Sunday, February 28, 2010

Pelancaran "We Care" oleh Yb Tn Hj Solahuddian Ayub


Sempena ceramah " BN Khinati Rakyat " yang di adakan di Kg Belukar Luas pada 23 Feb yang lalu ,pihak Lajnah Kebajikan PAS (LKP) Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat telah melancarkan "We Care " peringkat negeri Kedah yang di lancarkan oleh Yb Tn Hj Solahuddin Ayub.

"We Care" atau "Kami Prihatin" adalah satu program bagi mendekati dan menyelami masalah masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan.

Program ini akan mencari golongan -golongan akar umbi yang tidak berkemampuan .Selain itu dana bagi membantu golongan kurang berkemampuan ini turut diusahakan melalui program ini.Share

Konvoi Motosikal & Himpunan SUKARELAWAN Pemuda Padang Terap












23 Feb yang lulu pihak Dewan Pemuda PAS Padang Terap dengan izin Allah telah berjaya melaksanakan satu agenda yang sangat penting dalam menghimpukan golongan belia ke arah matlamat yang bersih dan kebaikan.

Seperti yang dirancang konvoi berarak Naib Presiden PAS Tn Hj Solahuddin Ayub berjaya menghimpunkan hampir 500 orang pemuda daripada cawangan2 pemuda PAS Padang Terap.Manakala penunggang yang terlibat hampir 300 orang. Konvoi tersebut dimulakan dengan solat asar secara berjemaah di masjid Pulau Kijang Kuala Nerang kemudian disusuli dengan ucapan pelepasann konvoi oleh YB Solahuddin Ayub dan Yb Ust Nasir Zakaria.Sebelum Bertolak bacaan doa di bacakan oleh Ust Kyairullah meminta keredhaan Allah semoga selamat dan berjaya program ini.

Konvoi ini melalui pekan Kuala Nerang menuju ke Padang Sanai, Pokka , Kepala Batas Pedu , Kg Barokhas dan berakhir di Kg Berlukar Luas.

Sebaik tiba , Dewan Pemuda PAS Padang Terap menjemput Yb Tn Hj Solahuddin Ayub menyampaikan ucapan seterusnya melancarkan SUKARELAWAN Pemuda PAS Padang Terap.

DAlam ucapan beliau menekankan begitu pentingya semangat sukarelawan ditanam dan disemai dalam jiwa2 belia , berjuang tanpa mengharapkan balasan duniawi serta berkerjasama dan saling tolong menolong dalam mengakkan agama Islam.Share

Thursday, February 25, 2010

Program BBQ bersama Pemuda UPU Tong Pelu










Tarikh : 18 Feb 2010
Tempat Markas PAS Tong Pelu
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Padang Terap dengan kerjasama pemuda peringkat UPU Tong Pelu dan ajk UPU Tong Pelu.

BBQ peringkat pemuda UPU ini adalah program berkala Dewan Pemuda PAS Padang Terap yang menetapkan beberapa sasaran yang mahu dicapai di dalm program ini.Selain bertujuan mengerakkan UPU dan para pemudanya, BBQ ini juga bertujuan agar pemuda peringkat UPU dapat mebentuk dan memantapkan jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan.Antara mekanisma yang di laksanakan di dalam setiap program BBQ ini ialah pendaftaran SUKARELAWAN, pendaftaran daftar pemilih dan semakan dafatar pemilih.Selain itu melalui BBQ ini juga diadakan tayangan LCD bagi menyalurkan maklumat dan informasi berguna dan terkini samada daripada Kerajaan Negeri Kedah ,Dewan Pemuda dan maklumat - maklumat serta isu-isu semasa terkini.

Program ini juga bersifat santai dan tidak terlalu esekutif dan beprotokol bagi memastikan penglibatan semua pemuda di pelbagai peringkat.Disamping itu program ini turut menekankan soal tarbiah dengan pengisianya iaitu bacaan tahlil ringkas , bacaan doa dan ucapan para pemimpin.

Antara UPU yang telah terlaksana program BBQ ini ialah UPU Belukar Luas, Upu Kurong Hitam, UPU Labi dan UPU Kg Masjid.Program BBQ ini yang paling terdekat akan diadakan pada 28 Feb ini di UPU Bukit Tembaga.Share

Wednesday, February 3, 2010

Program BBQ& Ramah Mesra Pemuda UPU Kg Masjid&Pelancaran SUKARELAWAN










DPPPT MERAKAMKAN TERIMA KASIH KEPADA UST ROSLI BIN AZMI , SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH KERANA SUDI DATANG MERASMIKAN PROGRAM INI DAN MELANCARKAN SUKARELAWAN PEMUDA PAS KEDAH DI SINI.Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it