DOKTOR2 DAN PEMBANTU SERTA AJK DPPPT BERGAMBAR KENANGAN
SAUDARA SHUKOR PENGERUSI JABATAN PASTI MEMERIKSA KESIHATANYA
SAUDARA MOHAMAD B. SHAARI AJK LAJNAH 3PP
SAUDARA NIZAM DAN AZIZ BERGAMBAR KENANGAN
Alhamdulilah Program Pemeriksaan Asas Kesihatan berjalan dengan baik semalam..19 Jun 2009 / Jumaat.Dengan penglibatan 11 orang daripada team doktor dari PATISMA telah menjayakan program ini..sebanyak hampir 90 orang telah menjalani pemeriksaan percuma yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Program anjuran DPPPT dan pejabat YB ahli parlimen Padang Terap ini akan dilaksanakan untuk fasa seterusnya .Dijangka program seperti ini akan diadakan dalam masa terdekat di Kuala Nerang.Turut hadir dalam program ini AJK2 PAS Kawasan dan IR Senator Zamri daripada KeADILan.
Atas semangat persaudaraan Islam dan keprihatinan pada ummah maka Pemuda Pas PAdang Terap telah menyertai misi memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dallam tragedi berdarah di Masjid al-Furqan di Kampung Air Tempayan dalam Mukim Cho Airong pada 14 Jun 2009 hari Ahad
.Dalam kejadian terbaru pada 8 Jun lalu, seramai 11 terbunuh dan 19 cedera dalam satu serangan ganas ke atas Masjid Al-Furqan, Kampung Air Payang, Narathiwat ketika para jamaah sedang solat Isyak. Manakala pada 13 Jun kelmarin, seramai 6 nyawa lagi terkorban setelah diserang pihak tidak dikenali.Antara yang bersama dalam misi ini ialah Ketua Pemuda Kedah Ustaz Ahmad Yahya, Presiden TERAS cikgu Azmi.Ketua Pemuda Padang Terap Ustaz Nasir Zakaria ,AJK DPPPT saudara Muhammad Bin Shaari dan Tn Hj Soffian Bin Ghazali.
Pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri yang diadakan di Dewan Sri Mentaloon pada 12 Jun yang lalu Ustazah Siti Aminah Binti Zamaluddin daripada PASTI Al-Mubarak Kg. Masjid Lama telah dipilih sebagai tokoh PASTI peringkat kawasan Padang Terap.Tahniah diucapkan.Share
Pada 23 Mei 2009 JABATAN PASTI KAWASAN dibawah seliaan saudara Shukor Bin Minai dan pihak MGP telah menghantar team PASTI Kawasan untuk menyertai Sukan PASTI peringkat negeri Kedah.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.