Thursday, July 30, 2009

PENJELASAN SETPOL MB KEDAH-KES BALAK MELIBATKAN 2 PEGAWAI MB KEDAH

Pembongkaran Komplot UMNO/BN dalam Kes Pembalakan Bukit Kachi Untuk Mencemarkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

http://sanusisetpol.blogspot.com/

PENGUMUMAN: SATU SIDANG MEDIA akan diadakan di pejabat Tetuan Rizal & Hafez yang beralamat di No 82, Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan, 05350, Alor Setar, Kedah. Tel : 04-7414331. pada JAM 10 PAGI 31 JULAI 2009. (esok)
Saya telah mengambil inisiatif mengadakan pertemuan sendiri dengan beberapa pihak terlibat untuk mengetahui kedudukan sebenar kes yang dibangkitkan dalam saman sivil terhadap sebuah syarikat pelesen membalak, dan beberapa individu termasuk dua orang Pegawai Khas YAB MB Kedah, yang dilaporkan dalam Buletin Utama dan beberapa akhbar. Penemuan saya adalah seperti berikut:

1. CH Lim tidak pernah mengarahkan mana-mana peguam atau mana-mana pihak memfailkan apa-apa kes di mahkamah bagi pihak dirinya dalam kes pembalakan di Lot 1771, Bukit Kachi, Sintok, Kedah.
2. Tandatangan di affidavit yang diikrarkan melalui peguam En. Zul Azri Bin Abdul Khalil Peguambela & Peguamcara dari Tetuan Malek & Associates yang mendakwa mewakili dirinya di hadapan pesuruhjaya sumpah adalah tandatangan palsu yang dibuat oleh pihak lain.
3. Beliau amat terkejut apabila hanya mengetahui kes yang melibatkan dirinya melalui Buletin Utama TV3 pada 28 Julai 2009.
4. Peguam En. Zul Azri Bin Abdul Khalil yang mendakwa mewakili CH Lim dalam kes ini, dan Pesuruhjaya Sumpah yang menyaksikan affidavit yang diikrarkan tidak pernah berjumpa dengan Encik CH Lim. Mereka telah bersubahat dengan pihak-pihak tertentu dengan memalsukan tandatangan untuk menipu mahkamah.
5. Encik CH Lim telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah bertarikh 30 Julai 2009 menafikan penglibatan beliau dalam kes saman ini. (salinan disertakan).
6. Encik CH Lim juga telah membuat laporan polis pada 30 Julai 2009 terhadap pihak-pihak yang menggunakan nama beliau dalam mengemukakan kes ini di mahkamah.
7. Kes tersebut difailkan oleh pihak yang mendakwa mewakili beliau oleh bekas pekerja beliau (Ong Choon Seng) yang telah diberhentikan. Beliau telah membenarkan dirinya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan buruk sangka dan merosakkan nama baik dua orang Pegawai Khas Menteri Besar yang disebutkan nama mereka dalam akhbar dan Televisyen.
8. Terdapat komplot tertentu yang cuba memberikan persepsi buruk kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB MB dengan mendakwa dua Pegawai Khas beliau terlibat dalam kes ini, didalangi oleh agen-agen parti pembangkang di Kedah.
9. Metro Sunview Sdn. Bhd tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kerja-kerja pembalakan di Lot 1771, Bukit Kachi, Sintok.
10. En CH Lim telah menyelesaikan pertikaian beliau dengan syarikat AY Trading melalui peguam beliau mengikut klausa-klausa yang terkandung dalam perjanjian antara kedua-dua pihak. Metro Sunview Sdn. Bhd. tidak terlibat sama-sekali dalam pertikaian tersebut.
Sehubungan dengan rancangan jahat ini,saya telah mengarahkan dua pegawai Khas tersebut mengambil mengemukakan tindakan mahkamah (saman fitnah/malu) terhadap pihak-pihak yang terlibat membuat tuduhan fitnah/ menyalahgunakan mahkamah sehingga mendatangkan kesan buruk/mencemarkan nama baik mereka, melibatkan pihak seperti berikut:
1. Peguam yang mendakwa mewakili CH Lim dan mengikrarkan afidavit palsu (En. Zul Azri Bin Abdul Khalil Peguambela & Peguamcara dari Tetuan Malek & Associates). Satu laporan lengkap juga akan dihantar kepada Majlis Peguam untuk mengambil tindakan kepada peguam tidak beretika seperti mereka.
2. Media yang menyiarkan berita/kes fitnah ini - TV3, Sinar Harian, Harian Metro, RTM, Laman Blog "Sungguhkaaa", dam lain-lain.
3. Pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan ikrar afidavit palsu.
4. Bekas pekerja CH Lim (Ong Choon Seng) yang mendakwa mewakili/rakan kongsi CH Lim.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang berkomplot membuat rancangan ini supaya menghentikan rancangan jahat seperti ini segera. Sekian.Share

TAKZIAH - YB DATO' HJ HAMDAN ABD RAHMAN ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia



Dewan Pemuda PAS PAdang Terap mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarhan YB Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini.31 Julai 2009.Beliau adalah ADUN Permatang Pasir dari PAS.Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas Allayarham.Share

Saturday, July 18, 2009

MENYAMBUT TEAM KONVOI PROMOSI FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA






Dewan Pemuda Pas Padang Terap telah menyambut team konvoi promosi Festival Kedah Sehatera yang tiba dari Pokok Sena pada jam 5 petang.Yb Mohd Nasir Zakaria yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Padang Terap telah menyambut mereka dengan penuh semangat ukhwah Islamiah.Konvoi yang membabitkan 120 orang peserta ini berhenti di stesen bas Kuala Nerang dan mengedarkan risalah promosi Festival Kedah Sejahtera disekitar pekan Kuala Nerang.

Konvoi ini kemudian dibawa menjamu selera di komlpleks Pas PAdang Terap Barokhas dan meneruskan jelajah promosinya melalui pekan Naka dan terus bertolak ke Pendang.Turut menyambut mereka ialah setiausaha Pas Kawasan Ustaz Mohd Azam dan beberapa orang AJK Pas Kawasan. Untuk maklumat lanjut tentang festival ini bolehlah melayari laman web berikut:
http://www.kedahsejahtera.com.my/index.php/utamaShare

Friday, July 17, 2009

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS




Pas Kawasan Padang Terap telah menganjurkan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS yang diadakan pada 17 Julai 2009 malam tadi bertempat di komleks PAS Padang Terap Kg.Barokhas.

Munaqashah ini dirasmikan oleh YB Mohd Nasir Mustaffa ADUN Kubang Rotan.Dan ucapan pergulungan dibuat oleh Yang diPertua PAS Padang Terap Ustaz Zawawi Bin Hj Ahmad.

Program yang melibatkan semua ahli jawatankuasa Dewan Muslimat,Dewan Pemuda Dan Cawangan ini berjalan lancar .

Antara perkara yang disentuh oleh YB Nasir Mustaffa ialah perlunya kita memperkukuhkan saf perjuangan dan organisasi dalam menghadapi ujian yang sangat mencabar.Beliau juga mengingatkan agar kita menilai kembali budaya kerja ahli jemaah yang agak dikatakan "slow" berbanding bangsa lain seperti kegigihan yang ditonjolkan dalam Kelab Penyokong PAS.

Wakil Dewan Pemuda saudara Kyairullah Zakaria juga menyentuh tentang permakasaan organisasi .Antara yang disentuh beliau ialah per pentingya gerak kerja daftar pemilh bagi daerah Padang Terap bagi memelihara kemenagan dan beroleh kemenangan baru.

Dewan Pemuda Padang Terap juga memandang serius peranan semua pimpinan saf kepimpinan terhadap golongan muda kerana petunjuk semasa mengambarkan peningkatan sokongan golongan muda.Tetapi persoalanya ialah pengisian terhadap gplongan muda agar merkea terdidik dan tidak terbiar, seperti yang ditegaskan oleh Dato Presiden PAS dalam ucapan dasarnya yang berbunyi:

"Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama."Share

SEKOLAH SAIF TERBAKAR


dari blog Dppnk

Guar Chempedak,

Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak telah terbakar pada jam 10.00 pagi tadi. Kebakaran melibatkan bangunan yang menempatkan Pejabat Pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan, dan dua buah bilik darjah.Keseluruhan bangunan musnah. Turut musnah ialah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit dan mesin potostate yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dna kaunter serta beberapa buah almari dan 65 unit meja dan kerusi murid.

sebanyak 1 jentera bomba dari Guar Chempedak dan 14 jentera bomba sukarela termasuk dari bomba sukarela Bukit Pinang tiba bagi membantu usaha memadam kebakaran. Kebakaran dapat dikawal dengan baik dan bangunan surau dan asrama pelajar yang berada disebelah bangunan tersebut dapat diselamatkan. Pihak bomba menganggarkan kerugian sebanyak RM550 ribu.

Ketika kejadian Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Lembaga Tadbir sedang berada dalam pejabat melakukan kerja pentadbiran apabila diberitahu oleh beberapa orang murid tentang kepulan asap yang banyak dalam bilik darjah, beliau terus bergegas ke tempat tersebut dan mendapati api telah mula marak. Dalam kesempatan masa itu mereka mula meyelamatkan barang yang sempat dibawa keluar.

Pihak Lembaga tadbir telah mengadakan mesyuarat tergempat jam 1.00 petang tadi dan memutuskan memberi cuti kepada semua pelajar sehingga 27 Julai ini. Bagi menggantikan dua buah bilik darjah yang musnah pihak sekolah akan memasang khemah sebagai bilik darjah sementara. Pejabat sementara sekolah akan ditempat ditingkat bawah bangunan Tabung Haji yang bersebelahan dengan sekolah.

Pihak sekolah merayu sumbangan orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan segera bagi membeli kelengkapan bilik darjah yang musnah supaya pembelajaran dapat ditersuakn seperti biasa. Sebanyak 65 buah unit meja murid diperlukan , 2 unit white board diperlukan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
Share

Tuesday, July 14, 2009

TAHNIAH KEPADA ABE UJI



SEKALUNG TAHNIAH DARIPADA DPP PADANG TERAP KEPADA CALON PRK N41 MANIK URAI ABE UJI ATAS KEMENANGAN BELIAU .Share

KEPUTUSAN RASMI PRK N41 MANIK URAI

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA : 8.29 PM (RASMI)Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...