Saturday, September 29, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Laporan Polis Isu Hina Pemimpin PR
Lagi laporan hina pemimpin PR
ROSLINDA HASHIM-SNAR HARIAN
12 September 2012
Mohd Nasir (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat.
KUALA NERANG - Pemuda Pas Padang Terap membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang disebarkan di Internet, mempamerkan aksi dua pemuda sedang melalukan perbuatan tidak senonoh pada gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicetak pada kain rentang.
Laporan polis itu dibuat Ah;i Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat, Azman Shafawi Abdul Rani di Balai Polis Kuala Nerang, pagi semalam.
Mohd Nasir berkata, laporan polis itu dibuat ekoran tindakan melampau yang juga suatu penghinaan terhadap pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat (PR).
“Saya kesal terhadap insiden yang berlaku, perlakuan tidak senonoh pada gambar pemimpin adalah satu perbuatan yang keji,” katanya.
Menurutnya, perbuatan tidak bermoral itu bukan ajaran Islam dan pihak berkuasa perlu bertindak adil kepada semua pihak yang terlibat.
“Saya harap polis akan bertindak secara profesional dengan tidak membuat siasatan secara terpilih untuk kes-kes tertentu sahaja,” katanya.
Azman Shafawi berkata, walaupun berlainan ideologi politik adalah biadab dan kurang ajar.
“Kami menuntut pihak polis mengotakan janji bahawa polis akan bertindak sekiranya ada laporan. Sebelum ini polis menyatakan tindakan diambil terhadap individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terdapat laporan,” katanya.
Kegagalan Besar Projek Kendalian Kerajaan BN Di Padang Terap
PANASS DI PADANG TERAP ! ...
Projek Kerajaan BN Bernilai RM 23 Juta Di Padang Terap Gagal..Mengakibatkan Kerugian Kepada Hampir 800 Petani Kerugian.Setakat Ni Kita Belum Jumpa Respon Daripada Pengerusi MADA Dato Seri Mahdzir Khalid Dalam Isu Ni.Masih Banyak Projek Gagal Di Sini.
Mengapakah Projek Sebesar Ini Gagal?? Siapakah Kontraktor Yang DIlantik?
Link Video Luahan Hati Penduduk http://youtu.be/4lK4s7S36ZY
Tentang Projek http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
Share
Projek Kerajaan BN Bernilai RM 23 Juta Di Padang Terap Gagal..Mengakibatkan Kerugian Kepada Hampir 800 Petani Kerugian.Setakat Ni Kita Belum Jumpa Respon Daripada Pengerusi MADA Dato Seri Mahdzir Khalid Dalam Isu Ni.Masih Banyak Projek Gagal Di Sini.
Mengapakah Projek Sebesar Ini Gagal?? Siapakah Kontraktor Yang DIlantik?
Link Video Luahan Hati Penduduk http://youtu.be/
Tentang Projek http://www.utusan.com.my/
Cerita Kegagalan Projek http://my.news.yahoo.com/kontraktor-projek-sistem-pengairan-berpusat-kg-bukit-sena-104411191.html 

Share
Wednesday, September 5, 2012
Ribuan Manusia Di Ceramah Abby Abadi Di Padang Terap
Share
Monday, September 3, 2012
Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Padang Terap Berjaya Menghijau Di Kawasan Ketua Pembangkang DUN Kedah
Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS Sedang Menyampaikan Ceramahnya Di Pentas Ekspo |
Sebahagian Hadirin Yang Mendengar Ceramah Penerangan Di Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap |
Sebahagian Pengunjung Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap |
Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap Mengadakan Pertandingan Kerusi Berirama Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap |
![]() |
Salah Seorang Peserta Daripada Pelajar PASTI Sedang Menyampaikan Sajak Untuk Pertandingan Sempena Ekspo |
Pertandingan Karom Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap |
Sebahagian Peserta Konvoi Berada Di Depan Pentas Ekspo Untuk Sessi Bersama Selebriti |
Salah Seorang Peserta Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Padang Terap Menerima Hadiah Cabutan Bertuah Daripada Selebriti Hairi Othman |
Anak Muda Bergambar Bersama Pelakon Terkenal "Leftenan Adnan" |
Expo Hijau Merdeka Menuju Putrajaya Padang Terap Berjaya
Pekan Naka : Selama empat hari empat malam berturut-turut Pas Kawasan Padang Terap menganjurkan Expo Hijau Merdeka Menuju Putrajaya. Semangat sambutan idulfitri masih terasa panas, bermula 30 Ogos dan berakhir 2 September 2012 bertempat di Markas Besar Majls Tindakan DUN Pedu mendapat sambutan luarbiasa. Segenap lapisan masyarakat di lihat memberi sokongan kepada penganjuran ekspo ini.
30 Ogos, tapak ceramah mula dibanjiri pengunjung bagi mendengar ucapan Tamrin Ghafar anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang Timbalan Presiden Umno Tun Ghafar Baba berucap. Ucapan yang begitu baik diperkuatkan dengan kehadiran bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia Datok Fauzi Shaari. Beliau kelihatan sangat yakin tentang penyelesaian secara Islam terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat Malaysia. Program ceramah diakhiri dengan bacaan doa sempena merdeka disusuli dengan tembakan bunga api sempena 31 Ogos sambutan Kemerdekaan Negara.
31 Ogos. Program muslimat mengambil tempat dengan perasmian penutup oleh YB Siti Aishah Ghazali Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah. Malamnya Ceramah Perdana oleh Timbalan Presiden PAS Pusat. Tuan Haji Mohamad Sabu mengulas mengenai sejarah Merdeka dengan begitu mantap. Menepis segala tohmahan hanya Umno sahaja yang perjuangkan kemerdekaan dengan mengenepikan peranan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain. Lautan manusia membanjiri dataran juga mendengar ucapan Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg Petani yang menceritakan pengalaman beliau sebagai pemimpin Umno.
1 September. Hari Expresi Anak Muda mengambil tempat.Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Hijau Merdeka Menuju Putrajaya menggamit ratusan anak muda. i. Seterusnya tepat jam 3 petang, bertempat di Kompleks Pas Kawasan Padang Terap, Kg Barokhas Konvoi Terbesar Padang Terap bermula. Pemuda Kawasan Padang Terap hanya menyasarkan penyertaan 200 biji motor. Namun, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Hampir 700 motorsikal dianggarkan terlibat. Belum lagi termasuk kereta. Konvoi diketuai oleh 3 orang anak muda tempatan yang cukup terkenal iaitu Hairi Othman, Leman Raja Lawak dan Ketua Dewan Pemuda Pas Padang Terap yang juga Ahli Parlimen Padang Terap. Malamnya diisi dengan ceramah sulung Hairi Othman dan Leman Raja Lawak yang dihadiri oleh ribuan anak muda.
Walaupun selebriti seperti Leman Raja Lawak sering ditohmah dan di caci oleh UMNO terutama di dalam facebook , ianya tidak mematahkan semangat artis yang berhijrah ini untuk terus berusaha menumbangkan kezaliman. Niat yang ikhlas, nekad dan semangat artis ini terpancar pada ceramah ditempat beliau sendiri di Padang Terap sehingga menggamit hati para hadirin seterusnya menarik minat ahli UMNO menyertai PAS.
Selain itu , antara yang mengkagumkan khalayak ialah ceramah yang disampaikan oleh Hairi Othman pada malam tersebut mampu membuatkan ribuan hadirin yang mendengar tidak berganjak sedikit pun walaupun ceramah beliau melangkaui masa yang biasa di tetapkan iaitu berlarutan sehingga jam 12.30 pagi. Aura yang dimiliki beliau disamping hujah-hujah yang beliau sampaikan membuatkan hadirin seolah-olah terpukau.2 September. Malam kemuncak. Kemunculan ulamak terkenal yang juga Speaker DUN Kelantan , YB Ustaz Datuk Nasarudin Daud menggegarkan ribuan pengunjung. Hujah ilmiah berselang seli dengan Hadis dan ayat al-Quran menjelaskan ucapan Dr Mahathir "Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali" menjawab segala kekeliruan. Beliau juga menjelaskan tema Merdeka "Janji Ditepati" dalam konteks janji BN di Kelantan yang songsang.
Pada malam ini juga menyaksikan kemasukan ahli UMNO ke dalam Parti PAS. Apa yang paling menarik, menurut saudara Mutalib Bin Leman ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak Naka yang merupakan cawangan Ketua Pembangkang Kedah, beliau tertarik menyertai PAS selepas mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Leman Raja Lawak dan Hairi Othman di dalam ceramah mereka pada malam ketiga ekspo tersebut berlangsung. Menurut beliau, sebelum ini beliau belum pernah mengikuti mana-mana ceramah PAS. Beliau mewakili hampir 50 ahli baru menyerahkan borang keahlian kepada YB Ustaz Datuk Nasaruddin Daud.
Share
Keluar UMNO Masuk PAS Setelah Dengar Ceramah Artis
Pekan Naka : Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap benar-benar " menghijau " di bumi Padang Terap apabila bukan sahaja dapat menarik ribuan penduduk tempatan dan luar mengikuti program-program yang disusun sepanjang ekspo , bahkan dapat membuka hati ahli-ahli UMNO tempatan menyertai perjuangan Islam.
Pada hari ke tiga ekspo , ceramah pada sebelah malamnya menampilkan selebriti sebagai penceramah utama iaitu pelakon filem Leftenan Adnan saudara Hairi Othman dan Leman Raja Lawak.Ekspo yang bermula 30 Ogos dan berakhir pada 2 September 2012 di Markas MTD Pedu Pekan Naka menyaksikan kemasukan ahli UMNO ke dalam Parti PAS.Apa yang menariknya , menurut ketua mereka yang mewakili hampir 50 orang ahli baru tersebut , saudara Mutalib Bin Leman ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak Naka yang merupakan kawasan Ketua Pembangkang Kedah , beliau tertarik menyertai PAS selepas mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Leman Raja Lawak dan Hairi Othman di dalam ceramah mereka pada malam ke tiga ekspo tersebut berlangsung.Menurut beliau , sebelum ini beliau belum pernah mengikuti mana-mana ceramah PAS.
(Gambar : Saudara Mutalib Menyerahkan Borang Keahlian Kepada Ketua Pemuda PAS Padang Terap, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria )
Walaupun selebriti seperti Leman Raja Lawak sering ditohmah dan di caci oleh UMNO terutama didalam facebook , ianya tidak mematahkan semangat artis yang berhijrah ini untuk terus berusaha menumbangkan sebuah kezaliman.Niat yang ikhlas ,nekad dan semangat artis ini terpancar pada ceramah ditempat beliau sendiri di Padang Terap sehingga menggamit hati para hadirin seterusnya menarik minat ahli UMNO menyertai PAS.
Selain itu , antara yang mengkagumkan khalayak ialah ceramah yang disampaikan oleh Hairi Othman pada malam tersebut mampu membuatkan ribuan hadirin yang mendengar tidak berganjak sedikit pun walaupun ceramah beliau melangkaui masa yang biasa di tetapkan iaitu berlarutan sehingga jam 12.30 pagi.Aura yang dimiliki beliau disamping hujah-hujah yang beliau sampaikan membuatkan hadirin seolah-olah terpukau.
Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah.Seperti didalam firmanNya didalam Surah Al-Qasas , 56 yang bermaksud :
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)"
Share
Saturday, September 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)