (bekas juara Cub Prix Asia).
Bagi meraikan kehadiran ribuan anak muda itu, seekor kerbau turut ditumbangkan.
Perseta diraikan dengan konvoi terbesar dalam sejarah Padang Terap yang dipimpin oleh Yasir dan Radhi dan Salahudin.
Mereka dikawal dengan kehadiran 20 marshal dengan motorsikal berkuasa besar mewakili KTM Owners Club Malaysia.
Himpunan itu turut disifatkan menjangkaui sasaran biarpun separuh dari mereka berpatah balik.--harakahdailyShare
Friday, July 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

