Saturday, April 10, 2010

APCO Worldwide - MP Padang Terap Buat Laporan Polis Di IPD Kuala Nerang





Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria telah membuat laporan polis terhadap firma perunding APCO dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.

Ahli parlimen Padang Terap itu memberitahu, beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang 10 April 2010.

Dalam aduannya, Nasir berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik.

Beliau ditemani beberapa pemimpim parti itu di peringkat PAS kawasan dan PKR cabang di kawasan tersebut. Antaranya Timbalan Yang Di Pertua PAS Padang Terap Saudara Mohamad Talib, Setiausaha Pas Kawasan, Ustaz Mohd Azam,pimpinan-pimpinan PAS kawasan, pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan, Pimpinan PKR Cabang Padang Terap dan ahli-ahli PAS serta penyokong

Sebelum laporan dibuat satu sesi mengedar rislah penerangan mengenai APCO dibuat di sekitar pekan sehari Bandar Kula Nerang kepada orang ramai. Rata2 bersyukur atas penerangan dan usaha murni PAS kawasan untuk menerangkan bahaya APCO dan pengaruh Yahudi kepada negaraShare

Tuesday, April 6, 2010

Sesi Pemilihan Pemain Mewakili Daerah Padang Terap Untuk PIALA MB KEDAH

SESI PEMILIHAN PEMAIAN MEWIKILI DUN PEDU DAN KUALA NERANG UNTUK PIALA MB KEDAH AKAN DIADAKAN PADA :

9 APRIL 2009/ JUMAAT

PADANG BOLA NAKA

TEL : 013-4091449

Share

Thursday, April 1, 2010

Lanjutan Isu projek 8 jambatan Naka-Nami Tak Siap Sejak 2008 / Siapkan lapan jambatan ikut jadual -SINAR HARIAN 1 APRIL 2010


KUALA NERANG – Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta agar Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah dapat memastikan projek pembinaan lapan jambatan di jalan Naka – Nami yang melibatkan kos sehingga RM16.38 juta tidak berdepan masalah.

Menurutnya, jika kontraktor gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual ia bukan sahaja menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakan kemudahan itu mengikut tarikh sebagaimana yang dirancang malah, menimbulkan pelbagai masalah lain kepada mereka, terutama yang tinggal berdekatan kawasan pembinaan.

“Mengikut kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dalam jawapan kepada soalan saya di Dewan Rakyat kelmarin, projek itu sepatutnya siap pada 12 Julai 2009.

“Apabila kontraktor tidak dapat menyiapkan projek itu mengikut jadual, menteri menyatakan bahawa pihak JKR kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan tender baru, saya harap mereka dapat memastikan ‘pisang tidak berbuah dua kali, ” katanya.

Mohd Nasir berkata, apa yang berlaku dalam pelaksanaan tender yang terdahulu adalah sangat mengecewakan apabila pihak kontraktor hanya mampu menyiapkan 25 peratus kemajuan fizikal sehingga berakhir tempoh lanjutan masa 183 hari diberikan.

“Bagi saya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Sehubungan itu, saya berharap pihak JKR dapat memilih kontraktor yang benar-benar layak dan mempunyai rekod yang baik untuk memastikan lapan projek jambatan itu dapat disiapkan mengikut jadual. Saya tidak mahu penduduk di kawasan ini terus menjadi mangsa keadaan,” katanya.

Menurutnya, JKR perlu memastikan dalam tempoh 18 bulan setelah kontraktor baru dilantik, projek itu dapat disiapkan sepenuhnya.

“Kita tidak mahu, sudahlah tempoh 18 bulan dulu gagal, 18 bulan akan datang juga gagal. Jika ini yang berlaku, kita harap JKR dapat bertindak dengan lebih tegas untuk menjadi pengajaran kepada semua kontraktor supaya lebih bertanggungjawab,” katanya.

Mohd Nasir berkata, kesemua lapan jambatan itu sememangnya sangat penting bagi penduduk daerah ini dan daerah Sik saling berulang alik.Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it