Friday, December 30, 2011

Kejohanan Motocross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah Meriah

Banner Kejohanan Motocross Ambang 2012 peringkat Negeri Kedah.
Dif Jemputan mengambil tempat di khemah utama.
MKK Kg Lebai Saman, Ust Nashid membacakan doa semasa pembukaan Kejohanan Motocross.
Yb Dr Ismail Salleh menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Kejohanan Motocross. 
Pengarah Kejohanan Motocross, Saudara Jasnizam bin Hj Husni menyampaikan cenderahati kepada Yb Dr. Ismail Salleh selepas majlis perasmian pembukaan Kejohanan Motocross.

Yb Dr Ismail Salleh, Yb Ust Nasir Zakaria dan Ybhg. Ust Hamizan Amzah sempat bergambar bersama diatas motocross.
Kehadiran orang ramai pada hari pertama Kejohanan Motocross.
Peserta Kejohanan Motocross bersedia untuk memulakan aksi sempena pembukaan Kejohanan Motocross.
Yb Dr. Ismail Salleh ketika mengibarkan bendera untuk melepaskan perlumbaan.
Aksi lompatan seorang peserta Motocross.
Deretan motocross untuk perlumbaan.
        Peserta Daripada KeMLes, Saudara Ariff Hj Husni menunjukkan aksi bersahaja.
Share

Wednesday, December 28, 2011

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN




Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

1. DPPNK merasakan keputusan ini sangat bijak dan tepat serta kena kepada sasaran. Ia adalah satu bentuk tawaran tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang tidak wajar. Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu.

2. DPPNK merasakan tindakan ini selaras dan merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

3. Tindakan ini merupakan satu lonjakan positif bersifat jangka panjang dalam menjaga kebajikan rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan kos tinggi sara hidup. Ia bukanlah satu bentuk tindakan 'one off' yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat.

4. DPPNK merasakan dengan keupayaan kewangan terbatas serta hutang tinggalan Barisan Nasional yang bertimbun, penghapusan hutang kepada golongan terpilih adalah wajar sebagai permulaan.

5. Tindakan kerajaan negeri merupakan satu cara perkongsian hasil negeri dengan rakyat yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain.

6. DPPNK yakin keputusan ini adalah berita baik kepada seluruh penjamin yang terbeban sejak sekian lama. Keputusan ini sudah pasti melegakan penjamin seterusnya mereka akan memaksimumkan sumbangan untuk pembangunan negeri dalam bentuk yang lebih sesuai.

7. DPPNK juga berpendapat, Kerajaan Pusat yang mengutip hasil yang lebih banyak sepatutnya melaksanakan program ini di peringkat nasional. Adalah memalukan dengan segala hasil mahsul yang dijana daripada rakyat dengan begitu banyak, Kerajaan Pusat tidak berani bertindak seperti dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri.

DPPNK yakin dengan pengumuman serta tindakan Dato' Seri Diraja Menteri Besar dalam menyelesaikan masalah ini akan mendapat sokongan daripada rakyat. Ia adalah satu lagi pencapaian hebat Kerajaan Negeri Kedah. Tahniah!

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua."


Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK

Share

Tuesday, December 27, 2011

Program Ziarah DPP Padang Terap


Share

Isu kes Murtad Ke Mahkamah Sivil:Kerajaan BN Musnahkan Islam??


Pemuda Pas bantah pindah kes murtad  ke mahkamah sivil - Harakahdaily




KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda PAS membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu membawa kesemua kes murtad ke mahkamah sivil dan bukan lagi Mahkamah Syariah seperti sebelum ini.

Ini berdasarkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Media melaporkan, kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.

“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.

“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujar Jamil Khir selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa terkejut kerana kerajaan membuat keputusan ini tanpa melihat kepada kesan kes ini terhadap umat Islam di negara ini serta merujuk kepada nasihat para ulama’ terlebih dahulu.

"Sepatutnya kes seperti ini dirujuk dahulu dengan semua pihak supaya tidak menimbulkan pertikaian dan bantahan di kemudian hari," kata Exco Dewan Pemuda PAS, Mohamad Firdaus Jaffar (gambar atas) dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Jerai berkata, DPP Malaysia melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai isu ini amat merbahaya dan merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.

"DPP Malaysia mempersoalkan, jika ianya dilaksanakan nanti, bagaimanakah mahkamah sivil boleh memutuskan sesuatu hukuman yang berkait dengan syariat Islam sedangkan mahkamah sivil tiada kuasa memutuskan hal-hal yang berkait dengan undang-undang Islam?

"DPP Malaysia khuatir apakah hukuman kepada pesalah murtad nanti akan berdasarkan kepada hukuman Islam atau sebaliknya.

"Kalau demikian, apakah bidang kuasa mahkamah syariah sekiranya kes murtad juga akan dibicarakan di mahkamah sivil?" katanya.

DPP Malaysia berpandangan, kesan daripada keputusan ini adalah kuasa mahkamah syariah semakin mengecil dan kurang berperanan.

Mahkamah syariah hanya untuk mengendalikan kes-kes kecil seperti nikah, talak, harta pusaka dan lain-lain.

Manakala kes-kes besar seperti murtad, jenayah, dan lain-lain pula dirujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai peranan yang besar, katanya.

"Inilah sistem sekularisma yang masih diamalkan dinegara ini selama ini yang memisahkan antara perundangan menurut Islam dengan bukan Islam.

"Selain itu, hukuman terhadap pesalah murtad juga akan dipandang ringan, malah boleh dicabar oleh mereka yang bukan Islam," tegas beliau.

Apa yang amat dibimbangkan, katanya, adalah hukuman murtad boleh dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak sehingga merendahkan kesucian Islam.

Oleh itu, DPP Malaysia mendesak supaya Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik semula usaha membawa undang-undang murtad ke mahkamah sivil.

"Beliau perlu ingat bahawa undang-undang pencegahan murtad seperti yang terkandung di dalam perundangan Islam yang sebenar adalah hukuman yang datangnya dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh sesiapa pun.

"Mengubah hukum Islam yang terkandung didalam Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW, adalah suatu dosa yang besar dan boleh menyebabkan akidah seseorang itu tergelincir," katanya.
Share

PEMBONGKARAN KENAPA HIV DI KELANTAN TERTINGGI

Share

Friday, December 23, 2011

Program Ziarah Asnaf Zakat


Pada 22 Disember yang lepas, Ahli Parlimen Padang Terap, Yb Ust Nasir Zakaria telah menziarahi Kampung Genting Palas. Beliau turut ditemani Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas, Saudara Shukor Minai dan Setiausaha Dewan Pemuda, Mimbarzubir serta beberapa orang ajk Pas cawangan kampung tersebut. Program tersebut yang dilakukan secara ziarah dari rumah ke rumah untuk melawat dan mendengar keluhan dari penduduk itu sendiri.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Padang Terap turut menyampaikan zakat kepada mereka yang layak seramai 28 orang. Dalam Program Ziarah Asnaf tersebut, beliau melawat golongan miskin, warga emas, orang sakit, dan anak yatim. Menurut Ust Nasir, beliau sangat terharu dengan keperitan yang ditempuhi golongan yang kurang mampu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat walaupun tinggal jauh di pedalaman amat membebankan.
Salah seorang penerima zakat berkata, beliau mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kerana Ust Nasir kerap turun padang menjenguk nasib rakyat walaupun sibuk dengan pelbagai urusan wakil rakyat. Beliau juga gembira kerana walaupun pemberian zakat tersebut tidak besar jumlahnya, tetapi ia amat bermakna kepada mereka. Katanya yang baru mendirikan sebuah pondok kecil tempat dia dan keluarga berteduh.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dipaparkan untuk blog ini.





Share

Wednesday, December 21, 2011

PAS Pertahan Dasar 'Membangun negara Berkebajikan'


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.
Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.
AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.
Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.
Bagi Nasrudin, Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al-Quran iaituBaldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan).
“Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu ubudiah iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta," katanya.
Justeru itu, jelasnya Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al Adl wal Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al Khayrat) dan saling bekerjasama (at-Ta'awun) ke arah kejayaan (al Falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat’.
Menurutnya, berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.
Tambahnya, lantaran PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang diperjuangkannya dan konsep Negara Berkebajikan bukanlah suatu penyimpangan sebaliknya ia adalah suatu peneguhan terhadap asas dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap akan mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang telah dimuktamadkan oleh parti melalui Muktamar Tahunannya yang ke 57 baru-baru ini dan insya Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah memutuskan satu komitmen besar untuk turun ke serata negara bagi memperjelaskan Konsep Negara Berkebajikan ini,” ujarnya.
Sumber: Harakahdaily.
Share

Tuesday, December 20, 2011

SAMM pertahankan mahasiswa sedangkan Pemuda Umno pertahankan kebiadaban mereka

www.anakmudamalaysia.com   
Kenyataan Terbuka
21 Disember 2011
Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik.
Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato’ Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno.

Semasa himpunan belansung, beberapa siswa telah bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa. Namun tindakan ini telah difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak , koyak dan seumpamanya. Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang telah termakan penipuan alat propaganda mereka sendiri dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun.



Ketahuilah tiang bendera itu hanya dipinjam hanya 5 – 10 minit sahaja dan kemudian kumpulan mahasiswa yang sama menaikkan semula bendera asal seperti sediakala. Cuma dalam 6 tiang bendera kenapa mahasiswa menurunkan bendera Najib Razak itu kena difikirkan ia mungkin saja manifestasi anak muda yang sudah muak dengan Najib itu sendiri.
SAMM mengecam tindakan pemuda Umno yang menggunakan gangster sehingga membawa ugutan ke rumah ibubapa Adam di Pulau Pinang. Adam diugut dalam media baru termasuk sms, panggilan telefon. Setelah berjumpa Adam saya nasihatkan Adam membuat laporan polis. Pada 19 Disember lepas saya hadir untuk menyokong Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan dan berbincang dengan polis. Kami diterima baik oleh Tuan Foo dari Bukit Aman. Selepas selesai Adam terus memberikan kenyataan ringkas di depan wartawan yang sedang menunggu di luar.
Sejak dari turun kereta hingga masuk ke kawasan Bukit Aman hingga keluar semula kami diekori oleh sekumpulan lelaki yang saya kenali antaranya anggota polis ada beberapa orang memakai topi berjenama senjata api. Ketika Adam selesai memberikan kenyataan seorang lelaki yang bertopi berjenama senjata api yang bersama dengan kumpulan polis terbabit terus menyerang Adam. Namun cubaan mencederakan Adam berjaya dielakkan apabila beberapa teman bertindak menolak lelaki tersebut.
Percayalah jika lelaki yang menyerang Adam itu dibalas dengan asakkan fizikal dari pihak SAMM mahupun mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan terus membuat tangkapan ke atas kami. Jika berlaku sedemikian, maka ia pasti mengalih perhatian dari isu sebenar terutamanya dari sudut persepsi. Mujurlah SAMM dan SMM tidak termakan provokasi yang berniat untuk terus merosakkan nama baik mahasiswa.
Malangnya polis yang ramai hanya melihat kejadian tersebut. Suspek cukup dikenali kerana polis turut memanggil namanya sebagai ‘lan’. Bukan sengaja meletakkan curiga kepada polis dengan kejadian ini tetapi sehingga hari ini laporan polis ugutan terhadap Adam turut tidak dilayan. Semalam seharian Adam terpaksa ‘berulang hubung’ antara IPD Dang Wangi dan IPD Tanjung Malim kerana tidak ada pegawai penyiasat untuk laporan polis beliau. Maka sehingga jam 8 malam Adam keluar dari Balai HS Lee tanpa ada pegawai penyiasat sedia mengambil kesnya. Tidak cukup dengan ugutan gangster, Umno turut membuat demonstrasi di depan UPSI (maknanya umno juga sudah mengiktiraf aksi jalanraya) untuk mendesak Adam dibuang pengajian. Begitulah Umno yang terperangkap dengan pemikiran politik lama berdepan dengan kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa.
Tiba – tiba dalam kes Adam ini Umno merujuk budi bahasa dan seumpamanya, tetapi bagaimana pula dengan tindakan proksi Umno menghantar kek tahi kepada ketua menteri dan kakitangan awam atau tindakan pemuda kencing digambar Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...