Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Padang Terap












sate!sate!



Yb Ustaz Mohd Nasir bersama Yb Ir Zamri memberi duit raya kepada kanak2





Tarikh: 27 September 2009 / 8 Syawal 1430h / 3-5 p.m
Tempat: Kompleks Pas Barokhas
Menu : Sate, Roti canai, Bihun Goreng , Bihun Sup , Ketupat , Lemang dll.

Alhamdulillah petang tadi telah berlansungnya rumah terbuka Aidilfitri PAS Kawasan..Majlis dimulakan dengan ucapan YDP PAS Padang Terap Ustaz Zawawi dan disusuli dengan ucapan YB Ustaz Mohd Nasir.Kehadiran yang ramai sehingga hampir kesemua hidangan habis.Kehadiran diangggarkan seribu orang lebih.

Antara Pimpinan yang hadir : YDP,TYDP , Naib YDP ,YB Ustaz Nasir,pimpinan2 PAS Kawasan, Yb Ir.Zamri Yusof,Dewan Pemuda Dewan Muslimat,Dewan Ulamak.

Share

Wednesday, September 23, 2009

Kepimpinan Umno lemah, terpaksa minta tolong Dr Mahathir



Posted By MAHFUZ OMAR
http://gemasuara.blogspot.com/2009/09/kepimpinan-umno-lemah-terpaksa-minta.html


Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini terbukti paling lemah dalam sejarah apabila terpaksa mendapatkan khidmat Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum berani membuat keputusan.

"Memang pemimpin tertinggi Umno hari ini paling lemah dalam sejarah. Contohnya dalam isu calon (pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri) Bagan Pinang, (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (timbalannya, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) tak berani langsung hendak menyatakan mereka tak mahu (Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad).
"Pemimpin-pemimpin Umno yang paling lemah dalam sejarah itu terpaksa memperalatkan keberanian Dr Mahathir,"

Bekas Perdana Menteri sebelum ini mengingatkan Umno dan BN supaya jangan meletakkan Mohd Isa sebagai calon di Bagan Pinang kerana bekas Naib Presiden Umno itu pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang.
Mohd Isa digantung keahliannya di dalam Umno selama tiga tahun pada 2005 lalu kerana kesalahan tersebut.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemimpin Umno kerana selepas ini mereka mempunyai alasan untuk menolak Mohd Isa sebagai calon di Bagan Pinang.

"Tahniahlah sebab pemimpin Umno sudah dibantu oleh bekas presiden parti mereka untuk menghadapi Isa.

"Ketika mereka kelihatan begitu takut untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Isa, tiba-tiba Dr Mahathir memberikan mereka alasan untuk menolak Isa.

"Selepas ini bolehlah Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidur lena. Ada Dr Mahathir tolong buat kerja untuk mereka,"

"Bagi Isa, jika (Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd) Ali Rustam yang juga dihukum kerana kesalahan politik wang boleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri malah dilantik pula sebagai Ahli MT, mengapa pula beliau tidak boleh menjadi calon di Bagan Pinang.

"Sedangkan, kedudukan sebagai Ketua Menteri dan Ahli MT jauh lebih tinggi berbanding kedudukan sebagai calon BN di Bagan Pinang,"

Mohd Isa juga, tentu melihat pilihan raya kecil Bagan Pinang boleh menjadi "pusat pemulihan" kepada kerjaya politiknya jika beliau dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

"Apabila kerjaya politiknya telah dipulihkan, Isa yang sebelum digantung merupakan Naib Presiden Umno paling kanan tentu mahu mendapatkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden Umno yang sepatutnya boleh beliau menangi jika bertanding kalau tidak digantung keahliannya sebelum ini,"

"Barangkali untuk menjauhkan pertembungan seperti itulah yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri tidak berani bercakap terus-terang untuk menolak Isa dan sifat vokal Dr Mahathir mesti mereka peralatkan,"Share

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI




SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.SEMOGA KITA MERAYAKAN PERAYAAN KEMENANGAN JIHAD RANDHAN INI DENGAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ILAHIShare

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DPPPT





Alhamduillah rabu minggu lepas DPPPT dapat mengadakan Majlis Ifttar di Markas MTD PEDU.Turut Hadir bersama ialah pengarah MTD Pedu Saudara Shukri Abdullah dan setiausaha MTD Pedu Hj Tajari.

Selepas isnyak disusuli dengan solat tarawih dan Mesyuarat DPPPT kali ke-5.Share

Friday, September 11, 2009

UNIKNYA DIALEK BAHASA DAERAH PADANG TERAP

DIPETIK DARI :

http://arriesfamily.blogspot.com/2009/02/uniknya-bahasa-daerah-padang-terap-part.html

Artikel ini ditulis khusus untuk mengenal pasti istilah-istilah dan penggunaan bahasa yang unik bagi penduduk asal daerah Padang Terap, Kedah. Pembaca boleh berkongsi istilah kiranya berasal dari daerah utara juga....

Kita mulakan mengikut abjad dari perkataan 'air'.
Air disebut 'A' seperti sebutan huruf 'A'.

1) Penambahan 'H' di depan perkataan dari A
Angin disebut ' Hangin '. Terdapat penambahan 'H' didepan perkataan angin.
Anjing disebut ' Hanying' juga penambahan 'H'.
Angkut disebut 'Hakuit', atap disebut 'Hatap'
Angkat disebut 'Hakit'
Kebanyakan sebutan ada penambahan 'H'.

2) Pertukaran huruf 'm' menjadi 'nn'

Asam disebut 'asann'
Ayam jadi 'ayann' , malam jadi 'malann'
Ulam disebut 'ulann' . Istilah ni jarang diguna pakai bagi generasi muda...

Awak atau kamu disebut 'mu' sahaja.
Awak semua - 'kume' atau 'muha'

Abjad B
Bagus/baik/cantik disebut 'molek', amat jarang perkataan bagus digunakan. Sebutan 'molek' kerap digunakan.

3) Hilangnya sebutan 'l' dihujung perkataan
Bakul disebut 'bakuo' antara bunyi u dan o
Awal jadi awaa, kawal jadi kawaa, dodol jadi dodoo..

4) Hilangnya sebutan 'hu' dihujung perkataan
Bahu disebut 'buu'
Tahu jadi 'tuu',
Mahu tak disebut 'muu' tapi disebut 'moh' untuk dibezakan dengan perkataan awak tadi.
Kerap juga disebut 'tak bohi' untuk 'tak mahu' yang diambil dari perkataan 'tak berahi'.

Baling/lontar disebut 'punggei'
Bangang/bodoh disebut 'bengong - sedikit persaan dengan bahasa daerah pantai Timur.

5) Sebutan 'ng' di tengah hilang

Bangkai disebut 'bakee'
Bangku jadi 'Baaku', bongkak jadi 'bokak'
Bangsal jadi 'basee'

Bebel - membebel disebut mengarut

6) huruf 's' dibelakang ditukar sebutan 'h'

buas disebut 'buahh'
panas jadi 'panahh'
luas jadi 'luahh', kurus jadi 'kuruhh'

'Beri' digunakan secara kerap untuk istilah memberi dan amat jarang perkataan 'bagi' digunakan.

Berita atau beritahu disebut 'Haba'dari perkataan 'khabar'.

'Tina' digunakan bagi jantina perempuan atau betina. Tiada beza untuk manusia atau haiwan. Keduanya disebut 'tina'.

7) Sebutan huruf 'ia' ditengah hanya disebut 'ee'

Biar atau 'biarkan lah' disebut 'bee' ataupun 'bee gi'.
Biasa jadi 'beesa', biawak jadi 'beewak'.

Buruk amat jarang disebut. Lebih kepada istilah 'huduh'.
Biji juga jarang digunakan untuk penjodoh bilangan, sebiji durian misalnya disebut 'sebutir durian'.Share

PROGRAM SUMBANGAN HAMPER KEPADA FAKIR MISKIN



KEPADA SIAPA YANG INGIN MEMEBERI SUMBANGAN YANG AKAN DISALURKAN KEPADA GOLONGAN YANG MISKIN DI DAERAH PADANG TERAP SILA BANIK IN KE DALAM AKAUN BIMB
DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP
02-075-01-001091– 4 ( BIMB )


DAN SMS / CALL KE NO 019-4042040Share

Friday, September 4, 2009

EDAR BUBUR LAMBUK DI BAZAR RAMDHAN-NAKA






Ramdhan Karim adalah bulan kita melipatkan amal kebajikan..seperti rutinya bulan Ramadhan DPPPT telah mengedarkan bubur lambuk di sekitar bazar ramdhan kepada orang ramai di Pekan Naka petang tadi.YB Ustaz Mohd Nasir mengedarkan bubur lambuk kepada prang ramai dibantu oleh Timbalan Ketua, Naib Ketua dan beberapa orang AJk Dewan Pemuda Padang Terap.Sebelum ini bubur lambuk diedarkan di bazar Ramadhan Pekan Kuala Nerang.

Semoga aktiviti ini dijadikan amalan yang diterima Allah dibulan yang mulia ini.Share

Thursday, September 3, 2009

PROGRAM PASTI KEDAH DI BULAN RAMADHAN


Jabatan PASTI Kedah telah merancang beberapa program sempena Ramadhan ini. Program ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat Ehya Ramadhan di kalangan warga PASTI Kedah khususnya guru-guru dan aktivis PASTI. Antara program yang akan dilaksanakan :

1. 4 September 2009, Tadarus Al-Quran guru-guru PASTI Kedah bersama Muslimat Kedah. Program yang bermula seawal jam 3 petang ini dan akan berakhir selepas tarawikh, anjuran DMPN Kedah dan Majlis Guru PASTI Kedah. Seluruh guru-guru Pasti Kedah diminta hadir.

2. Pada 7 september 2009 (Isnin) sempena Nuzul Al-quran seluruh PASTI di Kedah akan bercuti dan satu program dirancang sebagai memasyarakatkan PASTI. Tadarus guru-guru bersama staff SP Inn akan diadakan di SP Inn bermula jam 9.30 pagi. Program akan dimulakan dengan taujihat daripada Ketua DPPN Kedah, Al-fadhil ustaz Ahmad bin Yahya dan diikuti tadarus serta majlis khatam Al-quran. Program dijangka berakhir jam 1.00 petang. Program ini juga terbuka kepada muslimat sahaja.

3. Majlis berbuka Puasa bersama Kepimpinan Pemuda, ALP PASTI Negeri dan Ibu tunggal (guru pasti) dan anak yatim. Program ini akan diadakan pada 12 September 2009. Majlis ini dapat dilaksanakan hasil sumbangan dermawan yang melakukan kebajikan di Bulan Ramadhan yang berkah ini.

4. PASTI Kedah juga telah mengarahkan semua lajnah PASTI kawasan untuk mencari dana, bagi tujuan sumbangan kepada guru-guru di peringkat kawasan masing-masing. Antara sumbernya adalah jualan Taqwim Ramadhan, derma umum dan lain-lain sumber.

5. PASTI kedah sekali lagi berhasrat untuk memberikan bonus hari raya kepada seluruh guru-guru PASTI negeri Kedah. Jumlah kewangan dianggarkan RM 153,000.00 bagi tujuan tersebut. Setakat ini, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana dana yang masih tidak mencukupi. Kepada penderma yang budiman, di Bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala, marilah kita berlumba-lumba melakukan kebajikan. Mereka yang mempunyai hasrat tersebut boleh hubungi pejabat DPPN Kedah 04-7481120 atau salurkan di akaun BIMB atas nama PASTI Kedah 02011010047132.Share

LAWATAN DPPNK KE DPPPT




Alhamdulillah pada 19 Ogos yang lepas rombongan daripada DPPNK telah mengadakan sesi lawatan dan ramah mesra bersama ajk DPPPT.Rombongan yang di ketuai oleh Ustaz Ahmad Yahya itu bermula selepas solat magrib bertempat di kompleks PAS Padang Terap Barokhas.

Majlis pertemuan dimulakan dengan sesi taaruf kemudian disusuli oleh taklimat DPPPT oleh setiausaha DPPPT.Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Ketua DPPPT Ustaz Mohd Nasir Zakaria dan disusuli dengan ucapan oleh Ketua Pemuda Ustaz Ahmad Yahya.

Antara perkara yang ditekankan oleh Ustaz Ahmad Yahya dan menjadi fokus utama ialah perlunya menambah dan mengukuhkan kekuatan ahli pemuda.Antara gerak kerja utama mempertahankan kemenangan dan mencapai kemenangan baru ialah gerak kerja Daftar Pemilih.Selain itu Tarbiah perlu diperkasakan dan menjadi agenda berterusan dan harus merangka strategi dan pendekatan dalam menarik golongan muda kepada jemaah.

majlis diteruskan dengan taklimat gerak kerja semasa DPPNK dan program2 terkini oleh Ust Rosli Azmi selaku Setiausaha DPPNK.Kemudian disusuli dengan sesi soal jawab ajk DPPPT bersama DPPNK.

Pada malam tersebut kami telah dikejutkan dengan kematian ibu kepada Timbalan Ketua DPPPT saudara Khosim Bin Osman.Alhamdulillah majlis tahlil arwah dapat diadakan segera.

Majlis diakhiri dengan jamuan dan pemberian cenderahati oleh Ketua DPPPT.

DPPPT MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA TIMBALAN KETUA SAUDARA KHOSIM BIN OSMAN DIATAS KEMBALINYA IBU BELIAU KERAHMATULLAH..AL-FATIHAH...Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...