Monday, October 26, 2009

AKHBAR KOSMO MENUDUH AS-SYAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA (MEMALI) SEBAGAI SESAT!!!


fakta dalam KOSMO! hari ini Isnin 26 Oktober 2009 / Mukasurat 11 bertajuk : Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat. tulisan oleh : ZULKIFLI MANZOR-

PETIKAN BERITA KOSMO! TERSEBUT IALAH :


"Meskipun hampir 3 dekad berlalu namun peristiwa Balai Polis Batu Pahat Johor diserang sekumpulan 20 pengikut ajaran sesat kira-kira 29 tahun lalu masih menjadi igauan sehingga kini

" Dalam kejadian pada 16 Oktober 1980 itu sekumpulan pengikut ajaran sesat bersenjatakan parang mengamuk di balai itu menetak anggota polis dan orang awam"

" Kemudian berlaku peristiwa Memali pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain di Kg Memali Kedah" ' Dalam kejadian tersebut pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan penduduk kammpung yang cuba mempertahankan ketua mereka Ibrahim Libya daripada ditahan."

" Itu antara catatan hitam yang menunjukkan bagaimana ajaran sesat mampu mengundang bencana dalam institusi kemasyarakatansekiranya tidak dibendung awal"


Tulisan diatas jelas mengaitkan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya sebagai kumpulan ajaran sesat.Perisatiwa yang menghibakan kepada seluruh ahli keluarga yang terkorban dan seluruh umat Islam ini hampir 25 tahun sudah berlalu..tiba-tiba akhbar KOSMO hari ini cuba bermain api dengan mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat sedangkan tiada pihak yang mampu membuktikan merewka tidak sesat sehingga hari ini.

sila baca di link berikut untuk melihat kebenaran!!!

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985



http://syuhada-melayu.blogspot.com/2006/03/as-syahid-ustaz-ibrahim-mahmood.html

Sehubungan dengan tuduhan KOSMO hari ini kami pihak Dewan Pemuda PAS Padang Terap menyeru supaya KOSMO menarik kembali kenyataan mereka .

DPPPT
http://dpppadangterap.blogspot.com/


Kenyataan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) :

DPPNK Kesal Tuduhan Kosmo terhadap Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya terlibat ajaran sesat
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melahirkan rasa kesal dengan laporan akhbar Kosmo hari yang menuduh Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terlibat dalam Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 lalu terlibat dengan ajaran sesat. Berita Kosmo hari ini yang ditulis oleh wartawan Zulkifli Manzor jelas membuat satu fitnah ke atas penduduk Memali.

Laporan ini telah membangkitkan kemarahan banyak pihak terutama telah menyentuh perasaan penduduk Memali yang terlibat.Sehingga kini belum terbukti oleh mana-mana pihak yang Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya terlibat ajaran sesat. Pihak DPPNK meminta supaya pihak Kosmo memohon maaf kepada penduduk Memali di atas siaran tersebut dan perlu mempunyai fakta yang tepat jangan sekadar mengaitkan beberapa kejadian yang berlaku dibeberapa tempat di malaysia satu ketika dahulu dan dikaitkan dengan Peristiwa Memali.

Perlu diingatkan bahawa tahun ini adalah tahun yang ke 24 berlakunya peristiwa tersebut. Ini bermakna tahun depan genap 25 tahun kejadian itu yang sepatutnya akan disambut Jubli Perak 25 Tahun Memali.

Masyarakat malaysia umumnya , terutama mereka yang mengetahui kisah sebenar tentang perstiwa Memali tentunya tidak akan setuju dengan berita Kosmo itu.

DPPNK juga dimaklumkan bahawa satu laporan Polis akan di buat oleh Penduduk Memali pukul 3.00 petang ini di Balai Polis IPD Baling.

Diharapkan kepada orang ramai supaya tidak bermain api dalam isu peristiwa Memali kerana ia sangat sensitif kepada mereka yang terlibat.Share

Thursday, October 22, 2009

YB Ketua Pemuda PAS PAdang Terap (DPPPT) - MEMPERJUANGKAN NASIB PEKEBUN KECIL GETAH DI PARLIMEN


Hari pertama sidang, kali ini tanpa disangka saya berpeluang membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sudah lama saya ingin bercakap isu ini. Isu rakyat kawasanku yang tercinta Padang Terap. Saya dilahirkan dalam keluarga penoreh getah, ibu dan bapa saya penoreh, saya mengasuh adik kedua saya yang sekarang adalah seorang jurutera di dalam kebun getah milik orang dan saya menoreh sehingga saya menjejaki menara gading

Ada beberapa perkara penting yang saya bangkitkan

1. Rakyat yang memiliki tanah yang kecil saiz yang mendapat manfaat besar pada awal 1980-an melalui mini estet. Saya mencadangkan agar program ini diinisiatifkan semula.

2. Pekebun kecil yang mempunyai dan mengusahakan tanah yang belum bergeran. Mereka mempunyai keinginan tinggi untuk mengusahakan tanah sehingga mempunyai peluang untuk mendapat bantuan semula. Saya mencadangkan agar RISDA menggalakkan mereka memohon geran, manakala premiumnya dibayar oleh RISDA yang mana manfaatnya adalah untuk negara. Ini disebabkan kekangan kewangan walaupun mereka sudahpun mengusahakan tanah tersebut dalam tempoh sehingga puluhan tahun.

3. Tanah bergeran yang tidak mendapat bantuan tanam semula, tetapi tetap dikenakan cukai ses. Saya memohon dan meminta kerajaan mengkaji perkara tersebut kerana perkara tersebut membebankan petani miskin.

4. Memohon kerajaan memikirkan insentif yang sesuai kepada pekebun kecil seperti yang diberikan kepada nelayan, petani dan lain-lain. Ini adalah amat perlu terutamanya apabila harga getah jatuh menjunam dan musim hujan yang menyebabkan mereka tidak boleh menoreh.

5. Subsidi untuk tanam semula dalam bentu baja dan benih. Subsidi hanya diberi kepada pemilik tanah yang bergeran. Saya menimbulkan persoalan bagaimana subsidi ini boleh dilebarkan kepada pemilik tanah yang belum bergeran. 6. Tanah yang ditanam semula yang memerlukan masa sehingga 7 tahun sebelum boleh ditoreh. Saya mencadangkan agar diberikan insentif seumpama insentif untuk tanaman kontan sementara menunggu pokok boleh ditoreh.

Rujuk mukasurat 76-78 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-Share

BANK RAKYAT KE PADANG TERAP- PERBAHASAN YB USTAZ NASIR DI PARLIMEN

Alhamdulillah. 20 haribulan saya berpeluang berbahas dalam bidang yang menjadi minat dan perhatian saya. Bidang kewangan dan perbankan Islam. Saya pernah bertugas sebagai pensyarah kontrak di Kolej Perbankan dan Kewangan Islam suatu ketika dahulu. Kali ini akta untuk meminda Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978.

Adalah menarik melihat latar sejarah bank ini. Sebuah bank yang berkembang pesat daripada aspirasi rakyat marhain. Ia berkembang menjadi 121 cawangan dewasa ini. Saya memahami secara umum sedari dulu bahawa bank ini adalah dari rakyat untuk rakyat. Bank yang pastinya memfokuskan operasinya di kalangan rakyat yang memerlukan dan rakyat biasalah kekuatan bank ini dan menjadi pelanggan utamanya. Bank rakyat kini sudah begitu maju. Aset yang hampir RM50 billion dengan unjuran keuntungan RM1.3 billion bagi tahun 22009 adalah satu pencapaian yang hebat. Saya mengucapkan juga tahniah seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan saya.

Semasa di Universiti Malaya, saya terlibat dengan kertas projek (tesis) berkaitan koperasi. Fokus saya ialah sebuah koperasi yang terlibat mengeluarkan produk halal. Asas koperasi Islam ialah berdasarkan ayat ke 2 Surah al-Maidah mafhumnya "Tolong-menolonglah kamu di atas dasar kebaikan dan juga takwa, jangan kamu bekerjasama untuk melakukan dosa dan juga permusuhan sesama kamu”.

Dalam Bahasa Inggeris koperasi berasal dari perkataan cooperation. Justeru itu, kerjasama antara sesama ahli atau pemegang saham inilah yang menjadikan Bank Rakyat maju seperti hari ini. Saya menyeru agar bank ini diperluaskan lagi peranannya agar ia lebih menyentuh rakyat khususnya di pedalaman. Mereka adalah petani, pekebun kecil, penternak, peniaga kecil dan lain-lain. Golongan ini kadangkalanya tidak mampu access kepada kemudahan kerana tidak memiliki kelayakan minimum yang disyaratkan oleh bank ini. Saya mengambil kesempatan untuk mencadangkan penyelesaiannya melalui sistem Islam. Saya akan bicarakan dalam tulisan akan datang.

Saya mengambil kesempatan untuk memohon daripada Kementerian dan pengurusan tertinggi Bank Rakyat untuk mempertimbangkan pembukaan sebuah Bank Rakyat di Padang Terap. Saya mendengar dan menunggu janji menteri dalam jawapan penggulungannya bahawa Bank Rakyat akan tiba di Padang Terap. Rujuk muka surat 84 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-20102009a.pdShare

Monday, October 12, 2009

SEKITAR MAJLIS UJIBAKAT PASTI PADANG TERAP 2009

Maklumat Program
Nama Program : Program Uji Bakat PASTI Padang Terap

Tarikh : 10 Oktober 2009 / Sabtu bermula jam 2.30-6 petang

Tempat : Kompleks PAS Padang Terap

Jumlah PASTI di Padang Terap : 10 buah

Acara pertandingan uji bakat : Berkhutbah, membaca 3 bahasa(Melayu / Jawi / Inggeris) ,hafazan doa dan surah, nasyid, sajak , azan subuh , bercerita dan mewarna.

Anjuran : Jabatan PASTI Padang Terap.

Penyertaan : Pelajar –pelajar PASTI berumur 4 hingga 6 tahun.


Membentuk generasi muda perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi.Membimbing ,mendidik ,mengasuh dan mengajar dengan ajaran dan nilai-nilai yang baik mesti ditekan sejak mereka lahir ke dunia.Pendidikan secara lansung dan tersusun sangat baik di mulakan ketika mereka berumur 4 tahun.

Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) Padang Terap mengelolakan sebanyak 10 buah cawangan PASTI di Padang Terap dengan jumlah pelajar mencecah hampir 370 orang.Selain di didik dengan akhlak Islam , para pelajar turut tidak ketinggalan daripada arus semasa dengan di ajar pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab..Pelajaran yang lain antaranya ialak sirah nabi, akhlak , jawi, fekah , tauhid dan sebagainya.

Setiap tahun, sebagai pengukuhan dalam melahirkan generasi pelapis yang intelek dan beriman serta bertakwa, Jabatan PASTI Padang Terap menganjurkan program pertandingan mencungkil bakat –bakat terpendam di kalangan pelajar-pelajar PASTI.

Penegrusi Jabatan PASTI PAdang Terap , Saudara Shukor Bin Minai berkata : “ Ada diantara mereka sangat berkebolehan selepas diajar dan dididik.Ada diantara mereka yang tidak kekok membaca khutbah jumaat di khalayak ramai.Ada pelajar perempuan berumur 5 tahun yang sangat petah bercerita kisah-kisah nabi dengan bersemangat dan berani .Kita kagum semangat kerjasama di antara budak-budak kecil ini melalui persembahan nasyid mereka”

“ Melalui pertandingan uji bakat ini kita dapat mengetahui pelajar-pelajar yang berbakat serta berkebolehan dalam pelbagai bidang.Kita berharap bakat mereka terus diasah dan dicungkil apabila mereka menjejakan kaki diperingkat sekolah rendah nanti”

“ Pemenang-pemenang dalam 8 katogeri yang dipertandingkan akan di hantar mewakili kawasan Padang Terap ke pertandingan uji bakat peringkat negeri Kedah yang akan diadakan pada 17 Oktober nanti di Baling”

“ Antara tujuan program ini diadakan ialah kita mahu melahirkan generasi pelapis yang bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu pembelajaran di dalam kelas, malah terampil sebagai pelapis pelajar Islam yang berani dan berkebolehan dalam memimpin”

“ Kita juga mengharapkan melalui program ini para waris terus memberi sokongan kepada institusi pendidikan pra sekolah rendah Islam seperti PASTI khususnya di daerah Padang Terap ini”Share

Friday, October 9, 2009

PROGRAM UJIBAKAT DAN JAMUAN RAYA PASTI



Kepada semua Waga PASTI Padang Terap dan waris2 pelajar PASTI dijemput hadir bermula jam 2.30 petang.Share

Friday, October 2, 2009

N31 BAGAN PINANG- UNDI POS DIMANUPULASI!!!! PENDEDAHAN BEKAS ANGGOTA TENTERA

IHSAN DARI http://perisik-rakyat.com/

Pengakuan ini dibuat oleh Kepten Mejer (B) ABu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR. Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR.

Pada hari isnin 28hb. September, 2009, pimpinan PAS yang diketuai oleh YB. Dato' Abdul Halim Bin Abd. Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, saya sendiri Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato' Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.


Suhaizan Kaiat :
Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Guard Post tentera atau lokap polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP (Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokap di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejar (B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz
: Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim :
Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim :
Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Suhaizan Bin Kaiat : Saya minta EPP (Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24 jam tuan.

Dato Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisyen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah PD. Saya yang halang tuan.

Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu (UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.

YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.

Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS.

Suhaizan Bin Kayat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it