Wednesday, August 19, 2009

PRK N11: Penempatan Petugas PAS

PRK N11: Penempatan Petugas PAS

Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN Pmtg Pasir
No Telefon : 04-398422


1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung

2.UPU Permatang Ara:

Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor

3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru

4.UPU Bukit Indra Muda:

Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera

5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor

6.UPU Kubang Semang:

Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal

7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan

8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam

9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala BatasShare

PERMATANG PASIR MEMBENAM UMNO




Umno sangat ketandusan calon untuk pilihanraya N11 ini..seorang peguam yang disenarai hitam oelh majlis peguam!! kerana penyelewengan .ni pandangan Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Naib Presiden UMNO!!baca disini :

http://www.malaysiakini.com/news/110902

alon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

Rakyat dan pengundi permatang pasir sangat hebat dan matang dalam memilih calon wakil rakyat mereka.insyaallah Ustaz Salleh Man dapat meneruskan legasi Allahyarham Dato Hamdan.Kami doakan seluruh jentera PRKN11 kali ini lebih bersemangat dalam membenamkan UMNO di Permatang Pasir lebih2 lagi kita menghadapi bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan JIHAD.

link2 ini untuk info terkini PRKN11 Permatang Pasir :

http://prkn11penang.pas.org.my
http://pasptgsg2.blogspot.com
http://wrlr.blogspot.com
http://pemudapenang.wordpress.comShare

Thursday, August 13, 2009

Saturday, August 8, 2009

NASIHAT DARIPADA ARIS AWANG BUAT PARA PEJUANG DAN PARA AMILIN

http://arisawang.blogspot.com

Wahai pemuda dan pemudi ku.........

Akhlak adalah nombor wahid............... teknikal tidak berguna lagi setelah akhlak tercemar.

1. Kerjalah elok-elok untuk Kerajaan dan Rakyat setelah kamu memilih profesion itu. Jangan otak dok pusin ligat pikiaq pasai lain banyak sangat.

2. Tak payah lah dok pikiag nak cari duit kat PAS, cari lah duit kat kamu secara halal dan selepas itu duit gaji kamu sedekahlah kat PAS, itu lebih berkat dan terelak fitnah.

3. Jangan mudah percaya dan ikut arahan kepada mereka yang bergelar 'pimpinan' secara membuta tuli terutama bila membabitkan hal Maddiyyah , fikirlah dengan sebaik-baik tanyalah sahabat lama yang lebih mengetahui sejarah lama.

4. Elakkan dari melakukan perkara yang syubahat.

5. Kadang-kadang kena bijak dan kena sedar adakah kita telah bekerja untuk jamaah atau bekerja untuk individu.

6. Buat kerja biarlah terang, jelas dan tidak teragak-agak untuk menghebahkan kalau kita buat betul. Kerja suk-sik dalam gelap terutama melibat 3 perkataan yang 2 huruf belakangnya ada .............. it.

7. Bila kamu telah memilih jadi pejawat awam........ jadilah penjawat awam yang baik, jangan masa yang sama itu dok pulun nak berniaga........... silap-silap pulun berniaga lebih dari bertugas sebagai penjawat awam. Itu orang panggil tak dak etika.

8. Bagi pemuda-pemuda yang nak dapat kontrak dari kerajaan, pergilah usaha macam masa UMNO memerintah dulu, gunalah kepakaran yang ada, kalau dapat......... dapatlah kalau tak dapat bukan rezeki, tak payahlah dok sendai perkataan hawar ini..............berbunyi "Bagi la projek tu kat saya......... nanti saya sumbang lah kat PAS".

9. Jadikan Islam sebagai Panduan dalam segala hal................ tanyalah diri sendiri sebelum membuat perkara yang dirasakan meragukan............. fekahnya macam mana? Lulus lepas itu kena tanya pula............. akhlaknya macam? kurang baik............ maka jangan buat, bahaya bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk keluarga, masyarakat, jamaah dan negeri............ kalau buat perkara yang kurang akhlaknya.

10 Detailkan perkataan retorik masa belum memerintah dulu, untuk menjadi garis panduan kamu antaranya ialah :-
a. Kami Benci Rasuah - tetapi kita buat rasuah kerana tak tahu secara terperinci apa itu rasuah.
b. Kami Anti Salahguna kuasa - tetapi kita melakukan perbuat salah guna kuasa kerana tidak faham secara terperinci apa itu salah guna kuasa.
c. Kami menentang diskriminasi - tetapi kita juga melakukan diskriminasi kerana tidak menghayati erti diskriminasi.

Aku mengerti pemuda dan pemudiku............ kita bukan maksum.

Tetapi awasilah diri kita dari fitnah dunia......... yang akan mengkaburi mata dan hati kita. Fikirlah sedalam-dalamnya tidak ada apa untungnya........... jika kerja yang kita buat tidak berkat, dilihat tidak beretika............. lebih-lebih lagi apabila dipercakapkan sebagai tidak berakhlak..............Share

SEJARAH 1 OGOS 2009 -MANSUH ISA















TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERANI , GAGAH DAN BERSEMANGAT BERDEMONTRASI MENENTANG ISA 1 OGOS YANG LALU..

SEMINGGU SUDAH SEJARAH EMAS INI DILAKAR..
SUARA RAKYAT SUDAH TERBUKTI MENJADI AZIMAT..BAGAIMANA HIMPUNAN BERSIH MAMPU MENCETUS TSUNAMI POLITIK MELAKAR PETA POLITIK BARU MALAYSIA..HIMPUNAN MANSUH ISA JUGA AMAT DIGERUNI KERAJAAN..MASAKAN TIDAK SETIAP HARI DILABEL PERHIMPUNAN INI SEBAGAI MENYUSAHKAN,MERUGIKAN DAN MEMBEBANKAN DENGAN KERUGIAN JUTAAN RINGGIT..TAPI SEBENRANYA ITULAH SUARA KETAKUTAN UMNO UBN...
INSYAALLAH SUARA KERAMAT RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS MENHANCURKAN UBN..UMNO BOLEH TERUS MENIPU RAKYAT MELALUI KENYATAAN BODOH DALAM MEDIA TETAPI SEBENARNYA UMNO SEDANG MENDIDIK RAKYAT BENCIKAN UMNO DAN SENTIASA MENCARI MAKLUMAT BENAR..
UMNO MASIH TIDAK BELAJAR DARI KESILAPAN DENGAN TERUS MEMPERBODOHKAN RAKYAT..SEKARANG ADALAH MALAYSIA BARU..GENERASI MERDEKA MEMERLUKAN NAFAS BARU MEMIMPIN MALAYSIA..Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it