Tuesday, July 13, 2010

Program Cakna Ramadhan



Bulan Ramadhan muncul lagi. Bulan yang penuh rahmat Allah. Bulan kita membersihkan dosa dan menggilap potensi kita sebagai seorang hamba Allah. Amat beruntung bagi siapa sahaja yang memanfaatkan kehadirannya. Amat rugi bagi mereka yang tidak sedar dan mengabaikan kehadirannya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kami terus komited untuk menyantuni golongan yang kurang kemampuan. Mereka terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, golongan fakir dan miskin, cacat, kurang pelajaran, berpenyakit dan kurang upaya.

Tahun lepas kami dengan peruntukan yang sangat terhad hasil sumbangan rakan-rakan dan penyumbang seluruh negara menjelajah seluruh Padang Terap menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada golongan tersebut. Kami telah berjaya sampaikan sumbangan kepada hampir 900 kumpulan sasar tersebut.

Pada masa yang sama kami telah mengadakan pelbagai program remaja termasuk berkhatan, konvoi remaja ke masjid, santai bersama belia dan beliawanis, program mengimarahkan masjid, program hiburan berkonsep dakwah, program memancing dan tazkirah, pengedaran al-Quran dan surah Yaasin percuma, sumbangan tudung, pengedaran buletin dakwah dan sebagainya. Terima kasih atas sumbangan tuan-tuan.


Kami menjemput rakan-rakan seluruh dunia, khususnya Malaysia untuk bersama kami. Bagaimana saudara boleh bersama kami:

Buat temujanji dengan kami dan turun bersama-sama menyampaikan sumbangan.

Sampaikan sumbangan bersama kami

Buat program bersama belia bersama kami

Taja pelajar miskin yang berjaya


Paling mudah sumbangan tuan-tuan boleh dimasukkan atau di bank-in ke CIMB Bank

atas nama SEKRETARIAT AHLI PARLIMEN PADANG TERAP

0206-0000137-100


Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan tuan-tuan dalam bentuk kewangan material ataupun idea. Kami doakan supaya tuan-tuan sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah dunia dan akhirat.

Share

Wednesday, July 7, 2010

Pengilang Beras Dianiaya!!! Kerajaan Kena Segera Selesaikan.


Tunggakan Bayaran Subsisi: Kerajaan Perlu Selesaikan Segera


Pihak saya memandang serius masalah tunggakan yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia berhubung tunggakan bayaran subsidi beras ST15 berjumlah melebihi RM6 juta. Dakwaan persatuan bahawa bayaran sejak Disember 2009 belum diterima juga adalah amat mengejutkan.

Bagi saya, sekiranya benar apa yang dibangkitkan oleh persatuan, tindakan tersebut adalah satu bentuk kezaliman yang akan berakhir dengan pihak pengilang Melayu terpaksa menghentikan operasi mereka.



Saya menuntut pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani


1.Menyelesaikan seluruh tunggakan kepada pihak yang terlibat serta merta.

2.Memastikan dengan apa cara sekalipun pihak pengilang beras Melayu boleh meneruskan operasi musim kedua.

3. Memberi penjelasan bertulis dan pro aktif terhadap aduan yang dibangkitkan berkenaan dengan tindakan kerajaan.

4. Membuka lebih banyak ruang kepada pengilang-pengilang Melayu untuk terlibat di dalam pengeluaran padi dan membantu pengilang Melayu supaya lebih berdaya saing dengan pengilang swasta.

5.Membantu pengilang Melayu untuk mendapat pasaran yang lebih luas memandangkan pasaran dikuasai oleh swasta.


Sehubungan dengan itu saya menuntut pihak Kementerian menyelesaikan isu ini dengan segera. Pihak saya akan terus memantau perkembangan isu ini dan bersedia untuk bertemu pihak kementerian bagi membantu menyelesaikan masalah ini.


Mohd Nasir Zakaria


Ahli Parlimen Padang Terap
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS KedahShare
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it