Harakahdaily, | 28 Apr 2013 |
(Gambar: Samransak ditemani Ketua Pemuda PAS Padang Terap Nasir Zakaria dan penyokong ketika membuat laporan polis semalam)
KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Samransak Kram semalam telah membuat laporan polis terhadap seorang facebooker Umno, yang didakwa telah mengeluarkan satu kenyataan memfitnah beliau.
Laporan itu dibuat terhadap pemilik akuan ‘Aktivis Umno Pekan Naka II’ yang mendakwa Samransak dibayar Parti Keadilan Rakyat sebanyak RM50 ribu untuk menarik diri sebagai calon KITA dari bertanding pada hari penamaan calon lalu.
Samransak yang juga Duta Dewan Himpunan Penyokong Pas Padang Terap berkata, tuduhan tersebut adalah satu fitnah yang berniat jaht serta cuba menjatuhkan nama baiknya.
"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan jahat “Aktivis Umno Pekan Naka II” terhadap diri saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap dan menyatakan bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah dan hasutan menjatuhkan maruah dan nama baik saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap.
"Saya dengan ini memberi masa 48 jam kepada ‘Aktivis Umno Pekan Naka II’ memohon maaf dan menarik balik semua tuduhan tersebut, sekiranya beliau gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diteruskan terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kenyataan tersebut disiarkan facebooker Umno itu pada 24 April lalu di laman facebook miliknya.
Katanya, tuduhan itu juga sengaja untuk merosakkan reputasinya sebagai bekas pemain bolasepak negeri dan kebangsaan yang mempunyai reputasi baik.
Facebooker itu katanya telah membuat tohmahan tanpa asas, bukti kukuh dan menghasut pembaca kepada akaun tersebut dan pengundi di kawasan parlimen ini mempunyai persepsi buruk, negatif dan prasangka jahat terhadap dirinya.
“Aktivis Umno Pekan Naka II berniat jahat membuat tuduhan Pakatan Rakyat parti rasuah dan menghasut pembaca akaun tersebut, pengundi di kawasan ini bersangka buruk terhadap Pakatan Rakyat," tegasnya.