Thursday, May 27, 2010

JOM DEMO BANTAH JUDI


Share

ISU JUDI SUKAN- DPPPT MENYOKONG GMJS KEDAH


25 Mei 2010- Bertempat di Kompleks PAS Kedah, satu kenyataan media bersama telah di buat untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional menghentikan pemberian lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya seperti yang diumumkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein baru-baru ini.
Satu sekretariat membantah judi yang dinamakan Gerakan Membantah Judi Sukan Kedah (GMJS) telah di bentuk yang di kepalai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah , YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria .Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Angakatan Muda KeADILAN Kedah dan DAPSY juga turut menganggotai sekretariat tersebut.Kenyataan media bersama itu mendapat sokongan padu parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kedah.Berikut adalah kenyataan media tersebut:

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
GERAKAN MEMBANTAH JUDI SUKAN NEGERI KEDAH(GMJS)



KAMI, SEMUA SAYAP PEMUDA PARTI POLITIK DAN BADAN BUKAN KERAJAAN yang berkumpul pada malam ini, atas nama Gerakan Membantah Judi (GMJ) ingin merujuk kepada keputusan kerajaan Malaysia yang baru-baru ini telah meluluskan lesen perjudian yang berkaitan dengan judi sukan dan secara khususnya kepada sukan bolasepak sebelum menjelang Piala Dunia Bolasepak yang akan berlangsung di Afrika Selatan tidak lama lagi. Kami juga difahamkan ia juga akan melibatkan Liga Perdana Inggeris, LA Liga, Serie A, Bundes Liga dan juga boleh melibatkan Liga Perdana negara kita.

2. Kami ingin melahirkan perasaan kesal, sedih dan sangat kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mengatakan sebelum ini bahawa kerajaan mempertimbangkan lesen bagi pertaruhan sukan ini dengan tujuan-tujuan berikut :-

2.1 Dengan pemberian lesen tersebut kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian haram. Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur.

2.2 Kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini.

2.3 Pemberian lesen akan memudahkan kerajaan tahu berapa banyak nilai pertaruhan yang dibuat.

2.4 Telah ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan namun enggan mendedahkan pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan Piala Dunia itu.

2.5 Jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa.

2.6 Kerajaan menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali Piala Dunia mencecah ratusan juta ringgit.

3. Walaupun pelbagai pihak telah mengemukakan pandangan dan bantahan namun lesen tersebut telah pun diluluskan dan diberikan kepada Kumpulan Berjaya yang akan menguruskan perjudian sukan bolasepak tersebut.

4. Justeru itu, kami berpandangan dan mempertegaskan bahawa:-

4.1 Kewujudan judi sukan ini akan menambahkan lagi kemusnahan institusi keluarga dan masyarakat serta meruntuhkan tamadun manusia walaupun mendatangkan perolehan lumayan kepada Negara dalam bentuk kewangan.

4.2 Kami tidak pernah menghalang kemajuan sukan Negara kita bahkan kami akan terus menyokong pembangunan sukan. Namun Industri sukan negara akan hancur apabila ia terlibat dengan pertaruhan.

4.3 Pihak kerajaan wajib mendapatkan pandangan awam yang menentang kelulusan lesen baru di samping kewujudan lesen-lesen yang ada yang sudah terlalu banyak.

4.4 Kami mendesak pihak kerajaan memikirkan kepentingan rakyat daripada membuat keputusan yang sangat condong kepada tokey-tokey judi yang hanya memikirkan keuntungan sahaja.

4.5 Kami mahukan kerajaan akan bertindak untuk mendapatkan sumber yang baik untuk membangunkan negara ini.


AKHIR SEKALI, kami secara bersama dengan tegas MENDESAK Kerajaan Malaysia MEMBATALKAN SERTA MERTA SERTA MENARIK BALIK keputusan pengeluaran lesen Judi untuk sukan. Kami akan menggunakan apa sahaja cara untuk membantah keputusan yang tidak masuk akal ini. Kami juga menyeru seluruh rakyat negeri Kedah, tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa dan parti politik untuk bangkit membantah keputusan ini.

YA untuk BOLA, TIDAK untuk JUDI

Sekretariat Gerakan Membantah Judi (GMJ) Negeri Kedah

Kenyataan ini dibuat Bersama Oleh

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK)
2. Angkatan Muda Keadilan Kedah
3. Pemuda Gerakan Kedah
4. Pemuda DAP Kedah
5. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
6. Teras Keupayaan Melayu
7. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
8. Teras Keupayaan Malayu (Teras)
9. Yayasan Amal Malaysia (AMAL)Nisa Malaysia (Nisa)
10. Pusat AsuhanTunas-Tunas Islam (PASTI)
11. Persatuan Ulama Kedah
12. Persatuan Pencerdasan Ummah (WADAH)
13. Institut Latihan Dakwah di Lapangan Sosial (LANDAS)
14. Ummah Care
15. Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)
16. Pergerakan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH)
17. Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Kulim (BAKUN)
18. Prihatin Malaysia
19. Komuniti Mengangani Gejala Sosial Negeri Kedah (CEGAS)
20. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
21. Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia (ISRA')
22. PAKSI
23. Terap CareShare

Saturday, May 8, 2010

ANUGERAH SEMPENA MUKTAMAR DPPNK KALI KE-44

Alhamdulillah...Sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kali Ke-44 yang diadakan di Kompleks PAS Kedah pada 8 Mei 2010, Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap telah menerima anugerah berikut :

1- Anugerah Kawasan Terbaik 2009/2010

2- Anugerah Tempat Pertama Ahli Sukarelawan Pemuda PAS Kawasan Teramai 2009/2010.

3- Anugerah Ahli Sukarelawan Pemuda PAS Cawangan Teramai 2009/2010.


Perwakilan Padang Terap



Ketua Pemuda YB Ust Nasir Menerima Anugerah Kawasan Terbaik Daripada Tuan Guru Hj Awang Lanai, Perasmi Muktamar.


Setiausaha DPPPT Ust Amin Mewakili DPPPT Menerima Anugerah Kawasan Sukarelawan Teramai Daripada Tuan Guru Hj Awang Lanai, Perasmi Muktamar.Share

Tuesday, May 4, 2010

Juara Zon 2, Kuala Nerang Bakal Ke Suku Akhir




ALOR SETAR, 04 Mei 2010 – Skuad bimbingan Mohd Shayuti Mahmud berjaya melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah apabila berjaya menumpaskan pasukan Bukit Lada menerusi sepakan penalti 3 -1 pada Sabtu lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hijau Kuning, Alor Setar Kedah itu, menyaksikan pasukan Kuala Nerang mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya mempertahankan gol daripada dibolosi pihak lawan. Perlawanan akhir Zon 2 turut disaksikan oleh YB Dr. Ismail Salleh, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) dan YB Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah).

Johan Zon 2 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500 , piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Naib Johan Zon 2, Bukit Lada pula membawa pulang wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penghargaan. Selain pasukan Kuala Nerang dan Bukit Lada, perlawanan Zon 2 turut menyaksikan petembungan antara pasukan Pedu, Alor Mengkudu, Derga dan Bukit Pinang.

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan diteruskan dengan perlawanan Zon 3 melibatkan pasukan Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Bakar Bata, Kubang Rotan, Tokai dan Kota Darulaman yang mana akan berlangsung pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Disediakan oleh : Faiz Hj. OthmanShare
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...