Friday, March 30, 2012

Yb Nasir Tidak Hirau Dipermainkan



Sumber: Sinar Harian, 31 Mac 2012

ALOR SETAR - Tindakan pihak tertentu menggunakan gambar pemimpin atau orang politik pada bekas minuman atau ubat-ubatan untuk menimbulkan persepsi masyarakat dianggap sebagai perkara biasa apabila menjelang pilihan raya umum (PRU).
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, beliau sendiri tidak terkecuali mengalami situasi sama apabila terdapat beberapa keping gambar tertera mukanya pada bekas minuman tersebar melalui laman sosial.
Menurutnya, beliau sedia maklum tentang perkara itu dan terdapat beberapa pemimpin lain pernah berhadapan situasi sama antaranya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Keadaan ini sudah menjadi asam garam dunia politik dan saya tidak ada masalah untuk menghadapinya.
“Apa yang penting sekarang terus buat kerja membela nasib rakyat dan bekerja keras untuk persiapan menghadapi PRU13,” katanya kepada Sinar Harian.
Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, dakwaan pihak berkenaan duit derma yang dikutip sepanjang ceramah politik untuk kepentingan peribadi ternyata tidak benar.
“Duit derma yang disumbangkan orang ramai digunakan untuk membiayai ceramah termasuk membayar upah penceramah dari luar, kos sewa peralatan sistem audio dan sebagainya kerana kita tidak menggunakan wang kerajaan.
“Walaupun pelbagai spekulasi disebarkan namun saya akan terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dan percaya rakyat lebih pandai memilih pemimpin yang mampu membela kebajikan mereka,” katanya.
Dalam PRU12, Nasir menang di Padang Terap menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ghazali Ibrahim.
Share

Wednesday, March 21, 2012

Rogol: Perlu penyelesaian cara Islam


KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkodkan di seluruh negara bagi tahun 2003 hingga 2011.

Demikian dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara bertulis kepada soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria(gambar) di Dewan Rakyat.

Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765),  2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

Mengulas statistik tersebut, Nasir berkata, melihat kepada jumlah kes yang semakin meningkat dari setahun ke setahun, ternyata umat Islam memerlukan undang-undang yang lebih berkesan bangi menanganinya.

Maka katanya, sangat wajar jika undang-undang syariah dilaksanakan kerana ianya bukan sahaja sekadar untuk menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi untuk mendidik dan mencegah mereka dan masyarakat daripada melakukan jenayah.

"Tahun lalu saya ada mengemukakan soalan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman tentang memperkasakan undang-undang jenayah Islam apabila statistik jenayah pada 2008 adalah sebanyak 211 kes.

"Tapi beliau hanya menjawab kerajaan akan mengekalkan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Hazayani Zakaria,20 Mac 2012
Sumber: Harakahdaily
Share

Sunday, March 4, 2012

Umno cakap tak serupa bikin - ahli baru PAS

                     (Yunus menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Ustaz Idris)

PADANG TERAP, 5 Mac: Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36,  Pedu, Mohd Yunus Harun, 36.

Beliau berkata demikian  sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada  Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini.

“Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat.

“Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan  rakyat  terhimpit  dengan masalah hidup,” katanya.

(Yunus berucap menceritakan pengalamannya dalam Umno)

Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini.

“Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.

“Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada  dalam perjuangan Umno.

Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet,” ujarnya.
Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS.Share

Sekitar Program Konvoi Pemuda Pas Perlis ke Padang Terap














Share

Friday, March 2, 2012

50 Orang Masyarakat Siam Sertai PR di Sg Kap Nami Naka Kedah.


Program Penerangan Pakatan Rakyat Telah diadakan di Kg Sg Kap Nami Kedah yang dihadiri oleh Dato Wan Saleh Wan Isa Pengerusi PKR Kedah , YB Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap dan beberapa pimipinan PR peringkat negeri dan kawasan.Program anjuran bersama ini menjelaskan dasar-dasar PR dan membuka sesi dialog.Seramai 50 orang masyarakat Siam menyertai PR di kampung tersebut.
















Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...